IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Sekolah digalak pasang CCTV, Kosmo! online
♦محمد أفيق♦
kiriman Jun 24 2010, 03:07 PM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



KOTA BHARU - Kementerian Pelajaran menggalakkan semua sekolah yang memiliki sumber kewangan memasang CCTV dalam usaha membendung masalah disiplin termasuk gejala sosial dan samseng di sekolah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, pemasangan CCTV mampu membantu membendung masalah disiplin di kalangan pelajar sewaktu mereka berada di sekolah.

"Jika sesebuah sekolah itu memiliki sumber kewangan, tiada halangan untuk mereka memasang CCTV dan kita menggalakkan usaha itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia Ke-49 di sini semalam, yang dihadiri 600 pengetua dari seluruh negara.

Beliau berkata, bagaimanapun kementerian tidak menyediakan peruntukan khusus untuk tujuan itu.

"Sebagaimana kita tahu CCTV ini mahal. Kawasan sekolah besar dan tidak boleh ada satu CCTV sahaja. Saya difahamkan ada beberapa sekolah yang buat CCTV ini atas perbelanjaan dan peruntukan sekolah itu sendiri," katanya.

=> buka tender kerajaan lagi
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 28th April 2024 - 09:55 PM