Berita Buruk Untuk Para Pengguna TMnet Streamyx |
Berita Buruk Untuk Para Pengguna TMnet Streamyx |
May 18 2009, 12:34 AM
Kiriman
#1
|
|
Timbalan Pengurus Kumpulan: Moderator Kiriman: 2,582 Sertai: 28-November 08 Daripada: FKEKK No. Ahli: 373 |
Berita Buruk Untuk Para Pengguna TMnet Streamyx
Bermula dari bulan MEI 2009, TMnet Streamyx telah menyempitkan jalur lebarnya. Semua nombor IP terlibat. Hanya nombor IP yang bermula dengan 60.48.XXX.XXX sahaja yang berkelajuan seperti biasa. Jika anda menggunakan router bagi mendail nombor ini, anda memerlukan paling kurang 10 minit (itu pun jika anda bernasib baik). Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, TMnet Streamyx melakukan ini semua bagi menghadkan penggunaan Internet di kalangan orang biasa agar mereka kembali kepada media lama iaitulah TV dan radio (yang semua orang tahu ia dipantau oleh kerajaan). Media baru seperti SMS, MMS dan Internet dilaporkan telah menggugat keuntungan syarikat siaran televisyen besar seperti Media Prima dan juga menggugat politik Barisan Nasional. Mereka semakin kehilangan penonton dan juga para pengiklan yang menjadi tunjang syarikat mereka. Kerajaan Barisan Nasional pula semakin kehilangan para penyokong. Jika anda tidak percaya, sila rujuk video di bawah:- Lantaran dari itu, janganlah anda hairan mengapa talian 1-300 TMnet Streamyx sering sibuk. Mereka dihujani dengan aduan sama dan tiada apa yang boleh pekerja mereka lakukan. Mereka hanya menjalankan tugas. Mereka ibarat polis yang menerima arahan daripada Perdana Menteri. TMnet juga terpaksa menggaji pekerja yang bodoh dan jujur bagi menjayakan projek kotor kerajaan ini. Ini juga, telah mengakibatkan bilangan pekerja mereka menjadi sedikit sehingga membuatkan anda terpaksa menunggu lama, menanti skrip klasik yang tersusun dari kakitangan TMnet ini. Ramai kakitangan yang berpengalaman di TMnet telah berhenti dan ada yang bekerja dengan syarikat jalur lebar yang lain, di dalam dan di luar negara. Johan Jaafar selaku orang nombor satu Media Prima yang baru, jelas sekali kekurangan idea bagaimana untuk memenangi hati penonton dan pengiklan serta mengelak bersekongkol dengan kerajaan Barisan Nasional. Sekatan sistematik yang tersembunyi ke atas Internet kita ini, bukan sahaja menyusahkan para penulis blog, tetapi juga syarikat kecil dan besar yang berasaskan Internet. Jika syarikat anda selalu menggunakan Internet bagi tujuan emel atau pun sebagai alat komunikasi (Skype, MSN, YM dan lain-lain) syarikat anda juga akan turut berada di dalam masalah yang sama. Harap maklum. Sumber Info |
|
|
May 18 2009, 01:11 AM
Kiriman
#2
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,147 Sertai: 7-November 08 Daripada: Utara No. Ahli: 175 |
QUOTE Anonymous said... si bodo nie..Utk pengetahuan sume, TM skang tgh dlm process penyelengaraan bg penukaran fiber optic bg kabel mereka..tu sbb internet slow..len kali bce r paper..jgn jdik lembab sgt QUOTE Anonymous said... ..tmnet slow sbb bnde tuh sgt xlogik..video kt atas tu pun xckp pape psl tmnet slow sbb kerajaan nk die slow.. klu sumer nih jd sbb kerajaan m'sia yg nk..mmg xkn maju melayu... jgn nk start tuduh2 xmenentu...cari dlu die punye sumber...nnt jd kontroversi susa... internet ade kuasa kuat utk sebar bnde2 yg salah..jgn salah guna... QUOTE Anonymous said...
betul ke sumber ni ? mana datang .. cuba bagi info penulis asal .. ke main tabur jek!!! orang cakap itu kita menonong ikut hehehehehe |
|
|
May 18 2009, 01:33 AM
Kiriman
#3
|
|
Timbalan Pengurus Kumpulan: Moderator Kiriman: 2,582 Sertai: 28-November 08 Daripada: FKEKK No. Ahli: 373 |
tak tahu nak komen ape..tak tahu yg mane salah yg mane betul....
|
|
|
May 18 2009, 06:45 AM
Kiriman
#4
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,830 Sertai: 19-September 08 Daripada: New Castle No. Ahli: 54 |
Ahai...
Macam2...kalo betul la apa yang ditulis tu...memang ntah pape la Kalo x betul pun...memang Streamyx ni jauh terkebelakang daripada ISP BB kat negara2 membangun/maju yang lain daripada segi speed Throttle sana...throttle sini Cipta teknologi PLBB tp x apply kat negara sendiri... Ahai.. -------------------- |
|
|
May 18 2009, 06:56 AM
Kiriman
#5
|
|
Pengurus Junior Kumpulan: Moderator Kiriman: 5,329 Sertai: 12-November 08 Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa) No. Ahli: 223 |
Mana ada boley main slow2. Tv setelit pun boleh tengok lagi!!!! Gangguan teknikal kira biasa, ada ke patut dibikin cerita berbaur politik? Ada org dengki sama Johan Jakpar! Nanti sat Si Johan Jakpar akan membeku persatuan pekerja media plak. Itu baru buruk berita!!!!
-------------------- |
|
|
May 19 2009, 03:50 PM
Kiriman
#6
|
|
Eksekutif Junior Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 180 Sertai: 18-November 08 No. Ahli: 281 |
biasa ar tue.. kalau sume nak fikir untung ajer mcm tue la jd nye.. mcm tue la kalau orang just fikir yang -ve dan ke belakang ajer.. orang dah maju 50tahun ke hadapan kite takat tue gak..
|
|
|
May 19 2009, 11:14 PM
Kiriman
#7
|
|
Eksekutif Kumpulan: Moderator Kiriman: 742 Sertai: 2-June 08 Daripada: Saujana Putra No. Ahli: 4 |
tak mustahil benda mcm ni, sbb TMnet bawah TM iaitu GLC sykt kerjn...
-------------------- matg.net
My Focal 2.0 |
|
|
May 20 2009, 04:37 AM
Kiriman
#8
|
|
Bukan Eksekutif Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 93 Sertai: 24-October 08 Daripada: balakong,SELANGOR No. Ahli: 136 |
semalam aku dah merasa kesannya...
gne open DNS trus ok... -------------------- |
|
|
May 20 2009, 04:44 AM
Kiriman
#9
|
|
Eksekutif Junior Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 439 Sertai: 8-April 09 Daripada: Taman Equine/keramat/pchong No. Ahli: 855 |
semalam aku dah merasa kesannya... gne open DNS trus ok... camner nak wat? Tolong tunjuk ajar...tQ -------------------- |
|
|
May 20 2009, 09:06 AM
Kiriman
#10
|
|
Eksekutif Junior Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 180 Sertai: 18-November 08 No. Ahli: 281 |
semalam aku dah merasa kesannya... gne open DNS trus ok... a`ah aku pun nak tau gak.. kalau aku gune 202.188.0.133 202.188.1.5 itu standard DNS kan...?? kalau nak open DNS gune 208.67.222.222 208.67.220.220 mcm nie ker yang di panggil open DNS ? aku pun tak pasti sangat lar.. apa-apa encik cargas boleh beri tunjuk ajar.. mungkin aku salah paham maksud nya.. tapi kadang-kadang yang gune DNS yang 208 itu ada setengah-setengahnya langsung tidak boleh browser.. maybe ade problem kot @ ko ade gune DNS yang lagi power |
|
|
May 20 2009, 01:10 PM
Kiriman
#11
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,147 Sertai: 7-November 08 Daripada: Utara No. Ahli: 175 |
Dah lama aku guna OpenDNS ... samaada nak register (free) untuk protect server atau workstation ataupun terus guna tanpa register dengan masukkan DNS digit spt kat atas .............................. ada info kat blog aku: http://mynoobsblog.blogspot.com/2009/03/speed-up-web-browsing-with-opendns.html
|
|
|
May 31 2009, 05:30 PM
Kiriman
#12
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,830 Sertai: 19-September 08 Daripada: New Castle No. Ahli: 54 |
Sh@m..
Hang guna manual dialer ke? Correct me if im wrong k Kalo guna auto dialer...DNS server kena set dalam modem kan? -------------------- |
|
|
May 31 2009, 05:41 PM
Kiriman
#13
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,147 Sertai: 7-November 08 Daripada: Utara No. Ahli: 175 |
Yups .. manual dialer
Auto dialer kena masukkan OpenDNS server ke modem config. Cuba masuk sini : https://www.opendns.com/start/ |
|
|
May 31 2009, 05:52 PM
Kiriman
#14
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,830 Sertai: 19-September 08 Daripada: New Castle No. Ahli: 54 |
Nak auto set untuk modem yang di support tu...Billion BiPAC xder dalam list
Terpaksa kena set manual Ada perbezaan ketara ke antara registered & unregistered user? -------------------- |
|
|
May 31 2009, 06:10 PM
Kiriman
#15
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,147 Sertai: 7-November 08 Daripada: Utara No. Ahli: 175 |
Dalam list tu hanya contoh configurations untuk beberapa jenis modem/router .. kalau Doc. guna Billion Bipac , just masuk config page, cari DNS dan masukkan Primary and Secondary DNS kat situ ..
X der beza antara Unreg. dan Reg. users .. cuma kalau reg. tu Doc. boleh configure mcm2 cthnya jika Doc. ader CC, ader Server .. untuk lebih protections Doc. boleh config. ikut cara Doc. ... semasa kes Conficker attacks server dulu, OpenDNS nie ader bagi protections tu, jadi kalau server2 yang config ngan OpenDNS nie kira selamat la .. kalau Home user rasanya ambik aje server number tu masukkan ke router/pc dan guna .. |
|
|
May 31 2009, 06:14 PM
Kiriman
#16
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,830 Sertai: 19-September 08 Daripada: New Castle No. Ahli: 54 |
Oic...thanks Sh@m
-------------------- |
|
|
May 31 2009, 06:18 PM
Kiriman
#17
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,147 Sertai: 7-November 08 Daripada: Utara No. Ahli: 175 |
Nie ader lagi free DNS server kalau sapa2 nak cuba guna:-
AT&T DNS servers: 4.2.2.1, 4.2.2.2 Spectranet DNS servers: 203.122.63.152, 203.122.63.154 |
|
|
May 31 2009, 07:42 PM
Kiriman
#18
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,830 Sertai: 19-September 08 Daripada: New Castle No. Ahli: 54 |
Antara banyak2 ni...mana yang paling laju?
-------------------- |
|
|
May 31 2009, 09:23 PM
Kiriman
#19
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,147 Sertai: 7-November 08 Daripada: Utara No. Ahli: 175 |
Tak tau la Doc. ... aku cuma guna OpenDNS je, yang lelain tu aku belum try .. try la Doc., compare tengok camana.
Tapi sebab utama aku tukar dari TMNet DNS ke OpenDNS ialah "stability". |
|
|
May 31 2009, 10:10 PM
Kiriman
#20
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,830 Sertai: 19-September 08 Daripada: New Castle No. Ahli: 54 |
Insya-Allah
Kalo ada masa nnt aku akan test Thanks for sharing Sharing is caring -------------------- |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 24th September 2024 - 08:38 PM |