Printable Version of Topic

Click here to view this topic in its original format

CAKAP.Net _ Cakap Produk Elektrik, Elektronik & Digital _ Siri E BenQ

Posted by: Joker aka Panda Nov 12 2008, 08:43 AM



BENQ, pembangun produk IT dan paparan berinovasi terkenal, berusaha menawarkan kepada pengguna pengalaman audiovisual digital yang mengagumkan menerusi pelancaran rangkaian monitor LCD berdefinisi tinggi (HD) terbarunya.

Antara rangkaian tersebut ialah model terbaru monitor LCD siri E yang dibangunkan khusus untuk peminat game menikmati kepuasan multimedia bertenaga, penggemar filem, keluarga dan profesional.

Siri E ini menawarkan paparan skrin lebar 21.5 inci atau 24 inci. Disokong antara muka HDMI 1080p dan transit digital 5 Gbps, ia menawarkan pengguna dengan sambungan ke perkhidmatan multimedia digital pelbagai seperti pemain DVD HD dan konsol game terkini seperti Xbox 360 dan PS3.

Rangkaian paparan LCD HD BenQ terbaru ini dijual di pasaran pada harga antara RM689 ke RM1,500.

Sumber : kosmo online

Posted by: e_sentinel Nov 12 2008, 04:32 PM

Ehh .. tak lah mahal sangat ye .. cantik design tapi yang lecehnya rancangan TV tak
besh langsung .. jawabnya tengok TV je la , gambar tak yah .. biggrin.gif

Posted by: Joker aka Panda Nov 13 2008, 07:55 AM

teknology LCD skrang nii makin canggih drpd dulu. mma laa masih tak boleh lawan monitor CRT. tp monitor CRT tuu masih ada kekurangan seperti menggunakan space yang besar dan kesan pancaran electron yang berbahaya pada mata.

Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)