IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> BELANJAWAN BIJAK!!!!!!!!!!!!
emmalisa
kiriman May 8 2009, 11:28 AM
Kiriman #1


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 24
Sertai: 15-April 09
Daripada: putrajaya
No. Ahli: 909



BELANJAWAN BIJAK!!!!!!!!!!!!

Anda telah menilai kedudukan kewangan anda, menetapkan matlamat kewangan anda, menyediakan rancangan tuju dan menyimpan rekod yang sistematik tentang pendapatan dan perbelanjaan anda.
Sekarang anda perlu mengawal aspek kewangan anda sebagai contoh mengetahui apa perbelanjaan anda dan kenapa wujudnya perbelanjaan berkenaan. sebaik-baiknya pengetahuan ini dikekalkan secara berterusan dan boleh juga dikemaskini dari semasa ke semasa. Di sinilah belanjawan boleh membantu anda.

Di bawah ini ialah satu contoh belanjawan yang mudah. Perbezaan di antara belanjawan dan jadual perbelanjaan ialah dari segi sejarah. Belanjawan bukan satu rekod sejarah perbelanjaan/pendapatan anda tetapi satu rujukan (benchmark) untuk perancangan perbelanjaan anda.

Mari kita lihat jadual belanjawan di atas. Jajaran Sebenar di ambil daripada rekod yang telah anda simpan sebelum ini, Jajaran Sasaran pula ialah perancangan perbelanjaan anda. Jajaran (+/-) menunjukkan sejauh mana pesongan perancangan anda. Contohnya untuk bayaran kad kredit, pesongan dikira sebagai 200 (Sasaran) tolak 250 (Sebenar) bersamaan negatif 50 (-50). Anda boleh juga mengukur pesongan dalam bentuk peratusan.

Anda boleh menyediakan belanjawan anda secara komputer atau kaedah pen-kertas. Belanjawan adalah satu dokumen yang dinamik di mana anda mungkin perlu mencuba beberapa kali untuk mendapat satu “fesyen” belanjawan yang sesuai dengan situasi anda. Untuk “first-timers” mulakan dengan anggapan yang konservatif, jangan buat komitment yang terlalu besar dan berdisiplin dalam memantau belanjawan anda. Lama kelamaan saya pasti anda sudah boleh membebaskan lebih banyak wang anda untuk wawasan kewangan anda yang baru.

* Apa yang anda lakukan ini sebenarnya sama dengan perancangan belanjawan negara oleh ahli-ahli ekonomi dan kewangan negara. Tanpa kita sedari kalau setiap orang melakukan belanjawan peribadi dengan bijak, ekonomi negara kita akan lebih sihat, tidak perlu terlalu bergantung kepada hutang negara luar. Oleh itu lakukannya sekarang.

Go to the top of the page
 
+Quote Post
bizonedrop
kiriman May 8 2009, 11:29 AM
Kiriman #2


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 439
Sertai: 8-April 09
Daripada: Taman Equine/keramat/pchong
No. Ahli: 855



rclxm9.gif flex.gif


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 28th April 2024 - 03:48 AM