IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

> Selsema Babi
ganazz
kiriman Apr 30 2009, 08:31 AM
Kiriman #1


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,231
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



Seperti yang diketahui umum (harap tahu), wabak Selsema Babi sedang melanda

Mexico dan Amerika Utara beberapa hari lepas. 81 orang maut di Mexico ,

menjangkiti 12 orang di Amerika Syarikat dan buat pertama kalinya pihak

berkuasa di New Zealand mengesahkan 10 pelajar negara berkenaan yang baru

pulang dari Mexico menghidap selesema babi dan terpaksa dikuarantin sebagai

langkah berjaga-jaga.

Selsema Babi, merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang

selalu ditemui dalam kawanan babi, disebabkan oleh virus influenza jenis A

(H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru. Selsema

ini yang selalunya berlegar dalam spesis babi sahaja, dilihat mula

menjangkiti manusia dan mula dikesan dalam manusia sejak 1988.

Namun menurut laporan Centres of Disease Control and Prevention Amerika

Syarikat atau singkatannya CDC, jumlah kes Selsema Babi dilihat semakin

meningkat sejak Disember 2005 sehingga Februari 2009, dan semua kes ditemui

di negeri-negeri Amerika Syarikat. Sedari Mac 2009 hingga April 2009, lebih

1000 kes Selsema Babi dikesan di Mexico, dan lebih dari 80 kematian yang

dikaitkan dengan virus H1N1 dilaporkan. Tanggal 26 April 2009 (kelmarin),

Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat mengisytiharkan wabak Selsema Babi ini

sebagai kecemasan kesihatan awam (public health emergency), setelah lebih

20 kes dikesan di seluruh Amerika Syarikat.

Simptom-simptom yang dipamerkan pesakit yang dijangkiti H1N1 adalah

seperti, selsema, demam, batuk, kepenatan dan juga kurang selera makan. Ada

juga laporan menyebut bahawa pesakit mengadu sakit tekak, loya,

muntah-muntah dan cirit-birit. Virus H1N1 ini dipercayai menjangkiti

manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut

yang berlegar di udara. Selsema Babi mudah menjangkiti manusia lain dalam

lima ke sepuluh hari pertama jangkitan. Ubat yang disarankan adalah

seperti; amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir,

walaubagaimanapun, untuk wabak terbaru ini, rawatan yang disarankan adalah

dengan menggunakan oseltamivir dan zanamivir. Vaksin untuk selsema manusia

bermusim tidak melindungi manusia dari Selsema Babi.

Sebagai langkah pencegahan juga, orang awam digalakkan memakai topeng dan

juga melaporkan diri pada klinik atau hospital berdekatan jika ada melawat

negara-negara (dalam sebulan yang lepas) yang telah diisytihar dilanda

wabak Selsema Babi. - PenyuBiru


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Kirim dalam topik ini
- ganazz   Selsema Babi   Apr 30 2009, 08:31 AM
- - B@zSh™   Pusat Gerakan dah diaktifkan skang Tp x perlu pani...   Apr 30 2009, 08:55 AM
- - B@zSh™   Vaksin selesema babi mungkin November depan QUOT...   Apr 30 2009, 09:16 AM
- - हिशा   Ada rumours kata virus nih ciptaan manusia .. targ...   Apr 30 2009, 12:29 PM
- - WebZone-_-Attack   Kenapa anak babi kalau jalan kepalanya suka tunduk...   May 1 2009, 12:24 AM
- - MissLinz   wabak Selsema Babi sedang melanda Mexico dan Ameri...   May 1 2009, 12:05 PM
|- - ganazz   untuk elak kena selsema, kalo mandi tengahari, jan...   May 1 2009, 12:18 PM
|- - ganazz   Menteri Kesehatan Siti Fadilah Supari (59) bikin g...   May 1 2009, 03:17 PM
|- - bizonedrop   QUOTE (ganazz @ May 1 2009, 12:18 PM) unt...   May 6 2009, 01:51 PM
- - B@zSh™   Harap2 betul la apa telahan korang Biar sume manus...   May 1 2009, 12:13 PM
- - B@zSh™   Ni berita Indon kah?   May 4 2009, 11:11 AM
- - eskep   Info terkini: QUOTE Lelaki Dirawat Di Hospital Um...   May 6 2009, 01:26 PM
- - B@zSh™   Tak pernah lak aku belajor x leh basuh kepala Bro ...   May 6 2009, 06:07 PM
|- - ganazz   ini berdasarkan pengalaman sendiri.... mandi tenga...   May 6 2009, 06:39 PM
- - B@zSh™   Update setakat kelmarin 24 negara telah menotifik...   May 8 2009, 09:10 AM
|- - ganazz   CODESeorang pelajar 21 tahun mangsa pertama dijang...   May 15 2009, 02:26 PM
- - B@zSh™   Ngah runsing ni Thailand dah ada 2 kes KB dah deka...   May 15 2009, 04:50 PM
|- - ganazz   pesakit, nak kena aktif ANTIVIRUS setiap jam. Kalo...   May 15 2009, 09:25 PM
- - dawos   mende nie bahaya btol la... cube haramkan ajer bab...   May 17 2009, 06:45 PM
- - WebZone-_-Attack   RE: Selsema Babi   May 19 2009, 02:28 PM
|- - ganazz   apabila vaksin selsema babi mula berpasaran.... ek...   Jul 25 2009, 11:00 PM
- - ♦محم   kebanyakkan U kat melaka dah tutup...tinggal 1 u a...   Jul 26 2009, 05:51 PM
- - B@zSh™   Most likely pandemik tempatan akan berlaku dalam m...   Jul 28 2009, 04:45 AM
- - padaiyappa©   dah tahu babi tu mendatangkan penyakit yang merbah...   Jul 28 2009, 08:33 AM
|- - ganazz   kematian makin meningkat... tak de ke syor BUNUH b...   Jul 29 2009, 01:48 PM
- - bizonedrop   risau la bro... anak aku dah kat seminggu lebih a...   Jul 30 2009, 12:14 PM
- - ganazz   kalo batuk kokol, dokter tak bagi ubat.... 2 bulan...   Jul 30 2009, 02:00 PM


Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 13th May 2024 - 01:48 PM