IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> TERBARU !!!...Venezuela usir Duta Israel !!!!
padaiyappa©
kiriman Jan 7 2009, 01:45 PM
Kiriman #1


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 392
Sertai: 8-October 08
Daripada: India
No. Ahli: 103



utusan meroyan melaporkan:

Venezuela usir Duta Israel
07/01/2009 12:46pm


CARACAS 7 Jan. – Kerajaan Venezuela semalam mengusir Duta Israel ke negara ini sebagai protes terhadap serangan rejim itu ke atas Genting Gaza.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa tindakan mengusir Shlomo Cohen dan beberapa kakitangan di Kedutaan Israel sebagai seruan ke arah keamanan dan kehormatan terhadap undang-undang antarabangsa.

Pengusiran tersebut dibuat ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meneruskan perdebatan mengenai prospek gencatan senjata di Genting Gaza dan usaha diplomatik yang giat dijalankan bagi mendesak Israel menghentikan serangan yang masuk hari ke-12 dan telah meragut 660 nyawa.

Venezuela menuduh Israel “melanggar undang-undang antarabangsa secara terang-terangan” dan “merancang menggunakan kekerasan” ke atas penduduk Palestin.

“Dalam saat tragik dan memeranjatkan ini, rakyat Venezuela menunjukkan rasa hormat kepada penduduk Palestin yang mempunyai semangat wira,” demikian menurut kenyataan itu lagi.

Misi Venezuela ke PBB juga akan mendesak Majlis Keselamatan agar mengambil “tindakan segera untuk menghentikan pencerobohan oleh Israel ke atas kawasan Palestin.”

Venezuela mengutuk serangan Zionis ke atas Genting Gaza dan Presiden Hugo Chavez sendiri pada Isnin lalu menyifatkan apa yang berlaku sebagai “penghapusan bangsa” dan menuduh Amerika Syarikat menyokong serangan tersebut. – AFP


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WaKenaBeb
kiriman Jan 7 2009, 08:56 PM
Kiriman #2


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 425
Sertai: 16-November 08
Daripada: NegeriHangJebat
No. Ahli: 252



Walaupun Venezuela bukan negara Islam tp tindakannya mmg tepat dan berani. Yg peliknya.., negara2 arab dan Islam yg lain dok diam tanpa tindakan apa2. Hanya desak desak desak desak dan desak Israel hentikan serangan tp cara mcm tu mmg x beri kesan apa2 pd Israel. Ini semua kerana gara2 Israel anak emas Amerika, jd x berani nk buat apa2 dan juga pemimpin negara arab dan Islam mmg ada kepentingan dgn Amerika. Moga pemimpin2 seperti ini patut ditukar dgn pemimpin yg benar2 Islam sejati seperti di zaman nabi dahulu.
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Jan 7 2009, 10:38 PM
Kiriman #3


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



QUOTE (WaKenaBeb @ Jan 7 2009, 08:56 PM) *
Walaupun Venezuela bukan negara Islam tp tindakannya mmg tepat dan berani. Yg peliknya.., negara2 arab dan Islam yg lain dok diam tanpa tindakan apa2. Hanya desak desak desak desak dan desak Israel hentikan serangan tp cara mcm tu mmg x beri kesan apa2 pd Israel. Ini semua kerana gara2 Israel anak emas Amerika, jd x berani nk buat apa2 dan juga pemimpin negara arab dan Islam mmg ada kepentingan dgn Amerika. Moga pemimpin2 seperti ini patut ditukar dgn pemimpin yg benar2 Islam sejati seperti di zaman nabi dahulu.

masing2 seperti menjaga kepentingan masing2...
sebab itu la hanya mampu berbuat begitu...
Go to the top of the page
 
+Quote Post
padaiyappa©
kiriman Jan 8 2009, 08:23 AM
Kiriman #4


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 392
Sertai: 8-October 08
Daripada: India
No. Ahli: 103



mereka hanya tinggal

"Islam pada nama"


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
biey_ila
kiriman Jan 8 2009, 08:27 AM
Kiriman #5


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 123
Sertai: 11-November 08
Daripada: putrajaya
No. Ahli: 209



QUOTE (Padaiyappa @ Jan 8 2009, 08:23 AM) *
mereka hanya tinggal

"Islam pada nama"


"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon/Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin. ..."> >
(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)

Surah al fil:
"A'lam tara kayfa fa'ala rabbuka bi as-hab al-fil
"A'lam ya'jal kaydahum fi tadlil Wa arsala alayhim tayran ababil
"Tarmihim bi hijaratin min sijjil Fa ja'ala hum ka asfin ma'kul"

Lipat gandakan doa ini. Kirim kepada 7 orang rakan anda yang lain..
Maka 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 = 823453 orang akan berbuat berdoa,
kemudian 823453 X 7 = 5.8 juta orang...InsyaAllah akan ikut berdoa...


--------------------
biey
~~~anda mampu mengubahnya~~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ganazz
kiriman Jan 8 2009, 05:44 PM
Kiriman #6


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,224
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



Pejuang Bunuh 30 Askar Israel dan 100 Lainnya Cedera



Anggota Biro Politik Gerakan Hamas, Muhammad Nazal menegaskan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza berhasil membunuh dan melukakan lebih 130 askar Israel dalam masa 5 hari terakhir.

Dalam pernyataan kepada tv Palestin “al Aqsha”, Rabu (07/01), Nazal mengatakan, “Sejak bermulanya serangan darat Israel ke Semenanjung Gaza lebih dari 30 askar dan komander pasukan khusus Israel mati dan lebih dari seratus lainnya cedera termasuk komander pasukan khusus “Golani”.”

Nazal mengisyaratkan angka besar jumlah korban mati dan tercedera di pihak askar Israel yang mencapai lebih 130 antara mati dan tercedera, merupakan angka tertinggi. Baik dari sisi waktu manapun kemampuan pejuang berbandingkan dengan kemampuan musuh.

Ketua Tertinggi Hamas ini mengingatkan, “Setelah lewat beberapa hari serangan Israel ke Semenanjung Gaza, boleh saya katakan bahawa pejuang merealisasikan pencapaian sasaran yang besar. Pejuang telah menggagalkan semua target yang diumumkan musuh.”

Dalam pada itu, tentera Israel secara rasmi hanya mengakui 9 askarnya mati dan lebih 120 lainnya cedera. Meskipun demikian tentera Israel memperketatkan liputan media atas penyebutan korban mati dan tercedera yang sebenarnya di pihak tentera Israel. (seto)


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ganazz
kiriman Jan 8 2009, 08:04 PM
Kiriman #7


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,224
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



Attack on Israel from Lebanon threatens 2nd front

Interbiol sama yahudik


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ganazz
kiriman Jan 8 2009, 08:06 PM
Kiriman #8


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,224
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



Brigade Izzuddin Al-Qossam, sayap militer gerakan perlawanan Hamas mempublikasikan, pihaknya menembak helicopter tempur Israel, ketika berpatroli di atas langit Gaza Ahad sore (11/1) hingga memaksanya mendarat darurat.

Dalam keterangannya yang dilansir infopalestina.com menyebutkan, roket anti pesawat milik al-Qossam berhasil merontokan pesawat tempur Israel dan memaksanya mendarat darurat.

Sementara itu, sumber militer Israel menyebutkan pada media Zionis bahwa brigade Al-Qossam untuk pertama kalinya menggunakan senjata anti pesawat. Hal ini tentu berpengaruh terhadap serangan pesawat tempur Israel ke Gaza.

Sumber keamanan Zionis menyebutkan, para prajurit Palestina telah menggunakan senjata anti pesawat canggih untuk menghadang pasawat tempur Israel pada akhir pekan ini. Serangan ini merupakan pertama kalinya dilakukan perlawanan dalam pertempuranya melawan pasukan Israel, melalui darat, laut dan udara.

Pihak perlawanan menyatakan, pihaknya bersama seluruh sayap tempur Palestina menyatakan masih tetap tangguh melawan Zionis, walau sudah berlangsung 16 hari serangan brutal Israel ke wilayah Gaza. Ia mengatakan, pihaknya masih mampu memberikan kejutan-kejutan lain bagi Israel, jika mereka tetap melanjutkan seranganya ke berbagai wilayah permukiman. (asy)


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Clement
kiriman Jan 9 2009, 09:37 AM
Kiriman #9


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 151
Sertai: 19-September 08
No. Ahli: 49



rasa2 klu ada duta Israel di msia...adakah dia akan diusir? atau spt pepatah mengatakan "cakap tak serupa bikin?" rolleye0012.gif
Go to the top of the page
 
+Quote Post
missnariza
kiriman Jan 9 2009, 10:17 AM
Kiriman #10


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 184
Sertai: 18-November 08
Daripada: klang
No. Ahli: 264



QUOTE (Padaiyappa @ Jan 7 2009, 01:45 PM) *
utusan meroyan melaporkan:

Venezuela usir Duta Israel
07/01/2009 12:46pm


CARACAS 7 Jan. – Kerajaan Venezuela semalam mengusir Duta Israel ke negara ini sebagai protes terhadap serangan rejim itu ke atas Genting Gaza.


Bagus btul Kerajaan Venezuela, mengusir Duta Israel, negara2 Islam lain kenapa la tak buat macam tu.
Sedih betul tengok rakyat Palestin. Di doakan moga tuhan turunkan bala pada orang2 Israel yg sanggup bunuh orang awam, terutamanya kanak2 yang tak tau apa2.

fiery.gif geram sungguh yang teramat....
Go to the top of the page
 
+Quote Post
wandisini
kiriman Jan 12 2009, 08:38 PM
Kiriman #11


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 129
Sertai: 11-November 08
Daripada: Red Giant Selangor
No. Ahli: 217



derma la tuk rakyat palestin...korang debitkan rm1 pun tak pa guna maybank2u korang tu...kalu suma sorang rm1 pun kira banyak gak la kita boleh collect



--------------------
>>>>>>>>>>> www.wandisini.net <<<<<<<<<<<<<<
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 16th April 2024 - 09:33 PM