IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

3 Mukasurat V   1 2 3 >

rajakamil
Posted on: Sep 27 2008, 03:11 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 68
Sertai: 9-September 08
No. Ahli: 18


Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anakperempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. Satu hari mereka berpakat utk kawinkan anak2 ni serentak.
Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon. Siti pegi
honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau
Pangkor. Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, 'nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah.
Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup. Ringkas,
padat dan cepat.' panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.

Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis 'Standard Chartered' . Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis 'Besar, teguh dan peramah'.. Bahagialah Si Siti rupanya..

Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis 'Nescafe'. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang
bertulis 'Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir' Bahagialah Si Seri rupanya...

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis KFC'. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis 'Hingga Menjilat Jari'... Bahagialah Si Murni rupanya....

Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu... tak ada jugak.. masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya 'AIR ASIA '. Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya. Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu...??


'7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. TANPA HENTI..

  Forum: Cakap Lawak & Jenaka · Post Preview: #1702 · Replies: 5 · Views: 6,372

rajakamil
Posted on: Sep 27 2008, 03:08 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 68
Sertai: 9-September 08
No. Ahli: 18


erk, aku tak faham lah lawak ni ????
  Forum: Cakap Lawak & Jenaka · Post Preview: #1701 · Replies: 6 · Views: 7,775

rajakamil
Posted on: Sep 27 2008, 03:04 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 68
Sertai: 9-September 08
No. Ahli: 18


ai cekdet bukan saya je kot yang sesuai tuk cekdet xsesuai ker?? kalau nak yang sesuai ngn cekdet nnt saya leh carikan k... leh pm nanti..hohohoh

tapi dah mmg macam pernah baca je crite nie, semamangnya kelakar dan bukan hiburan untuk tontonan umum..18SX nieH

gelak sampai lebam
  Forum: Cakap Lawak & Jenaka · Post Preview: #1700 · Replies: 6 · Views: 7,775

rajakamil
Posted on: Sep 27 2008, 02:56 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 68
Sertai: 9-September 08
No. Ahli: 18


guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari
bapak borek anak rintik...

so, jgn sesekali guru yang sudah menjadi bapa kenciing berdiri, nanri anak-anak tuan-tuan seme kencing berlari...kalau dah kencing berlari kompem-kompem la berdirikan...ada ke org berlari sambil duduk..kalau ada tunjuk cket gambar sebagai bukti..hohoho
  Forum: Cakap Maklumat dan Pengetahuan · Post Preview: #1699 · Replies: 42 · Views: 50,332

rajakamil
Posted on: Sep 26 2008, 06:52 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 68
Sertai: 9-September 08
No. Ahli: 18


tak payah tunggu gaji nek... dapat bonus pon diorang dah ambek kesempatan...memang pantang tgk org senang, mesti ade yang amek kesempatan... kenapa ek agaknya jadi camtu??

betol ke gaji kakitangan kerjaan jauh lebih murah bayaran berbanding negara len cam singapore ke...kalau boleh berila link2 yang menyokong fakta anda tue...baru yakin cket
  Forum: Cakap Isu Semasa · Post Preview: #1616 · Replies: 24 · Views: 22,674

rajakamil
Posted on: Sep 26 2008, 06:31 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 68
Sertai: 9-September 08
No. Ahli: 18


ramai je rasenya nak men...tapi bila cakap kat lembah kelang je tu yang jadi xde terus tue..hohoho apa posisi korang selalu jadi kalau korang me futsal ek??

ape formasi yang korang seme guna??pakai 2 keeper ker??hahaha leh ker camtu?? banyak plak persoalan yang aku timbulkan...semoga berjaya mencari team tuk buat futsal kemudian bermain sesama sendiri
  Forum: Cakap Bola Sepak · Post Preview: #1610 · Replies: 3 · Views: 6,826

rajakamil
Posted on: Sep 26 2008, 06:26 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 68
Sertai: 9-September 08
No. Ahli: 18


antara faktor kegagalan LCW ialah sememangnya kehebatan Lin Dan yang tidak dapat kita nak sangkal lagi...Dengan sokongan padu penyokong tuan umah pon dah cukup buat LCW kecut perut...tapi aku tetap respek dia punye performance tetap maintain....xde jatuh...

masalah yang skrg nie, siapa yang bakal menggantikan LCW ni?? belum ada atau pon memang xnak tonjolkan lagi bakat2 muda nie?? konon-konon nya wat suspen la kan...ceh
  Forum: Cakap Sukan & Rekreasi · Post Preview: #1609 · Replies: 13 · Views: 17,456

rajakamil
Posted on: Sep 26 2008, 06:15 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 68
Sertai: 9-September 08
No. Ahli: 18


aku agak tidak bersetuju dengan kenyataan arsenal banyak sangat player muda dan xmemberangsangkan....
so,kalau kita lihat kedudukan pada awal musim nie,dimanakah kedudukan arsenal dan dimanakah kedudukan man u?? sememangnya aku fan arsenal... dan aku sndiri semamangnya tidak berapa yakin dengan kekuatan arsenal untuk menjurai liga pada musim ini, aku memilih Liverpool sebagai fav untuk menang... dan aku tidak kata arsenal xde peluang untuk menang...hehehe


aku rase man u lagi xmembanggakan prestasi setakat ni.....semoga ronaldo kembali perform, leh naikkan point fantasy aku..hohoho
  Forum: Cakap Bola Sepak · Post Preview: #1606 · Replies: 14 · Views: 18,801

rajakamil
Posted on: Sep 25 2008, 08:53 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 68
Sertai: 9-September 08
No. Ahli: 18


1000 Ciuman

Ini kisah dari teman gue dari seberang... begini..

Zaman ni zaman susah. Harga minyak naik terus, akibatnya terjadi pemberhentian di berbagai syarikat. Salah satunya yg terkena pemberhentian ialah Suparjo dari Semarang , Indon. Bulan ni dia tak dapat kirim wang utk isterinya di kampung halaman. Hanya dapat kirim surat yg isinya demikian:

Isteriku tercinta,

Maafkan kanda sayang, bulan ni kanda tak dapat kirim wang utk keperluan keluarga di rumah. Kanda hanya dapat mengirimkan buatmu 1000 ciuman.

paling cinta, Kanda Suparjo

Seminggu kemudian Suparjo mendapat surat balasan dari isteri tercintanya

Kanda Suparjo tersayang,

Terima kasih atas kiriman 1000 ciumanmu. Utk bulan ini Dinda akan menyampaikan laporan perbelanjaan keluarga:

Tukang minyak bersedia menerima 2 ciuman setiap kali membeli 5 liter minyak tanah.

Tukang letrik mahu dibayar dengan 4 ciuman setiap 10hb setiap bulan.

Tuan rumah mahu sewanya dibayar ansuran 3 kali ciuman setiap hari.

Tokeh kedai runcit tak mahu dibayar pakai ciuman. Dia mintak yg lain jadi Dinda terpaksa berikan saja.

Hal yg sama juga kepada Guru Besar dan guru kelas sekolah di Nanang yg dah 3 bulan tertunggak.

Besok Dinda nak ke pajak gadai utk tukar 200 ciuman dgn wang tunai sebab Tokeh pajak gadai dah sedia tukarkan 200 ciuman dan gadaian yg lain dgn wang Rp650 ribu. Lumayan buat belanja sebulan.

Keperluan peribadi Dinda bulan ni mencapai 50 ciuman. Kanda tersayang.. bulan ni Dinda merasa menjadi org paling kaya di kampung kita kerana Dinda berikan hutang ciuman kepada ramai pemuda di kampung dan siap ditukar dengan apa pun keperluan Dinda.

Yang dari kanda masih berbaki 125 ciuman, kanda ada fikiran bagaimana mahu dihabiskan? Atau Dinda simpan dululah dalam tabung yer??

Paling sayang,




Dinda Suti Nirwingsih

... .gedebuk. .. Suparjo pengsan!!!!
  Forum: Cakap Lawak & Jenaka · Post Preview: #1482 · Replies: 3 · Views: 5,938

rajakamil
Posted on: Sep 25 2008, 08:51 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 68
Sertai: 9-September 08
No. Ahli: 18


Koleksi Cerita Pak Pandir

CERITA PAK PANDIR 1

Pak Pandir : ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..
Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?
Penjual : Ada .
Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau... ...

CERITA PAK PANDIR 2

Pak Pandir pergi ke kedai.. Dia ternampak benda berkilat... .. Dia pun bertanya kepada penjual...
Pak Pandir : Apa benda yang berkilat tu
Penjual : Oh! Itu tarmos
Pak Pandir : Apa kegunaannya??
Penjual : Ia memanaskan benda yang panas dan menyejukkan benda yang sejuk
Pak Pandir : Baiklah, saya beli satu... .

Keesokkan harinya, Pak Pandir pun pergi ke kerja dengan tarmosnya... .

Pengurus : Apa be nda tu Pak Pandir?
Pak Pandir : Oh ini tarmos saya. Baru saya beli semalam...
Pengurus : Benda tu untuk apa?
Pak Pandir : Ia memanaskan benda yang panas dan menyejukkan benda yang sejuk.
Pengurus : Oh... jadi apa di dalamnya?
Pak Pandir : Saya tuangkan 2 cawan kopi dan 1 cawan air bandung di dalamnya.

CERITA PAK PANDIR 3

Pak Pandir mahu pastikan segala kerjanya dilakukan dengan baik. Jadi setelah membuat fotokopi untuk dokumen-dokumen itu, dia selalu membandingkan salinan itu dengan salinan yang asal. Takut kalau-kalau
terdapat salah ejaan...

CERITA PAK PANDIR 4

Pengurus : Pak Pandir, jika terdapat kecemasan, awak dail 911. Jangan lupa lagi.
Pak Pandir : Saya tak lupa Tuan. Masalahnya, saya tak nampak angka 11 di talipon ini..

CERITA PAK PANDIR 5

Kerani : Tuan, ini faks dari Pak Pandir..
Pengurus : Macam mana awak tahu Tak ada nama dia pun
Kerani : Di faks ini ada setem... .."
  Forum: Cakap Lawak & Jenaka · Post Preview: #1481 · Replies: 3 · Views: 5,938

rajakamil
Posted on: Sep 25 2008, 08:49 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 68
Sertai: 9-September 08
No. Ahli: 18


LAWAK ORANG TERENGGANU

Samekong dan salang sejahtera. Sini saye ade satu cite untuk pengajarang semue. Bagi sape-sape yang nok gi interbiuw dang ade niat nok nippu mase interbiuw tu, ingat- ingatlah cite ni. Kisoh benar ni tau bukang rekaang!!!

Beberape hari yang lepas, satu temuduge kenaikang pangkat telah dibuat oleh saloh sebuoh anok syarikak TNB. Biaselah kang kalu nok naik pangkat mestilah duduk ujiang bertulis dang lepas tu barul! ah ujiang bercakak pulok (temuduga lah tu) test suare lah pulok. Dang dalang rama-rama yang terpilihtu ade tige kawang kite dari Tranung telah dipilih untuk di temuduge. Kebetulang pulok tige kawang kite ni adelah peserte ketige yang pertame. Ape lagi debor peruk lah kawang 3 orang nih. Kawang yang nombor satu mule la merungut, (kene bace ikut loghat terengganu!)... ... ..

"Baru je sapa sini, letih tok hilang lagi, doh bale baru sapa pulok".

Sampuk pulak kawan yang kedue ni... . "mapuh kite kalu lagu ni... aku doh kecuk perut ni".

Dang bersuare la pulok kawang yang ketige ni dengang berlagok macho seraye berkate "Mu nok takut bende gok awang eh... Kalu die tanye, mu jawap je la. Kalu mu tok tahu, mu bahang gi la jawap bende pun... . Janji mu jawap doh. Hok mu due ekor ni takut sangat bak pe... . Bukangnye tukang interbiuw tu nok makang mu. Cer mu tengok aku nih, rilek je. Siap buleh control ma! cho lagi".

Tibe mase yang ditunggu-tunggu, make name kaw ang kite yang pertame ni pun dipanggil.

Dalam 15 minit kemudian, kawang yang pertame ni pun kuor lah. Ape lagi macang kera kene belacang la kawang nombor due ni dok tanye ape soalan yang di tanye oleh tukang interbiuw tadi.

"Eh awang! menatang bende tukang interbiuw tanye mu tadi ".. awang nombor satu tadi pong jawap, "Susoh jugok soalan die, tapi aku tok ingak doh bende yang die tanye tadi, tapi se je yang aku ingak die tanye... . pengerusi TNB yang baru sape name. Aku pung jawaplah Datuk Jamaluddin Jarjis".

Kawang nombor due pulok menyampuk "Ah sudoh! aku tok reti starang nok sebuk name tu. Guane nih awang? Aku rase nok terkecing doh ni. Ah! aku tulih kat tangan je la awang. Kalu die tanye senang le sikit aku nok jawak."

Pastu sapok le pulok kawang nombor tige yang berlagok panda nih, "Bak pe yang mu jadi bodo sangak nih. Jangang tulih kat tangang, nanti tukang interbiuw tu na! pok mu tulih situ. Mu tulih kat getoh spenda mu tu. kalu die tanye, mu selok la sikit spenda mu, mu buat-buat la gatal kat perut. Pah tu mu kerling la sikit name pengerusi TNB tu".

Ape lagi... kawang nombor due ni pong suke la dengor idea bernas kawang die tu. Tapi die tok tahu yang kawang die nombor tige tu pong panik gok, sebab die pong tok tahu nak sebut macang mane.

Name kawan nombor due pun dipanggil... . Dalang 20 minit kawang nombor due tok kuor2 lagi. Kawang yang nombor tige panik doh nape kawang die tu tok kuor2 lagi. 5 minit pah tu, kuor la kawang nombor due ni dengang muke tersenyum. Kawang nombor tige pong tanye la, amende soalang yang kuor, jawap la kawan no due ni, "Susoh gok soalang die tapi soalang pengerusi TNB tu aku buleh jawap... aku sempak selok spenda aku. Tukang interbiuw tok nampok aku selok tadi".

Kawang nombor tige ni pong panik la. "Ah sudoh awang! aku p! ong sebenor nye tok tahu jugok nok sebuk name pengerusi TNB tu".

Jawap lah kawang no due tadi. " Mu tulih pade getoh spenda mu tu macang aku buat nih"

Kawan no tige pulok jawap," Aku nok tulih macam mane aku tok pakai spenda"

Ape lagi kelang kabut le kawang kite. Tibe-tibe kawang no satu yang dari tadi berdiam diri tadi bagi idea... .. "Ape bende yang susoh sangat ni awang, mu beri je spenda mu kat die kejap."

Ape lagi bergegas la kawang2 ni pegi toilet untuk berpindoh suor dalang. Tok lame lepah tu name kawang no tige ni pong dipanggil. Dengang semangak berkobor-kobor dan rase confident yang amat sangat kawang kite ni masuk dalam bilik interbiuw tu. Tok sapa 10 minit kawan nombor 3 ni kuor sambil tergaru-garu kepale dengang muke kepelikkang. Kawang2 die yang dok luor ni tanye la kenape kuor awal sangat?

Kata kawang nombor tige, mase ahli panel tanye name pengerusi TNB tu, die jawap je la. Tapi, tok pasa-pasa semue ahli panel su! ke sampai kang ade yang mengalir-alir air mate tok tahang sangat. Pastu kawang2 ni tanye la, mase ahli panel ni tanye name pengerusi TNB tu, ape mu jawap. Dengang confident die bagitahu dengan kuat dan lantang... ... ... ... ... ... "Datuk Calvin Klien".

Rupe-rupenye mase kawang ni berpindoh seluor dalang tadi, kawang yang sorang ni dah terpakai terbalik rupenye yang belakang ke depang, yang depang ke belakang. Name pengerusi TNB kat belakang, name jename spenda tu pulak kat depan. Tergelok besorlah kawang2 yang due orang lagi tu... ..Gitulah cerite nye... . spang kederang sunggoh!!!

  Forum: Cakap Lawak & Jenaka · Post Preview: #1480 · Replies: 3 · Views: 5,938

rajakamil
Posted on: Sep 25 2008, 08:38 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 68
Sertai: 9-September 08
No. Ahli: 18


kalau nak masukkan negara malaysia, kat bahagian mane yang sesuai ek?? umo brape korang rase sesuai ngn negara malaysia...sambil aku terpikir-pikir jugak ni untuk jawapan yang sesuai..malaysia umo 17 kot yang sesuai...sbb baru nak membesar walaupon negara xbesar....ntah pape la aku merepek di pagi ramadhan yang mulia nie..hahaha
  Forum: Cakap Lawak & Jenaka · Post Preview: #1479 · Replies: 5 · Views: 6,339

rajakamil
Posted on: Sep 25 2008, 08:31 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 68
Sertai: 9-September 08
No. Ahli: 18


aku xnak baca...sebab aku dah pernah terkena...hahahaha jadi aku bukan la pak pandir unutuk kali ni...sebab dah pernah terkena...so sesape yang belum baca,bacalah sampai abih...nak tahu camne dan siapa sebenarnya pakpandir nie...memang menyeronokkan untuk mengenali pak pandir nie...leh la fowardkan kat org laen jgk...hahaha aku nak post kat friendster la.
  Forum: Cakap Lawak & Jenaka · Post Preview: #1477 · Replies: 5 · Views: 6,127

rajakamil
Posted on: Sep 25 2008, 08:17 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 68
Sertai: 9-September 08
No. Ahli: 18


adeh...sama-sama menipu plak tue...payah jgk kalau ade keluarga macam nie...mmg tak kan ade bnde yang betol la yang dia akan cakap..anak tipu bapak bapak tipu anak...elok la tue, kalau ramai org camni camne agaknya yea?? mmg punah ranah malaysia dibuatnya...
kesimpulan yang aku leh buat, bapak dia lagi terer menipu la, kepala dah berdarah pon leh buat bajet cool lagi..skali mak dia pon upe2nye menipu je mati...buat2 mati
  Forum: Cakap Lawak & Jenaka · Post Preview: #1475 · Replies: 6 · Views: 6,721

rajakamil
Posted on: Sep 25 2008, 08:08 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 68
Sertai: 9-September 08
No. Ahli: 18


skrang aku nak cerita pasal cerita Konon nya lawak tapi langsung tak lawak yang diceritakan oleh mmbe aku sendiri,

camne aku nak mula nie,terus aku rase nak cerita pon malas....sbb mmg crita dia tak kelakar...lagipon aku lupa sebenarnya...alang-alang dah menaip malas la pulak nak berhenti...so aku teruskan jela untuk menaip tanpa ada cerita lawak...kalau dah mnaip sebanyak nie tetiba nak delete adeh...ruginya masa...kan masa itu berharga
  Forum: Cakap Lawak & Jenaka · Post Preview: #1474 · Replies: 2 · Views: 4,009

rajakamil
Posted on: Sep 25 2008, 08:04 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 68
Sertai: 9-September 08
No. Ahli: 18


itu lah yang masalahnya, kalau harga minyak turun skali pon belum tentu harga barang lain yang nek sebelum ni akan diturunkan, mungkin ade la yang peniaga-peniaga yang berhati mulia lagi berbudi pekerti untuk menurun harga, dan semestinya ramai juga yang akan still mengambil kesempatan dan menggunkan harga lama....mesti kena buat pantauan jgk la untuk memastikan bila harga minyak turun harga barang yang berkaitan pon turun
  Forum: Cakap Isu Semasa · Post Preview: #1472 · Replies: 24 · Views: 22,674

rajakamil
Posted on: Sep 25 2008, 01:45 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 68
Sertai: 9-September 08
No. Ahli: 18


adeh..seme bende duit sekarang...macam orang buat duit sekarang...ke ade jugak lepas ni lelaki yang nak jual teruna?? leh cek ker camne??hahaha
memang selekeh la...so, ade orang nak beli tak dia punye dara tue?? kalau bg free ramai la yang nak kot..hahaha nanti kalau dah ade berita org yang nak beli dia punye dara tue..inform-inform la... berta yang agak menarik jugak la kan untuk di kongsi...menarik dan pelik
  Forum: Cakap Maklumat dan Pengetahuan · Post Preview: #1454 · Replies: 24 · Views: 25,386

rajakamil
Posted on: Sep 25 2008, 01:32 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 68
Sertai: 9-September 08
No. Ahli: 18


harga naik sape stuju kan??? memang xlogik la...sape yang sanggup nak bayar lebih...tapi ade beb org yang ske camtu...MR OS(baru tgk citer os semalam kat astro) hahaha.. tapi kita xleh jgk nak salah kan syrikat bas bila diorg naikkan harga minyak.. yela diorg pon terasa bebanan dari kos sbb harga minyak naik..subsidi minyak plak xdapat..tapi yang paling bagus biasanya syrikat bas trans.... tu pendapat aku la sebb diorg xkan naikkan harga bas sesuka hati..ni aku bercakap trans kat area aku...kat tempat korang aku xtau la kan
  Forum: Cakap Isu Semasa · Post Preview: #1449 · Replies: 20 · Views: 22,094

rajakamil
Posted on: Sep 25 2008, 01:27 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 68
Sertai: 9-September 08
No. Ahli: 18


erm...bila cakap nak turun depa cakap kita akan kaji semula dan kaji semula, rege minyak xjugak turun-turun, kalau cakap harga minyak naik...erm xpayah nak kaji sangat pon xpe...naikkan aje....xtau le bila harga minyak nak turun... sama-sama la pegi keje nek beskal yea..huhu xpon nek moto jela..
kereta letak dalam umah wat perhiasan...kalau xmampu nak tampung kos minyak la...kadang-kadang mmg xmunasabah dgn kos untuk tanggung harga minyak nek kereta...

pandai-pandai menguruskan kewangan yea wahai sahabat semua
  Forum: Cakap Isu Semasa · Post Preview: #1448 · Replies: 24 · Views: 22,674

rajakamil
Posted on: Sep 25 2008, 01:22 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 68
Sertai: 9-September 08
No. Ahli: 18


Hadith :

Daripada Zaid bin Sabit r.a. katanya: “Kami pernah bersahur bersama-sama Rasulullah s.a.w. Selepas itu kami berdiri untuk menunaikan solat subuh, kamipun bertanya kepada baginda: “Berapa jarak sebenar di antara kedua-dua itu? (di antara makan sahur dengan sembahyang subuh)”. Baginda pun menjawab: “sekira-kira cukup membaca lima puluh ayat”.



(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
1. Orang yang hendak makan sahur disunatkan melambatkan berbuat demikian sehingga hampir dengan waktu subuh.

2. Jarak yang paling afdhal untuk bersahur dengan masuknya waktu subuh ialah sekadar lama bacaan lima puluh ayat al-Quran.

3. Umat Islam digalakkan bersahur kerana perbezaan antara puasa orang-orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah dengan makan sahur
  Forum: Cakap Agama; Fiqah, Tauhid & Akidah · Post Preview: #1447 · Replies: 0 · Views: 2,494

rajakamil
Posted on: Sep 25 2008, 01:06 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 68
Sertai: 9-September 08
No. Ahli: 18


tapi ruangan ni paling sedikit mendapat sambutan,huhu kenapa yea??

sini aku pon nak bg la jgk sket tanda2 kiamat mengikut dalil berdasarkan wikipedia

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Penaklukan Baitulmuqaddis

“ Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari[1] ”

* Zina bermaharajalela

“ "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim ”

* Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik

* Bermaharajalela alat muzik

“ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah ”

* Menghias masjid dan membanggakannya[perlu petikan]

“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ”

* Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik[perlu petikan]

“ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim ”

* Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan[perlu petikan]

* Ramai orang soleh meninggal dunia[perlu petikan]

“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad ”

* Orang hina mendapat kedudukan terhormat[perlu petikan]

“ Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani ”

* Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja[perlu petikan]

“ "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad ”

* Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang [perlu petikan]

“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." ”

* Bulan sabit kelihatan besar[perlu petikan]

“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani ”

* Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

“ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim ”

* Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar

“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad ”

* Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai

“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim ”

* Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa[perlu petikan]

* Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)[perlu petikan]

“ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari ”

* Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda[perlu petikan]

“ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai ”

* Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

-hadis bawah-

* Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

-hadis bawah-

* Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.

-hadis bawah-

* Orang akan melakukan homoseksual.

-hadis bawah-

* Akan terdapat ramai anak luar nikah.

- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)

* Berkurangnya sifat amanah

-hadis bawah-

* Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)

-hadis bawah-

* Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya

-hadis bawah-

* Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya

-hadis bawah-

* Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid

-hadis bawah-

* Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

-hadis bawah-

* Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya

“ Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi ”

[perlu petikan]

* Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

-hadis bawah-

* Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...

-hadis bawah-

* Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)

-hadis bawah-

* Memandang rendah kepada darah

“ Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad ”

[perlu petikan]

* Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)

“ Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad ”

[perlu petikan]

* Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

“ Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. ”

[perlu petikan]

* Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan

“ Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah ”

[perlu petikan]

* Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan

“ "Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari[2] dan Muslim ”

* Banyaknya berlaku gempa bumi[2]

* Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan[2]

* Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan[2]

“ "Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari[2] ”

* Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba

-hadis bawah-

* Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat

“ Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy. ”
  Forum: Cakap Agama; Fiqah, Tauhid & Akidah · Post Preview: #1446 · Replies: 5 · Views: 7,875

rajakamil
Posted on: Sep 23 2008, 05:09 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 68
Sertai: 9-September 08
No. Ahli: 18


Cantik-cantik gambar tu kan smile.gif. Aku tak pandai tangkap gambar. Pernah sekali tu, snap gambar, tertangkap gambar diri sendiri. Haru je aku.

Gambar gelombang air tu memang pakai kamera bese tak boleh tangkap ke? Ada kawan aku ni, pandai gak tangkap gambar, kamera die mahal giler. Wah, wah,wah. Berapa ntah, lagi mahal pada video cam yg besar tu. Alah, yang biasa org shoot masa kenduri kawin tu. Bukan yang handy cam tu. Tau kan kamera mana maksud aku?
  Forum: Cakap Fotografi & Lensa · Post Preview: #1347 · Replies: 14 · Views: 19,033

rajakamil
Posted on: Sep 23 2008, 04:27 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 68
Sertai: 9-September 08
No. Ahli: 18


Kakerot, nak tanya boleh smile.gif
Ikan apa ye yang biasa digunakan untuk kolam hiasan di rumah?
Kat rumah saya, ada kolam ikan. Masalahnya, air kolam tu cepat jadi hijau, lantai berlumut.
Selalu gak cuci, tapi letihlah kan kalau tak smpi seminggu dah kotor balik.

Satu lagi, kolam ikan saya tu, masa mula2, ia dibina oleh "so called talented artist". Masalahnye, kami sekeluarga tengok, macam kelakar je. Jadi, kami pun bina baru ikut cita rasa kami sendiri plak. Yang sebelum ni, "artist" tu kata, dia akan reka ikut design die sendiri, sebab ilham datang. Porah ! Itu namanye syok sendiri. Sekarang jadi dilema. Nak buang tak tunggul buruk tu atau biarkan je sad.gif

Mintak nasihat sikit
  Forum: Cakap Anjung Seri & Dekorasi · Post Preview: #1346 · Replies: 3 · Views: 9,270

rajakamil
Posted on: Sep 23 2008, 04:16 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 68
Sertai: 9-September 08
No. Ahli: 18


pergh....kalau char kuey tiow udang/kerang, tambah je udang atau kerang kan.?
ada bahan-bahan lain tak? Aku pernah makan char kuey tiow udang kat manjung. Berdesut rasa die. 2 kali aku tambah. Bukan senang nak jumpa char kuey tiow sedap sekarang ni wink.gif

Erm, char kuey tow ngan kuey tiow, apa bezanye? Char kuey tiow ni masakan tradisi orang asli Pahang kan? Betul tak? wink.gif
Betulkan aku kalau salah ye.

Wassalam
  Forum: Cakap Resepi & Masakan · Post Preview: #1343 · Replies: 6 · Views: 16,722

rajakamil
Posted on: Sep 23 2008, 04:01 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 68
Sertai: 9-September 08
No. Ahli: 18


Hekeleh, aku jentik kan sorang2 baru tahu. Topix pasal kundagsang terus tukar pasal awekz.
Erm, tapi memang lawa pun. Hahahaha


Selain kat sana, kat mana lagi ada tempat macam tu bluzz? best ar kau, nanti kat WC nanti, kau PM aku, aku nak bagi idea kat kau. Idea untuk buat duit. Hehehe. Kalau nak lah. Tak nak takpe.
Er...jangan salah faham semua, bukan bisnes jual nombor tepon sumandak sabah yeeeeee......biggrin.gif
  Forum: Cakap Pelancongan & Percutian · Post Preview: #1342 · Replies: 11 · Views: 19,254

3 Mukasurat V   1 2 3 >

New Posts  Susulan baru
No New Posts  Tiada susulan baru
Hot topic  Topik panas (Baru)
No new  Topik panas (Tiada baru)
Poll  Undian (Baru)
No new votes  Undian (Tiada Baru)
Closed  Topik dikunci
Moved  Topik dipindah
 

Versi Ringkas Masa sekarang: 29th March 2024 - 12:41 AM