IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Luasnya Neraka
♦محمد أفيق♦
kiriman Feb 24 2009, 06:08 PM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



LUASNYA NERAKA

CODE
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan
peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami,
anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam
dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA
ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA
ALLAH.

Ampunilah
dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan
terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA
ALLAH......AMIN. ....


.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail
datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang
dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau
berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat
Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka
tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam
itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu
terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan
padaku sifat
Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya.
Ketika
Allah menjadikan Jahannam, maka
dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian
dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu
tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah
padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau
dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya
akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu
baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi
nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu
pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu
diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang
di hujung
barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang
yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu
sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas
campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada
bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan
perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan
pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di

bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan
70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali
ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih
panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk
masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik,
dan
orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat
nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya
Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum
majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga
ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke
tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar
dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan
itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di
pangkuannya
sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh
besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang
dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari
ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis,
kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak
keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak
berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab
'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan
maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya
terik matahari Ku..

CODE
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat



Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang
telah
Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk
hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam
Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh
sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,

Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku
biarpun satu ayat..


SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI
HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para
makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri
tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT
dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan
TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita
dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari
qiamat?'

Maka
jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana
WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila
qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin
sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat
sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu
'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah
debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu
sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan
memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para
mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan
hamba-hamba Ku.

CODE
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang
yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit
dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.


Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra
sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan
orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka
Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan
hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di
dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan
mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA.

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan
dan semua
anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua
datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat
Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan
minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi
daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi
makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang
difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :

'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang
telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan
bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. '
Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam
akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah
Al-Baqarah : 237


Untuk renungan dan amalan bersama ..[size="3"][/size]
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ganazz
kiriman Feb 24 2009, 10:36 PM
Kiriman #2


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,226
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



untuk merasai akan nikmat syurga semasa hidup di dunia ini, maka hendaklah ia mengerjakan solat dengan penuh kekusyukan. Khusyuk sehingga tercampak keluar dunia dari dalam diri dia semasa sembahyang. sebagaimana ghaliq seseorang sedang syok mengadap kekasih dia sehingga lupa akan segala2nya.






--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
mat.g™
kiriman Feb 26 2009, 04:10 PM
Kiriman #3


Eksekutif
***

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 742
Sertai: 2-June 08
Daripada: Saujana Putra
No. Ahli: 4



berat rasa slps membaca ni.. amat risau..


--------------------
matg.net
My Focal 2.0
Go to the top of the page
 
+Quote Post
bizonedrop
kiriman Apr 13 2009, 12:37 AM
Kiriman #4


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 439
Sertai: 8-April 09
Daripada: Taman Equine/keramat/pchong
No. Ahli: 855



Wahai tuhan....
ku tak layak ke syugamu...
Namun tak pula...
aku sanggup ke nerakamu...


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 27th April 2024 - 11:55 PM