IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Yakjuj & Makjuj
ganazz
kiriman Apr 28 2010, 11:28 PM
Kiriman #1


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,221
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



"(Wahai Isa) Sesungguhnya aku telah melepaskan hamba-hambaku yang sangat ganas yang tidak ada siapa yang dapat melawanya. Oleh itu cepat-cepatlah engkau selamatkan hamba-hambaKu yang ada bersamamu ke arah bukit "Thor" – Rirawat Muslim.
Ya'juj dan Ma'juj adalah nama bagi suatu bangsa manusia. Mereka adalah juga dari keturunan Nabi Adam as. dari keturunan Yafust Bin Nuh as. Apa yang disebut tentang sifat dan perwatakan mereka yang menggambarkan mereka seakan-akan bukan manusia hanyalah dari berita Israeliyat sahaja. Dari sebuah hadis marfu' dan Abu Hurairah diceritan: Bahawa ya'juj dan ma'juj tersebut setiap hari menggali rintangan yang menghalangi mereka, seketika mereka hampir dapat melihat cahaya matahari ( diberitakan cahaya subuh )maka yang paling atas di antara mereka berseru:" Pulanglah kita dahulu ( pekerjaan ini ) esok kita teruskan lagi kerana ada terdengar suatu suara yang menakutkan ( diberitakan suara azan subuh )Begitulah seterusnya mereka terus menggali dan terhenti ketika waktu subuh kerana laungan azan.Hinggalah mereka berhasil keluar dengan izin Allah di akhir zaman seketika azan subuh sudah tidak di laungkan lagi ditempat penggalian mereka

Walaupun kita tidak dapat mengetahui dengan pasti di manakah tempat tinggal mereka sekarang namun kita tetap percaya bahawa mereka itu ada dan peristiwa mereka akan keluar dari benteng tembaga yang dibuat oleh Iskandar Zul Qarnain adalah jelas disebut dalam Al Qur'an dan diceritakan dalam beberapa buah hadis Rasulullah saw.

Jadi bangsa Ya'juj dan Ma'juj ini akan keluar dari tempat tahanan mereka, iaitu apabila mereka berjaya menembusi dinding tembaga yang telah dibina oleh Zul Qarnain. Bangsa ini akan keluar membuat kerosakkan di atas muka bumi ini, seperti disebutkan dalam hadis, maksudnya
"…lalu Allah swt melepaskan bangsa Ya'juj dan ma'juj. Mereka kelihatan turun dari setiap tempat yang tinggi dengan segera membuat kerosakkan. Maka kumpulan yang pertama di kalangan mereka akan melalui tasik "Thabariyah" ( sebuah tasih di utara Palestine) lalu mereka minum keseluruhan air yang ada di situ, sehingga apabila kumpulan berikutnya datang ke tasik itu mereka berkata," sesungguhnya sebelum ini di sini ada banyak air'. – H.R. Muslim

Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa bangsa ini senang membuat kerosakan dan mereka adalah bangsa yang kuat minum dan tidak memperdulikan nasib kawan-kawan mereka, apakan lagi bangsa-bangsa lain. Tiada orang yang selamat dari keganasan mereka kecuali bila ia berada di benteng-benteng pertahan dan seumpamanya. Mereka berjalan dengan rasa angkuh dan kejam sehingga telah banyak negeri yang telah mereka rosakkan, lalu mereka berkata,
"Kita telah selesai membunuh penghuni bumi,mari kita bunuh pula penghuni langit".
Lalu salah seorang dari mereka mengarahkan lembingnya ke langit dan menolaknya ke atas dengan sekuat-kuatnya. Apabila lembing itu jatuh ke bumi maka kelihatanlah mata lembing itu berdarah. Mereka menyangka mereka benar-benar telah membunuh penghuni langit, tetapi apa yang berlaku itu hanyalah ujian Allah swt terhadap mereka.
(Sumber:Kiamat hampir Tiba. Susunan Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi, 2001)


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
2 pengguna membaca topik ini (2 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 28th March 2024 - 05:59 PM