IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Closed TopicStart new topic
> Petua mewujudkan suasana romantis dalam perkahwinan
wanmus
kiriman Sep 26 2008, 01:28 AM
Kiriman #1


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 394
Sertai: 8-September 08
Daripada: Johor dan terengganu
No. Ahli: 16



Nikmatnya kahwin jika tahu peranan

MELIHAT pasangan suami isteri berpegangan tangan, bergurau senda dan makan bersama, mengundang kesimpulan, alangkah bahagianya mereka!

Itulah nikmat perkahwinan kerana ia bukan sekadar berlatar belakang seksual tetapi lebih kepada alam sekitar yang harmonis dan romantis.

Perkahwinan yang bahagia dan romantis boleh wujud jika masing-masing pasangan bijak memainkan peranan dan tidak mementingkan diri sendiri.

Di sini, ada beberapa petua bagaimana anda boleh mewujudkan suasana romantis dalam perkahwinan:

>Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

>Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

>Jaga mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

>Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

>Tukar gaya penampilan selepas beberapa ketika untuk mengelak jemu kepada pasangan.

>Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

>Jika ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

>Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

>Jika berlaku penceraian, jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali.

>Suami perlu lebih mesra dengan keluarga mentua kerana jika rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

>Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

>Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

>Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

>Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

>Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

>Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

>Jika ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

>Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti mata hari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

>Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

>Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

>Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

>Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

>Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi.


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
CekDet
kiriman Sep 29 2008, 12:02 AM
Kiriman #2


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 150
Sertai: 9-September 08
Daripada: www.SyedHafidz.com
No. Ahli: 21



MasyaAllah...kalau ni boleh diamalkan maka amanlah dunia...
takde la kita dengar lagi kes2 penceraian...
smile.gif
Peranan yang sama juga perlu dimainkan oleh suami...
Suami juga kena berika kasih sayang dan perhatian pada isteri...
insyaAllah rumahtangga akan lebih bahagia


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Closed TopicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 29th March 2024 - 01:34 PM