IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Peniaga dakwa jumpa dapur arang diraja, KosmoOnline
♦محمد أفيق♦
kiriman Sep 2 2009, 09:15 AM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373





TUMPAT - Seorang peniaga mendakwa menjumpai sebuah dapur arang bersaiz kecil dan yang pastinya bukan digunakan oleh manusia biasa.

Kamarulbahrain Ibrahim, 46, memberitahu, dia menemui barang tersebut kira-kira dua minggu lalu ketika sedang menggali lubang untuk menanam bangkai kucing di belakang rumahnya di Kampung Padang Tok Ku dekat sini.

Menurutnya, ketika sedang menggali, dia ternampak satu ketulan tanah yang pelik kerana agak keras.

"Saya ambil tanah itu dan selepas dibersihkan, ia adalah dapur arang yang diperbuat daripada tanah liat dengan saiz yang agak kecil.

"Barang ini agak ganjil dan mustahil ia alat permainan kanak-kanak kerana hasil buatannya halus dan sempurna," ceritanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, dia kemudiannya menunjukkan dapur itu kepada beberapa orang penduduk lama kampung dan mereka mengaitkan dapur itu dengan beberapa perkara lain termasuk barangan mainan anak-anak raja zaman dahulu kala.
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 23rd September 2024 - 07:03 AM