IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Pelacuran merudum di Piala Dunia, Kosmo! online
♦محمد أفيق♦
kiriman Jun 23 2010, 12:48 AM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



JOHANNESBURG - Pekerja-pekerja seks di Afrika Selatan menyalahkan serbuan polis yang menyebabkan perniagaan pelacuran merudum semasa musim bola sepak Piala Dunia sedang berlangsung di negara berkenaan.

Golongan tersebut berharap kebanjiran pelawat asing akan meningkatkan pendapatan mereka tetapi pelacur-pelacur di sini memberitahu, 'gangguan' polis itu menyebabkan peminat-peminat bola sepak takut untuk melanggan mereka.

"Kasihanilah kami. Kami perlu menyara anak-anak kami," kata dua pelacur di sini kepada wartawan saluran berita televisyen, Sky News.

Selain operasi polis, kebimbangan berhubung penularan jangkitan HIV turut menyebabkan perniagaan pelacuran merosot.

Kebanyakan pelacur yang ditemui oleh Sky News mendakwa mereka mengamalkan seks selamat tetapi beberapa pekerja seks sanggup mengadakan hubungan seks dengan pelanggan yang enggan memakai kondom.

Pelacur-pelacur jalanan di sini mengenakan caj sekitar AS$4.50 (RM14) untuk perkhidmatan seks manakala pendapatan pekerja seks di rumah pelacuran cuma beberapa dolar lebih tinggi daripada mereka.

Pekerja-pekerja seks itu mendakwa polis bertindak ganas terhadap mereka semasa melancarkan operasi membanteras pelacuran.

Seorang pekerja seks di sini, Thandi menyatakan dia pernah dikasari dan dirogol polis.

"Mereka (anggota-anggota polis) mahu rasuah. Jika kami tidak boleh bayar, mereka mahu seks percuma. Pada pandangan saya, seks percuma sama dengan merogol," katanya. - Agensi

=> bagi rehat selama 1 bulan. lepas 12 julai aktif la balik
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 28th April 2024 - 08:16 AM