IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> 'Pen Skodeng', Gajet untuk Kaki Skodeng
sHäm
kiriman Nov 8 2008, 03:58 PM
Kiriman #1


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,147
Sertai: 7-November 08
Daripada: Utara
No. Ahli: 175



'Pen Skodeng' kegilaan remaja

Kosmo 8 November 2008



KUALA LUMPUR - Jangan terkejut jika gambar anda disebarkan melalui internet tanpa menyedari bila diambil kerana teknologi terkini telah membolehkan rakaman dibuat menggunakan sebatang pen dakwat yang kini telah berada di pasaran.

Pen yang dinamakan sebagai 'Pen Skodeng' di kalangan pelajar sekolah itu dijual di beberapa tempat selain melalui internet pada harga RM500 dan sambutannya dikatakan amat menggalakkan.

Dengan membawa pen tersebut, segala gambar boleh dirakamkan secara sembunyi tanpa disedari oleh mangsanya.

Lebih malang lagi, pen tersebut disalahgunakan untuk tujuan yang tidak elok.

'Pen Skodeng' juga boleh merakamkan audio dan visual dengan hanya meletakkannya pada poket baju seperti pen biasa tanpa menimbulkan syak.



TANPA disedari 'Pen Skodeng' mampu merakam aksi panas tanpa disedari mangsa. - Gambar hiasan

Apa yang membimbangkan, kebanyakan pembelinya pula terdiri daripada golongan remaja dan pelajar sekolah biarpun harganya mampu mencecah ratusan ringgit di pasaran.

Salah seorang penggunanya yang dikenali sebagai Azmi, 20, berkata, dia mengetahui penjualan 'Pen Skodeng' ketika berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah beberapa bulan lalu.

"Kebiasaannya, gajet sebegini hanya boleh dilihat melalui siri-siri penyiasatan popular seperti Mission Imposible atau James Bond, namun kini ia boleh didapati dengan mudah di negara ini," katanya kepada Kosmo! di sini, semalam.

Seorang lagi pemilik pen ini, Zamri, 25, berkata, tujuannya membeli hanyalah untuk kegunaan sendiri.

"Saya anggap ini sebagai teknologi canggih yang perlu dijadikan koleksi kerana ia ada lensa yang mampu merakamkan imej berwarna dengan resolusi saiz 0.3 megapiksel di samping bunyi dari jarak sejauh lima meter," ujarnya.

Tambah Zamri, dia dan rakan-rakannya berkesempatan menguji keberkesanan pen berkenaan dengan merakamkan pelbagai aksi tersembunyi di tempat-tempat awam tanpa disedari.

Azmi memberitahu, ada antara rakan-rakannya itu yang meminjam pen tersebut semata-mata mahu merakamkan aksi panas tanpa pengetahuan pasangan masing-masing.

Go to the top of the page
 
+Quote Post
mat.g™
kiriman Nov 8 2008, 05:50 PM
Kiriman #2


Eksekutif
***

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 742
Sertai: 2-June 08
Daripada: Saujana Putra
No. Ahli: 4



wah.. smart dan mmg canggih.. mcm pen james bond or charlies angel ni.. kalau setakat harga bawah 1K ramai org mampu beli punya.. makin bertambahlah koleksi2 video panas dekat youtube nampaknya hasil keje tgn budak2 sekolah or student sakng.

tp kira main rakam video secara random focus la ni kan, sbb tak ada skrin.. tp mmg gadget ni smart.. kena cari satu ni.. hehe cool.gif


--------------------
matg.net
My Focal 2.0
Go to the top of the page
 
+Quote Post
sHäm
kiriman Nov 8 2008, 07:20 PM
Kiriman #3


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,147
Sertai: 7-November 08
Daripada: Utara
No. Ahli: 175



hahaha .. jangan buat skodeng dah la mat.g .. nanti mata cepat kabur .. 24.gif
Go to the top of the page
 
+Quote Post
mat.g™
kiriman Nov 9 2008, 10:14 AM
Kiriman #4


Eksekutif
***

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 742
Sertai: 2-June 08
Daripada: Saujana Putra
No. Ahli: 4



QUOTE (e_sentinel @ Nov 8 2008, 07:20 PM) *
hahaha .. jangan buat skodeng dah la mat.g .. nanti mata cepat kabur .. 24.gif


kalau aku dpt gadget ni, aku akan guna dijalan yg lurus saja.. utk tujuan penyiasatan.. kahkah bq.gif


--------------------
matg.net
My Focal 2.0
Go to the top of the page
 
+Quote Post
bakteria
kiriman Nov 20 2008, 09:40 AM
Kiriman #5


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 159
Sertai: 18-November 08
No. Ahli: 273



sebenarnya alat2 cmni dah lama ada...dalam pen skodeng tu dia guna cmos kamera...kalau korg g kedai elektronik...cuba bli cmos kamera yg kecik tu...lebih kurg separuh saiz ujung jari anak org dewasa...tu yg dijual untuk org biasa...dari ctu wt la circuit connect ngan memori..

kalau korg nk tau...dalam klcc tu ada satu kamera terbang...dan aku tk sure dorg dh psg ke blm sbb ritu dorg wt test...kamera tu guna gps dan gis....saiz mcm anak pepatung je...org tkkn perasan kalau dia terbang atas kepala...malaysia punya product tu...kagum aku tgk tu...


--------------------
Good 2 View Nice 2 Imagine

Go to the top of the page
 
+Quote Post
munger
kiriman Nov 20 2008, 09:46 AM
Kiriman #6


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 184
Sertai: 18-November 08
Daripada: not at my desk
No. Ahli: 271



owh..ye ke ade kamera terbang yg dh test kat m'sia nih..kagum aku..xlama lagi jd mcm negara Jepun la kita tongue.gif


--------------------
budak2 men kotak..men kotak tepi sungai..oi bahaya tuh

Go to the top of the page
 
+Quote Post
Raja Kayangan
kiriman Nov 20 2008, 09:53 AM
Kiriman #7


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 48
Sertai: 12-November 08
No. Ahli: 220



QUOTE (mat.g @ Nov 9 2008, 10:14 AM) *
kalau aku dpt gadget ni, aku akan guna dijalan yg lurus saja.. utk tujuan penyiasatan.. kahkah bq.gif

ko penyiasat ke bro?
Go to the top of the page
 
+Quote Post
bakteria
kiriman Nov 20 2008, 03:39 PM
Kiriman #8


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 159
Sertai: 18-November 08
No. Ahli: 273



QUOTE
owh..ye ke ade kamera terbang yg dh test kat m'sia nih..kagum aku..xlama lagi jd mcm negara Jepun la kita


hahah jgn mimpi...PROJEK GPS UTK DETECT LANUN (rahsia ni)..pun tk siap2...tgu kot lagi 5thn...hahahah abis duit abis duit...


--------------------
Good 2 View Nice 2 Imagine

Go to the top of the page
 
+Quote Post
mohd5249
kiriman May 9 2009, 01:09 PM
Kiriman #9


Percubaan


Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 2
Sertai: 9-May 09
No. Ahli: 1,102



QUOTE (bakteria @ Nov 20 2008, 03:39 PM) *
hahah jgn mimpi...PROJEK GPS UTK DETECT LANUN (rahsia ni)..pun tk siap2...tgu kot lagi 5thn...hahahah abis duit abis duit...


Produk Terbaru ini boleh didapati dari saya dengan harga lebih murah. Smart pen ini kini boleh didapati dengan 4GB dan 8GB.
Hanya berumur 18 tahun sahaja layak membeli. Gunakan untuk kebaikan dan diredhai Allah. Contohnya untuk kegunaan dalam kuliah, kelas agama, bersama keluarga dan sebagainya. Sama-sama mendapat pahala.

Dapatkan info melalui web ini untuk pembelian:
http://www.smartpen.co.cc

Terima kasih.
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 28th April 2024 - 01:26 AM