IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Closed TopicStart new topic
> pasal semayang sunat taubat...
BudaK-MalaS
kiriman Nov 16 2008, 03:51 AM
Kiriman #1


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 37
Sertai: 16-November 08
Daripada: di atas bumi yg nyata
No. Ahli: 245



salam..
kepada yg tau pasal solat sunat taubat, kat mana laman web yg sy bley dptkan info dan cara untuk menunaikan solat sunat taubat..?
harap korang boleh membantu... blink.gif


--------------------
+ Berdiam diri tidak semestinya tidak berilmu. Jadilah seperti resmi padi
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ganazz
kiriman Nov 16 2008, 09:44 AM
Kiriman #2


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,224
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



pi tanya ustaz la senang bercerita.

sebagai panduan boleh juga merujuk kat sini,
CODE
http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/19/cara-solat-taubat/


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
sHäm
kiriman Nov 16 2008, 10:41 AM
Kiriman #3


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,147
Sertai: 7-November 08
Daripada: Utara
No. Ahli: 175



Bagus soklan kau BudaK-MalaS .. tapi kau bukan budak malas kan ? .. Alhamdullillah , ganazz dah bagi link tapi mesti rujuk ustaz/ustazah secara berdepan , takut nanti salah amalan sekiranya tersilap tatacara jika hanya sekadar ikut dari pembacaan smile.gif
Go to the top of the page
 
+Quote Post
bakteria
kiriman Nov 19 2008, 11:04 AM
Kiriman #4


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 159
Sertai: 18-November 08
No. Ahli: 273



baik jumpa org yg pakar dalam bidang ni untuk mengetahui lebih lanjut...tapi secara ringkasnya solat sunat taubat kaifiat dia sama ja mcm solat sunat yg lain...tapi ada kaifiat yg afdal yg diamalkan oleh ulama terdahulu...sila rujuk kepada org yg pakar..


--------------------
Good 2 View Nice 2 Imagine

Go to the top of the page
 
+Quote Post
ganazz
kiriman Nov 19 2008, 10:08 PM
Kiriman #5


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,224
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



lepas solat sunat taubat, yang bestnya kalo dibaca zikir munajat- "Taubana illa lah......."


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
bakteria
kiriman Nov 20 2008, 09:18 AM
Kiriman #6


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 159
Sertai: 18-November 08
No. Ahli: 273



QUOTE
zikir munajat- "Taubana illa lah......."


aku rasa mcm salah je ni...bukan taubana tapi tubena...maksudnya kami bertaubat...salah dari segi nahu...


--------------------
Good 2 View Nice 2 Imagine

Go to the top of the page
 
+Quote Post
BudaK-MalaS
kiriman Nov 20 2008, 09:35 PM
Kiriman #7


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 37
Sertai: 16-November 08
Daripada: di atas bumi yg nyata
No. Ahli: 245



QUOTE (bakteria @ Nov 20 2008, 09:18 AM) *
aku rasa mcm salah je ni...bukan taubana tapi tubena...maksudnya kami bertaubat...salah dari segi nahu...

betul betul betul....


--------------------
+ Berdiam diri tidak semestinya tidak berilmu. Jadilah seperti resmi padi
Go to the top of the page
 
+Quote Post
sHäm
kiriman Nov 20 2008, 11:59 PM
Kiriman #8


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,147
Sertai: 7-November 08
Daripada: Utara
No. Ahli: 175



Hmm .. hati2 penggunaan bahasa , nanti silap tak sempat nak taubat dry.gif
Go to the top of the page
 
+Quote Post
aina_sara
kiriman Nov 22 2008, 06:32 PM
Kiriman #9


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 418
Sertai: 12-July 08
No. Ahli: 5



doa taubat :

tubena illallahh.. (taubat kami kepada Allah)
waraja'na ilallahh.. (kembali kami kepada Allah)
wanadimna 'ala ma fa'alna.. (...(lupa daa).... atas apa yang kami lakukan)

beg.gif

'wanadimna' tu.. aku dah lupa la maksud dia. icon_question.gif


--------------------
www.tupperclick.com
Simply good living solutions!
Go to the top of the page
 
+Quote Post
bakteria
kiriman Nov 22 2008, 08:19 PM
Kiriman #10


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 159
Sertai: 18-November 08
No. Ahli: 273



aina kalau boleh bg maksud skali...

ada lg doa taubat...imam al-ghazali sll bc doa ni 5kali pas slt jumaat...

ilaahi las tulil firdausi ahhla (wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMU)
wala aqwa 'ala naaril jahiim (namun aku juga tak mampu ke nerakaMU)
fahabli taubatan waghfir zunuubi (ampunkan dosaku dan terimalah taubatku)
fainnaka ghofiruz zanbil 'aziim. (sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa2 besar)



--------------------
Good 2 View Nice 2 Imagine

Go to the top of the page
 
+Quote Post
aina_sara
kiriman Nov 22 2008, 10:20 PM
Kiriman #11


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 418
Sertai: 12-July 08
No. Ahli: 5



apa maksud wanadimna... ?? icon_question.gif


--------------------
www.tupperclick.com
Simply good living solutions!
Go to the top of the page
 
+Quote Post
bakteria
kiriman Nov 23 2008, 12:28 PM
Kiriman #12


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 159
Sertai: 18-November 08
No. Ahli: 273



wanadimna kalau tk salah aku maksudnya "dan kami menyesal"...


--------------------
Good 2 View Nice 2 Imagine

Go to the top of the page
 
+Quote Post
Abe.Najay
kiriman Nov 28 2008, 02:43 PM
Kiriman #13


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 30
Sertai: 4-November 08
Daripada: Shah Alam
No. Ahli: 163



Sumber : http://nurjeehan.wordpress.com/2007/04/27/...njernihan-jiwa/

Solat Taubat Penjernihan Jiwa

Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :

1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

* Waktu di lakukan - bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
* Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah - sila rujuk kpd pakar feqah)
* Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
* Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
* Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),

027alquran3.gif

Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
* Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

munajat1.jpg

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

*

dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

penghulu.jpg

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

*

Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.

Untuk pembacaan lanjut tentang taubat — http://nurjeehan.wordpress.com/tag/taubat/

———————————————————–

*Makruh tahrim - Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;

Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:

1.

Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.
2.

Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.
3.

Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).
4.

Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.
5.

Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.

Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.

Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.

Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.


--------------------
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.(HR. Muslim)
Go to the top of the page
 
+Quote Post
electron
kiriman Dec 4 2008, 05:56 PM
Kiriman #14


Percubaan


Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 7
Sertai: 16-November 08
No. Ahli: 255



Sekurang2 kaifiat sembahyang sunat taubat adalah 2 rakaat

Niat dalam takbiraturihram " Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala

Bacalah sebarang 1 surah dalam rakkat pertama dan 1 surah dalam rakaat kedua

Wallahuaklam
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Closed TopicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 20th April 2024 - 07:17 AM