Pulau Langkawi |
Pulau Langkawi |
Sep 12 2008, 02:18 AM
Kiriman
#1
|
|
Bukan Eksekutif Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 42 Sertai: 8-September 08 Daripada: Penang No. Ahli: 14 |
Pulau Langkawi
Langkawi adalah gugusan 99 buah pulau yang terletak di luar pesisiran pantai Kedah. Ia sebuah pulau legenda yang penuh misteri, selain pusat pelancongan bertaraf antarabangsa dunia. Tanyalah sesiapa saja di pulau ini, tentang kisah seorang wanita cantik bernama Mahsuri. Anda akan mendengar kisah cinta, cemburu, dan sumpah yang diletakkan ke atas pulau ini selama tujuh keturunan. Nikmati keindahan alam semulajadi serta ketenangan landskap padi di sini dengan memandu di seluruh pulau ini. Anda juga boleh melawat Padang Beras Terbakar, Telaga Air Panas, Telaga Tujuh, dan Pantai Pasir Hitam. Terdapat juga lawatan menggunakan bot ke Tasik Dayang Bunting, Gua Cerita dan Gua Langsir. Anda juga boleh melawat Padang Beras Terbakar, Telaga Air Panas, Telaga Tujuh, dan Pantai Pasir Hitam. Terdapat juga lawatan menggunakan bot ke Tasik Dayang Bunting, Gua Cerita dan Gua Langsir. Jika anda seorang yang gemar cabaran yang lasak, anda boleh juga menjelajah kawasan hutan di Langkawi, menaiki bot mengelilingi kawasan paya bakau, menyelam, atau bermain golf di pusat peranginan bertaraf lima bintang di pulau ini. Maklumat boleh dapatkan disini: Pulau Langkawi -------------------- |
|
|
Sep 29 2008, 12:09 AM
Kiriman
#2
|
|
Eksekutif Junior Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 150 Sertai: 9-September 08 Daripada: www.SyedHafidz.com No. Ahli: 21 |
Baru je pas gi langkawi aritu ngan kawan2...
memang dah rancang lama...gi sebelum raya.. disebabkan UUM kampus saya tak jauh ngan jeti kuala perlis, so tak susah la nak reach ke sana.. -------------------- |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 11th May 2024 - 02:50 PM |