IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

> Ekin Dedah Perangai Mawi
ijamidayu
kiriman Sep 13 2008, 10:19 PM
Kiriman #1


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 56
Sertai: 10-September 08
No. Ahli: 23




KUALA LUMPUR, 11 SEPT 2008: Memiliki lelaki bernama Aswani Ani atau Mawi sebagai kekasih mungkin impian ramai wanita Melayu. Namun, percayalah, tidak mudah sebenarnya bercinta dengan penyanyi lelaki paling popular ini.

Hal ini diakui teman wanitanya, Nora'Ashikin Rahmat atau Ekin , 29, sewaktu ditemui murai.com.my di sebuah studio muzik yang terletak di Bandar Sri Damansara, semalam.

Pernah orang bertanya Ekin, bagaimana dia boleh tahan bercinta dengan Mawi. Apa jawapan Ekin?

"Makan hati sebenarnya berkawan dengan Mawi ni. Sebab cara dia kasar. Bercakap pun kasar. Waktu mula-mula kenal dia dulu, saya sendiri pun terkejut dengan cara Mawi itu. Sebab saya sendiri tak biasa berdepan dengan sikap kasarnya itu. Selalu jugalah saya berbisik dalam hati, apa hal lah Mamat seorang ini. Tapi bila lama-lama kenal Mawi, dia sebenarnya OK dan saya juga sudah boleh terima cara dia.

"Sebab, di sebalik sikap luarannya yang nampak kasar dan kadang-kadang macam acuh tidak acuh itu, dia sebenarnya seorang yang sangat caring, suka mendengar masalah orang dan amat mengambil berat," kata Ekin.


Ekin turut akui Mawi bukanlah seorang lelaki yang romantik.

"Bila melihat kembar saya, Aain, keluar candlelight dinner dengan teman lelakinya, kadangkala terdetik juga di hati saya, kenapalah Mawi tak macam itu. Tapi hendak buat macam mana, dah memang sikap semulajadi dia dah macam tu. Lebih baiklah Mawi kekal macam tu. Nanti kalau dia tiba-tiba jadi romantik, saya pulak yang geli!

"Tapi Mawi pernah tanya dengan saya, adakah saya rasa selesa dengan cara dia. Mungkin dia tak mahu saya terasa. Tapi, saya kata OK sebab sudah boleh terima cara dia tu.


"Ada masanya Mawi suka buat kejutan dan kejutan paling manis bagi saya ialah apabila dia mengumumkan bahawa saya adalah teman wanitanya sewaktu majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian dulu," kata Ekin.

Bagaimana pula perasaannya apabila berjaya mencuri hati lelaki yang menjadi pujaan ramai? Ekin menjawab, dia sebenarnya menerima Mawi lebih sebagai Asmawi Ani dan bukannya 'Mawi World. Lagipun sejak dulu, dia bukanlah peminat setia Akademi Fantasia (AF).

"Tapi saya cukup suka dengan sikap Mawi kerana dia sentiasa mengajar saya supaya sentiasa merendah diri dalam apa jua keadaan pun," katanya.

Ekin secara kebetulan berada di studio awal pagi itu kerana menemani Mawi yang sibuk menyiapkan rakaman lagu terbarunya, Allah Habeebi ciptaan Farihin Abd Fatah dan Yasin Sulaiman. Ia bakal dimuatkan dalam album qasidah keduanya tidak lama lagi.

Menyambung perbualan, Ekin berkata, dia memahami kedudukan Mawi yang sibuk 24 jam tetapi yang lucu, kalau keluar bersiar-siar, mereka terpaksa ditemani bodyguard.

"Nak keluar pun kena kena ada bodyguard. Sebab, kalau Mawi kena serbu dengan peminat, saya tak tahu macam mana nak handle. Lagipun Mawi bukannya tahu sangat jalan-jalan di KL. Jadi kenalah ada orang yang pandukan kereta.

"Kalau ikutkan, pasangan bercinta memang suka keluar berdua saja tapi, saya rasa lebih eloklah kami sentiasa ditemani orang lain. Setidak-tidaknya, tidak akan timbul fitnah yang bukan-bukan nanti," kata Ekin.

Bercakap mengenai fitnah serta kata cacian peminat Mawi terhadapnya, Ekin berkata, adakalanya hatinya memang terguris apabila membacanya.

"Tipulah kalau saya cakap saya tidak terasa apa-apa lebih-lebih lagi kalau perkara itu tidak benar. Perasaan keluarga kita pun kenalah dijaga. Sampai sekarang, masih ada yang kutuk dan tuduh saya macam-macam. Ada kata, saya hanya berlakon pakai tudung. Ada satu kes, mereka nampak Aain tak bertudung di Pulau Kapas dan mereka cakap itu adalah saya.

"Mula-mula dulu, Mawi sendiri keliru juga apabila membaca gosip-gosip begini. Tapi sekarang dia nampaknya sudah faham," katanya.

Bila tarikh sebenar perkahwinan?

Sebagai wanita, Ekin berkata, dia tidak dapat menjelaskan perkara ini dengan lebih lanjut.

"Segala-galanya berada di tangan Mawi. Tunggu sajalah pengumuman daripada Mawi sendiri nanti. Lagipun dia sudah cakap dia akan umumkan lepas raya nanti. Bukan saya sengaja hendak berahsia, tapi saya sendiri memang tidak pasti bila. Kami tidak pernah berbincang dengan mendalam dan kami juga masih belum pilih tarikhnya lagi.

"Yalah, nak bincang dan pilih macam mana, sebab Mawi selalu sibuk dengan kerjanya. Tapi, dia sudah minta cuti daripada Maestro. Sekarang hanya tunggu kelulusan daripada Maestro untuk block mana-mana tarikh yang kosong.

"Sebab itulah, Mawi pun tak dapat nak beritahu tarikh perkahwinan kami buat masa ini. Dia bimbang tarikh itu akan bertindih dengan beberapa projek yang sudah diaturkan oleh Maestro nanti," kata Ekin


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Kirim dalam topik ini


Closed TopicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 16th May 2024 - 02:36 PM