IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Dr Mahathir Masuk UMNO.. Paklah serah kuasa pada Anwar?
Otaipr
kiriman Sep 12 2008, 06:01 PM
Kiriman #1


Percubaan


Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 8
Sertai: 9-September 08
Daripada: Planet Pluto
No. Ahli: 20



Paklah sudah diperangkap oleh orangnya sendiri, perancangan asal untuk membangkitkan perasaan bersatu orang melayu dalam menghadapi 16September kini beralih kepada krisis perkauman dan krisis Umno bersama Parti Komponen. dalam kenyataan Presiden PPP Dr M Kaveyas kepada pemberita selepas mesyuarat tertinggi BN ia berkata " inilah suasana paling luar biasa yang dihadapi BN sepanjang 15tahun pengalamannya".

ya! kini bukan Umno sahaja yang mendesak pengunduran Paklah tetapi parti komponen dalam BN juga.masalah dihadapi Paklah makin bertambah apabila Dr mahathir mengumumkan akan menyertai semula Umno sehinggakan Paklah tidak mampu memberikan respon kepada soalan wartawan berkenaan kemasukan Dr Mahathir.

Seperti dirancang,Sebenarnya Ahmad Ismail juga terlibat memerangkap Paklah, buktinya pada hari yang sama dia menyerang kaum Cina seperti orang Yahudi di Amerika, Khir Toyo juga menulis dalam Blognya bahawa jika Paklah tidak meletak jawatan peristiwa 13Mei bakal berulang. kenyataan Ahmad Ismail dan Khir toyo pada hari yang sama tentang soal perkauman seperti dirancang. sehari sebelum Ahmad Ismail membuat sidang medianya menyerang kaum Cina, dalam perjumpaan dengan Paklah Ahmad Ismail telah bersetuju untuk membetulkan kenyataanya dengan nada yang lebik baik. tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, kenyataan Ahmad Ismail lebih racist dari sebelumnya. ia turut mengejutkan Paklah.dan dalam waktu yang sama Paklah diperlihatkan seperti perancang sebenar membangkitkan Api perkauman. seperti dirancang,kesoknnya Muhyidin Yasin mendedahkan Dr Mahathir akan menyertai semula Umno dan Mukhriz Mahathir mengumumkan untuk bertanding sebagai ketua pemuda. dan dalam sidang media Ahmad Ismail selepas ia dijatuhkan hukuman oleh Majlis Tertinggi Umno disebelahnya adalah setiausaha agung Umno Tengku Adnan iaitu sebahagian perancang untuk memerangkap Paklah. apa perlu setiua usaha agung Umno duduk bersama dalam sidang media kepada orang yang sudah dijatuhkan hukuman? apa yang Paklah terlepas pandang adalah Khir Toyo & tengku Adnan adalah Proksi Mahathir. Tg Adnan juga kini mencari jalan selamat untuk mengelak kes Video Vk Lingam yang akan memerangkap dirinya. Tg Adnan sendiri mahu Dr Mahathir kembali dan Paklah dijatuhkan.agar Tg adnan dan mahathir terlepas dari kes Video Vk Lingam yang sedang dibicarakan.

Ingat siapapun mungkin tidak menyangka Mahathir antara watak utama dalam isu Perkauman yang ditimbulkan akhir akhir ini, taktik Dr Mahathir sama dengan taktiknya dahulu menjatuhkan PM pertama Tengku Abdul rahman, ketika dia dipecat Umno dia membuat pelbagai fitnah keatas Tg Abdul Rahman dan akhirnya menimbulkan semangat perkauman untuk survival politiknya. itulah dahulu Dr Mahathir dikenali sebagai Ultra Melayu, kini dia membuat dengan cara yang sama. namun apa yang Dr Mahathir lupa zaman sekarang bukan seperti zaman dahulu. tindakan kamu akan cepat dihidu.Dr mahathir , Tg Adnan, Khir Toyo bersama Ahmad Ismail memerangkap Umno pulau Pinang dan Paklah kerana mahu mendesak Paklah meletakkan jawatan dengan kadar segera. apa pun caranya termasuk mengapi apikan semangat perkauaman matlamat mereka adalah satu, mereka mahu Paklah meletakkan jawatan dengan segera. Dr Mahathir telah berjaya memaksa parti Komponen BN mendesak Paklah meletak jawatan.itulah sebabnya Paklah tidak mampu menjawab soalan wartawan semalam kerana dia sudah mengetahui isu perkauman ini dirancang dari kem Dr mahathir untuk memerangkap dirinya.

Paklah akan serah kuasa pada Anwar?
Kini team Dr Mahathir hampir pasti dapat menggulingkan Paklah, Paklah tidak lagi selamat bersama anak dan menantunya. jika orang Mahathir berjaya menggulingkan Paklah, nasib Paklah dan Khairy akan teruk dibuatnya oleh orang Dr mahathir yang selama ini menyimpan dendam kesumat kepada Paklah terutama menantunya Khairy jamaluddin. Paklah sendiri tahu betapa kejamnya dr mahathir andai dia menyimpan dendam, lihat saja apa yang dilakukan Dr Mahathir ketas Anwar, sudah tentu Paklah dan Khairy memahami apa nasib yang bakal diterima mereka andai Paklah kehilangan kuasa.

Satu cara paling selamat adalah dengan berunding dengan Anwar! sudah tentu adegan Khairy menyerahkan Pasport kerumah Anwar melalui pintu dapur akan kembali berulang.kini mungkin Khairy akan menyerahkan surat serah kuasa kepada Anwar, dengan syarat Paklah dan menantunya tidak diganggu selepas Pakatan rakyat berkuasa. dengan cara itu sahaja Paklah dan menantunya akan selamat. tidak ada seorangpun dalam Umno boleh memberikan jaminan Politik, kerana tidak pernah diantara mereka berpegang pada janji, lihat sahajalah Muhyidin Yasin yang pada awalnya bersetuju dengan peralihan kuasa 2010 akhirnya mendesak Paklah berundur. yang lebih dahsyatnya kali ini Muhyidin bersama Dr mahathir & gang menyerang hendap Paklah dibulan puasa. Umno pasti bergolak menjelang pemilihan bahagian Oktober ini.

Hanya satu pilihan buat Paklah, Berunding dengan Anwar!! kerana hanya Anwar mampu memberikan jaminan Politik kepada Paklah andainya Anwar menjadi Perdana Menteri. bermula minggu hadapan kita akan saksikan drama politik yang lebih menarik, kawan akan menjadi musuh dan musuh akan menjadi kawan. dan kini Anwar hanya menunggu waktu untuk melakukan "Checkmate" dalam percaturan poliknya.

Lawan Tetap Lawan

Reformis Muda
Go to the top of the page
 
+Quote Post
wanmus
kiriman Sep 12 2008, 09:34 PM
Kiriman #2


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 394
Sertai: 8-September 08
Daripada: Johor dan terengganu
No. Ahli: 16



nilah politik..politik dan politik...kita tak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah..dengan politik, seseorang yang salah akan kelihatan betul dan orang yang betul akan teraniaya..jadi siapakah yang teraniaya dan siapakah yang menganiaya? nilah politik seluruh dunia yang kononya demokrasi..demokrasi terpimpin kepala hotak ko..kalau betul2 terpimpin, ikutlah ajaran agama dan nabi sebagai contoh. Tapi nilah yang terpaksa kita hadapi sekarang..politik demokrasi yang telah diserap dan diadaptasikan oleh orang2 kafir laknat...


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ijamidayu
kiriman Sep 13 2008, 03:39 PM
Kiriman #3


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 56
Sertai: 10-September 08
No. Ahli: 23



Politik itu sebenarnya PUTIH.. Yg mencorak warna di dalam politik adalah mereka yang berada di dalamnya..


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
rajakamil
kiriman Sep 17 2008, 01:20 AM
Kiriman #4


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 68
Sertai: 9-September 08
No. Ahli: 18



Politik kita memang dah masuk tahap membimbangkan.. ini bukan apa, bagi saya jika Pak Lah tegas sudah semesti menteri2nya akan dengar kata Pak Lah. Bukan saya menyokong di zaman pemerintahan Dr M., cuma dia seorang yang tegas dan menteri2nya mendengar kata beliau dan jika ini diikut oleh Pak Lah, saya rasa negara tak akan kucar kacir macam sekarang nie..Pandangan saya, jika PakLah boleh meneruskan perjuangan UMNO seperti Dr M. tak akan timbul masalah. Tak keterlaluan jika saya katakan Pak Lah teelalu berlembut dgn pentdbiran beliau.


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
misspolkadot
kiriman Sep 19 2008, 02:59 AM
Kiriman #5


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 12
Sertai: 19-September 08
No. Ahli: 48



tampuk pimpinan x stabil.
mainan politik yg di putarbelit
kita ingat kita tahu apa yg berlaku.tapi sbenarnya kita hanya tahu melalui media.
zero.
just wait n see.
kelembutan paklah ader kelebihannya..
ketegasan tun pemacu negara.
pemberontakan anwar mengegar negara.

kalu 3 org bersatu.
ya allah.


--------------------
www.mengirabintang.multiply.com
Go to the top of the page
 
+Quote Post
CekDet
kiriman Sep 19 2008, 04:12 AM
Kiriman #6


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 150
Sertai: 9-September 08
Daripada: www.SyedHafidz.com
No. Ahli: 21



Bukan tak tegas...
Lebih kepada kurang berkredibilit @ kelayakan pegang jawatan PM...
Sepatutnya orang yg nak jadi PM ni kena ada kredible...berfikiran tajam, kritikal, berani, driving leader..
Bukan asyik dok ulang benda yang sama je...
paklah terlampau lemah dan kurang tajam fikiran...tido pun sllu jugak...
smile.gif
tu yang kucar kacir negara ni

QUOTE (rajakamil @ Sep 17 2008, 01:20 AM) *
Politik kita memang dah masuk tahap membimbangkan.. ini bukan apa, bagi saya jika Pak Lah tegas sudah semesti menteri2nya akan dengar kata Pak Lah. Bukan saya menyokong di zaman pemerintahan Dr M., cuma dia seorang yang tegas dan menteri2nya mendengar kata beliau dan jika ini diikut oleh Pak Lah, saya rasa negara tak akan kucar kacir macam sekarang nie..Pandangan saya, jika PakLah boleh meneruskan perjuangan UMNO seperti Dr M. tak akan timbul masalah. Tak keterlaluan jika saya katakan Pak Lah teelalu berlembut dgn pentdbiran beliau.



--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
CekDet
kiriman Sep 19 2008, 04:17 AM
Kiriman #7


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 150
Sertai: 9-September 08
Daripada: www.SyedHafidz.com
No. Ahli: 21



Betul tu...politik ni kan salah satu daripada asas penting dalam pentadbiran...dalamIslampun ada politik..
Politik ni bersih...manusia yang mengotorkannya...
Yang berkuasa rakus dengan kuasa yang ada, yang tak berkuasa sbuk nak merampas kuasa yang ada...
Kalau boleh berpolitik dengan baik takda masalah...yang jadi masalahnya kalau berpolitik ikut nafsu dan kepentingan diri semata2...


QUOTE (ijamidayu @ Sep 13 2008, 03:39 PM) *
Politik itu sebenarnya PUTIH.. Yg mencorak warna di dalam politik adalah mereka yang berada di dalamnya..



--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
CekDet
kiriman Sep 19 2008, 04:22 AM
Kiriman #8


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 150
Sertai: 9-September 08
Daripada: www.SyedHafidz.com
No. Ahli: 21



kalaulah boleh bersatu...
tapi mustahil boleh coz masing2 ngan idea masing2x...
setiap daripada mereka ada kelebihan masing2x, tak dapat dinafikan

QUOTE (misspolkadot @ Sep 19 2008, 02:59 AM) *
tampuk pimpinan x stabil.
mainan politik yg di putarbelit
kita ingat kita tahu apa yg berlaku.tapi sbenarnya kita hanya tahu melalui media.
zero.
just wait n see.
kelembutan paklah ader kelebihannya..
ketegasan tun pemacu negara.
pemberontakan anwar mengegar negara.

kalu 3 org bersatu.
ya allah.



--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
exinco
kiriman Sep 19 2008, 09:25 PM
Kiriman #9


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 44
Sertai: 8-September 08
No. Ahli: 11



kesian pun aadaa nak muntah pun ada, aku tak heran lah politik ni, main catur


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Clement
kiriman Sep 20 2008, 10:12 PM
Kiriman #10


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 151
Sertai: 19-September 08
No. Ahli: 49



QUOTE (ijamidayu @ Sep 13 2008, 03:39 PM) *
Politik itu sebenarnya PUTIH.. Yg mencorak warna di dalam politik adalah mereka yang berada di dalamnya..



Betul! Hanya skg ni rakyat sudah tak tau warna apa kain tu....kata corak 2D tak juga...kata 3D jauh sekali..entak lah biggrin.gif
Go to the top of the page
 
+Quote Post
CekDet
kiriman Sep 26 2008, 11:16 PM
Kiriman #11


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 150
Sertai: 9-September 08
Daripada: www.SyedHafidz.com
No. Ahli: 21



Boleh sampai nak termunth ek..
smile.gif
anyway, memang kadang2 tgk keadaan politik semasa ni agak memualkan..
tapi, ni la nature politik ...lebih2 lagi politik ala barat camni..


QUOTE (exinco @ Sep 19 2008, 09:25 PM) *
kesian pun aadaa nak muntah pun ada, aku tak heran lah politik ni, main catur



--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 24th April 2024 - 09:51 AM