Printable Version of Topic

Click here to view this topic in its original format

CAKAP.Net _ Cakap Isu Semasa _ Kakitangan TNB dibelasah

Posted by: ♦محم Jun 26 2009, 09:05 AM



BACHOK – Sudahlah bil sendiri tertunggak, orang lain pula yang menjadi mangsa.

Begitulah nasib seorang pekerja TNB yang cedera dibelasah oleh dua lelaki ketika bertugas memotong bekalan elektrik di sebuah rumah di Kampung Pauh Lima, Tepuh di sini kelmarin.

Mangsa Abdul Ghani Deraman, 55, yang ditumbuk, disepak dan dipukul dengan kayu oleh dua lelaki itu cedera di muka dan perut.

Kejadian kira-kira pukul 2 petang itu berlaku ketika mangsa bersama tiga orang lagi pekerja TNB dan tiga kakitangan pelatih memeriksa rumah-rumah di kampung itu yang gagal menjelaskan tunggakan bil bagi memotong sementara bekalan elektrik.

Menurut Abdul Ghani, semasa tiba di sebuah rumah yang mempunyai tunggakan, seorang wanita yang berada di rumah itu menghubungi suaminya memaklumkan mengenai kehadiran mereka.

“Beberapa minit kemudian, suami wanita itu yang menaiki sebuah pacuan empat roda tiba di rumah berkenaan bersama seorang rakannya.

“Saya terus dipukul dan disepak oleh lelaki tersebut selepas dimaklumkan mengenai kedudukan bil elektriknya yang tertunggak,” dakwanya ketika ditemui di sini semalam.

Posted by: dawos Jun 26 2009, 12:14 PM

macam-macam hal dunia nie...

Posted by: ganazz Jun 26 2009, 12:28 PM

tnb nie, patutnya kalo nak poton karan, bagi la saguhati lilin 3 batang dulu.... nasib baik tak kena kapak sira!!!!

Posted by: B@zSh™ Jun 26 2009, 01:21 PM

Apa la punya perangai
Pakai pacuan empat roda...tp bil letrik x mampu bayar
Kalo dah nak tunjuk samseng sangat x payah guna letrik
Pakai jer lilin @ beli generator pasang kat rumah

Posted by: ♦محم Jun 26 2009, 01:25 PM

gen set pakai kat rumah...
lepas tu belasah org plak...langgau baru tau

Posted by: aina_sara Jun 27 2009, 08:16 AM

gedebenya ore kelate ni ye.. shakehead.gif

Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)