Printable Version of Topic

Click here to view this topic in its original format

CAKAP.Net _ Cakap Maklumat dan Pengetahuan _ U Mobile 018 Penipu?

Posted by: wanmus Sep 10 2008, 06:21 AM

Salam sahabat semua. saya nak tanya kepada sesiapa kat sini yang pernah atau sedang pakai sim pek 018 U Mobile ni. Sebabnya, sy banyak dengar cerita buruk mengenai U Mobile ni. Mula2 bab prepaid yang katanya FREE (siap dalam TV iklan free je sim pek) tapi terpaksa dibeli pada harga RM15. Then, postpaid yang melampau tinggi walaupun kita tak guna lagi, katanya sebagai wang komitmen.. so anda ada berita anda sendiri atau kawan2 anda, sampaikan disini..Bukan apa, supaya yang lain tu berhati-hati.

Posted by: titaniumhijau Sep 12 2008, 10:19 AM

aku tak berani la cakap pasal benda ni. Tapi ramai yang dah terkena dengan benda ni. Patutla diorang cakap beli. Tapi..aii..

ada yang tak puas hati la dan macam-macam lagi. Ada yang dah pernah terken ke wanmus?

Posted by: mat.g Sep 12 2008, 11:16 AM

tula bagi aku tak perlu le pakai U Mobile lagi, sbb byk pilihan lain yg murah sakng spt Digi, Celcom, Maxis.. dah cukup dah

Posted by: ijamidayu Sep 12 2008, 04:37 PM

Pada aku yg gunaan utk telifon bimbit tak pasti..

Tapi utk conecction internet boleh la dibandingkan dengan celcom.. smile.gif

Dah try wat perbandingan kedua-dua..

Posted by: richzuan Sep 14 2008, 10:59 AM

Salam..
Bagi aku , ramai yang sudah tertipu dengan pakej Umobile ni..Bukan ape , cara promosi
mereka berbeza..Ada yang sanggup menipu semata-mata hanya untuk meningkatkan penjualan mereka
pada hari itu , ini bagi yang menjadi promoter mereka..Mula-mula promoter mereka cakap semuanya free jika kita ambil
sim pack Umobile..Tengok-tengok kemudian hari kena bayar pulak dengan bil.

Posted by: wanmus Sep 14 2008, 01:06 PM

ni salinan dari emel yang aku dapat..bukan apa, just nak kita semua berjaga2..aku-takut terpaksa bayar perkhidmatan yang ntah ape2 ntah dan mungkin kita tak boleh guna pun..tapi sebabkan dah sign agreement, kita terpaksa tanggung bil free yang kita tak pernah guna pun..so, sama2 lah kita berhati-hati semoga jauh dari terkena cmni..kalau kene kat yang mampu bayar xper, tapi kalau kene kat orang x mampu cmner? hohohoho..fikir2lah sendiri..so berhati2lah semasa nak sign ape2 agreement tu.

QUOTE
Hello kengkawan..!

Just nak bagitau jer kat sini pasal U Mobile 018 tu lah.
Yang skang ni sibuk buat iklan kat tv. Bulan May lepas aku gi jenjalan lah kat
Gombak. Akupun singgahlah kat satu kedai hp ni sbb nak tengok2 handset.. Akupun
ternampaklah poster U Mobile ni.

So, aku pun courious sangatlah nak tau amendenyer U Mobile ni. Toke nipun
bercerita pendeklah kat aku.
1. Takde access fee. (yuran bulanan)
2. Monthly charges RM38/mth (minimum)/ Maksudnya kalau guna lebih dr RM38, kena
bayar lebihlah.
3. Charges dikirakan berdasarkan per saat. Bukannya per minit.
4. Call charges dan sms flat rate ke semua operator.
5. Selagi tak activate, tak payah bayar.
6. 2 bulan free access untuk broadband.

Itu jer lah citernya.

Aku pun memanglah berminat sebab aku pun suka bergayut.Kira murahlah sikit
berbanding Minute Plan Celcom yang aku guna skang ni.

Aku pun daftarlah. Sorang blh daftar 2 no walaupun nama blacklisted. (Nampak sgt
co. ni terdesak sgt nak kan bisnes)

Selepas 24 jam aku pun cubalah sim kad U Mobile 018 ni. Maklumlah nak try.
Malangnya tak jugak ada line.

Aku pun naik fed-up lah.

Masuk hari ke 3 aku call cust. service utk check. Malangnya aku diberitahu
bahwa U Mobile 018 ni hanya untuk 3G handset sahaja. Akupun benganglah. Apesal
agent tu tak bagitau kat aku pasal ni. Hdset aku mana boleh akses 3G.

So, akupun simpan jerlah sim kad tu buat bodoh pasal tak boleh nak activate.
Agent tu kata selagi tak activate tak payah bayar.Tiba-tiba hari ni 13/8/2008
aku terima bil dari U Mobile 018 untuk bulan May 2008 berjumlah RM 45.15. Aku
daftar 2 nombor so kalilah 2.

Lagi aku tension. Aku call lagi cust service nak tanya kenapa aku perlu bayar
untuk benda yang aku tak guna.

Jawabnya itu commitment aku pasal aku dah mendaftar dengannya. Lagipun aku tak
terminate lagi no. tuh!

Hidup2 aku kena tipu dengan agen dia ni. Gampang sungguh..!

Itu baru bil utk bulan May. Bermakna bil untuk bulan Jun, Julai dan Ogos akan
menyusul kemudian selagi aku tak terminate line ni. Memang barua U Mobile
ni.!Seminggu selepas tuh aku terserempak dengan sepupu aku yang menggunakan U
Mobile 018 jugak. Katanya coverage mmg teruk. Sebenarnya U Mobile 018 ni
menggunakan roaming dari celcom sebab coveragenya yang terhad. Dia pun merungut
sakan..!

Masalahnya lagi tempat nak membayarnya pulak tu dia kat Time Square ngan Sunway
Pyramid jer. Adoii.. lagilah pening.!!

Apa nak buat..! Dah terkena, terima jer lah.

RM 45.15 x 2 x 4 = RM 361.20

(Perlukah aku membayar untuk perkhidmatan yg aku tak gunakan?)

Tak habis2 kena tipu dalam hidup ni.!

Posted by: wanmus Sep 14 2008, 01:23 PM

ni report yang telah dihantar oleh salah seorang pengguna yang tertipu dengan perkhidmatan u-mobile nih. dia gunakan U38 line dan Surf with U wireless internet. katanya, dalam iklan kawasan tempat tinggalnya ada line internet, tapi setelah mencubanya sungguh mengecewakan..ni siap ada lagi logo bencikan U-mobile..so, ape benda U-mobile ni fikirkan? tipu rakyat Malaysia puas2?? ni copy report yang telah dihantar

QUOTE
From: LeoSabri - www.leosabri.com <email@leosabri.com>
Date: 2008/8/8
Subject: Re: FW: Perkhidmatan 'Internet' U Mobile Services Sdn Bhd
To: Che Norhazreen Che Mat Reffin <che.norhazreen@cmc.gov.my>
Cc: Shaharliza Mohd Saman <shaharliza@cmc.gov.my>,
Aduan SKMM <aduanskmm@cmc.gov.my>

To:
Che Norhazreen Che Mat Reffin <che.norhazreen@cmc.gov.my>

Cc:
Shaharliza Mohd Saman <shaharliza@cmc.gov.my>

SKMM Consumer Complaints Bureau
Malaysian Communications and Multimedia Commission
63000 Cyberjaya, Selangor.
U/P: Consumer Protection Department / Bahagian Berkaitan

Umobile Sdn. Bhd.
(http://u.com.my/umobile/cmportal.portal?_nfpb=true&_pageLabel=umobileportal_portal_page_write2us)
Lot 11.01, Level 11, East Wing
Berjaya Time Square, 1, Jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
U/P: Bahagian Berkaitan*
*FW: Perkhidmatan 'Internet' U Mobile Services Sdn Bhd - "Deleted as MCMC DISCLAIMER"
"Amin Ariff" <aminariff.aziz@u.com.my>*
*FW: Perkhidmatan 'Internet' U Mobile Services Sdn Bhd - "Deleted as MCMC DISCLAIMER"

From:
LeoSabri
***
Seksyen 8, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.
Jumaat, Ogos 8, 2008

Assalammualaikum "Sejahtera Atas Kamu" dan salam sejahtera.

Berbahagia Tuan/Puan/Encik/Cik.

Puan/Cik Che Norhazreen Che Mat Reffin,

Re: FW: Perkhidmatan 'Internet' U Mobile Services Sdn. Bhd.

Dimaklumkan bahawa, setelah menggunakan Perkhidmatan Internet Broadband dan 3G dari Umobile Sdn. Bhd. atau, dikenali sebagai U Mobile Services Sdn. Bhd. atau, M3 Mobile Sdn. Bhd. atau, MiTV Networks Sdn. Bhd. dikenal pasti menyediakan produk jualan atau promosi tidak lengkap, iaitu dengan tidak menyatakan atau menekankan bahawa, rangkaian Perkhidmatan Internet Broadband mahupun 3G, adalah berdasarkan penggunaan "Internet Protocol (IP) Address" dalam lingkungan protokol "Share/Fix/Static".

Berdasarkan terdapat kekeliruan kepada perkhidmatan diberikan, adalah tidak wajar bagi pihak tersebut menyediakan perkhidmatan berkaitan. Ia juga berdasarkan, beberapa aduan telah dikemukakan menerusi panggilan telefon kepada pihak terbabit, iaitu setelah mengenal pasti isu berkenaan termasuk, terlalu banyak aduan berkaitan ganguan perkhidmatan, namun sehingga kini tiada tindakkan sewajarnya diberikan malah, ianya diabaikan begitu sahaja.

Merujuk dari pendaftaran "produk jualan atau promosi perkenalan" bagi perkhidmatan tersebut, yang telah dibuat pada awalan penyediaan perkhidmatan, ianya adalah berdasarkan pendaftaran berbentuk, dua (2) tahun kontrak perkhidmatan.

Kontrak perkhidmatan berkenaan sepatutnya dibatalkan pada masa ini, mahupun serta merta dengan tanpa sebarang bayaran sampingan dikenakan. Ini berdasarkan, kekeliruan kepada produk jualan atau promosi dan, kesan dari peningkatan pengguna kepada perkhidmatan tersebut, dinyatakan bahawa perkhidmatan adalah amat tidak memuaskan.

Perkara seperti ini diketengahkan kepada pihak Puan/Cik terutama, kepada pihak Suruhanjaya dan Kementerian bertujuan agar, pihak yang bertanggungjawab atau, dipertanggungjawabkan dapat menangani permasalahan atau, isu atau, rungutan atau, aduan yang sering berlaku kepada pengguna.

Walaupun telah ditekankan kepada pihak terbabit bahawa, setiap isu dibangkitkan akan disusli menerusi Suruhanjaya dan Kementerian namun, ia diibaratkan tidak memberi kesan kepada pihak tersebut untuk mengatasi permasalahan berlaku dan, ianya juga seperti, pihak Suruhanjaya dan Kementerian tidak memberi impak atau tekanan kepada pihak tersebut.

Kelihatan juga, tiada usaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan, tiada cabaran kepada pihak tersebut apabila mengabaikan aduan pengguna serta, tidak menghormati aduan bahawa, aduan berkenaan akan disusuli kepada pihak Suruhanjaya dan Kementerian selepas pada itu, iaitu setelah tiada tindakkan sewajarnya diberikan, seperti laporan ini.

Dengan ini, saya dan pengguna lain, iaitu berdasarkan keluhan antara kami, kami mengharapkan dari pihak Puan/Cik terutama kepada pihak Suruhanjaya dan Kementerian. Semoga dapat mengatasi isu ini dengan kuasa yang telah diberikan, iaitudengan mengambil tindakkan sewajarnya kepada pihak terbabit agar, pihak Suruhanjaya dan Kementerian mendapat pegiktirafan dan penghormatan sewajarnya.

Maka, kami berpendapat bahawa, apa jua promosi yang sedang atau yang akan dijalankan, dapat dihentikan serta merta selagi setiap aduan yang dikemukan tidak mendapat perhatian mahupun kesan sewajarnya diambil, ini kerana perkhidmatan yang disediakan adalah pada tahap tidak memuaskan dan, hanya mengira keuntungan untuk pihak tersebut semata-mata.

Sekian, terima kasih, harap maklum.

Yang benar,
LeoSabri
IT Consultant
+60 18 208 8122 - Postpaid U38/3G
+60 18 380 4520 - Surf with U/Broadband



Posted by: taukey Sep 14 2008, 04:37 PM

hmmm iklan bukan main lagi gempak. kata free la, murah la dan sebagainya. aku tatau la ttg U Mobile ni tapi kalau dah byk org komplen macam tu rasanya tak lama lagi lingkup la produk tu. Byk kos tersembunyi rupa-rupanya yer. Nasib baik u mobile ni blm ada kat sarawak. kalau tak mesti ramai gak yg terkena

Posted by: wanmus Sep 14 2008, 04:47 PM

QUOTE (taukey @ Sep 14 2008, 04:37 PM) *
hmmm iklan bukan main lagi gempak. kata free la, murah la dan sebagainya. aku tatau la ttg U Mobile ni tapi kalau dah byk org komplen macam tu rasanya tak lama lagi lingkup la produk tu. Byk kos tersembunyi rupa-rupanya yer. Nasib baik u mobile ni blm ada kat sarawak. kalau tak mesti ramai gak yg terkena


betul..mujur jugak xder kat terengganu, sebab nanti aku balik terengganu xder line, wat rugi aku guna jer..tak pelik ke korang mcmcnalah diorang nih dapat idea wat simpack free? celcom paling murah pun leh jual RM5, tu pun mungkin untung skit jer..tp dia boleh bagi free..gile ke ape..aritu kawan aku trylah gi nk amik simpack nih (freelh katakan), last2 kene bayar RM15 untuk satu simpack..x ke sengal??

Posted by: taukey Sep 15 2008, 06:47 PM

kan free. dia ada kata ke Rm15 itu untuk apa? kan ke pelik bukan. iklan cakap free pastu minta Rm15. Itulah iklan sekarang. Disebabkan mereka tidak terikat dengan iklan yang mereka buat itulah menyebabkan pelbagai jenis pengiklanan yang memesongkan dan menyembunyikan sesuatu produk atau servis

Posted by: wanmus Sep 16 2008, 12:02 AM

QUOTE (taukey @ Sep 15 2008, 06:47 PM) *
kan free. dia ada kata ke Rm15 itu untuk apa? kan ke pelik bukan. iklan cakap free pastu minta Rm15. Itulah iklan sekarang. Disebabkan mereka tidak terikat dengan iklan yang mereka buat itulah menyebabkan pelbagai jenis pengiklanan yang memesongkan dan menyembunyikan sesuatu produk atau servis


betull..sebab terdesak nak dapatkan customer diorang tipu rakmat Malaysia semua dengan iklan yang tak masuk akal tapi sangat di tunggu-tunggu oleh semua..mestilah bagi free sebab maxis pun dan RM5 simpack, gitu jugak digi ngan maxis..soo nak tarik pelanggan diaorang wat free tapi ada caj terselindung..ape benda ni? yang RM15 tu katanya caj agen jualan kot kalau x silap aku lah..huhu..menipu je keje

Posted by: rajakamil Sep 17 2008, 12:34 AM

QUOTE (wanmus @ Sep 10 2008, 06:21 AM) *
Salam sahabat semua. saya nak tanya kepada sesiapa kat sini yang pernah atau sedang pakai sim pek 018 U Mobile ni. Sebabnya, sy banyak dengar cerita buruk mengenai U Mobile ni. Mula2 bab prepaid yang katanya FREE (siap dalam TV iklan free je sim pek) tapi terpaksa dibeli pada harga RM15. Then, postpaid yang melampau tinggi walaupun kita tak guna lagi, katanya sebagai wang komitmen.. so anda ada berita anda sendiri atau kawan2 anda, sampaikan disini..Bukan apa, supaya yang lain tu berhati-hati.

Salam wanmus,
Sebenarnya 018 sekarang memang sedang mencari market. Kat tempat saya sendiri pun terlalu banyak. Dan saya sendiri pun telah dapat 10 keping prepaid 018 PERCUMA. Mereka bukan menipu, in adalah marketing plan diaorang, cuma kita sebagai pengguna akan berkata ditipu. Mereka akan buat marketing plan dengan kontrak selama setahun kalau ta silap untuk post paid. So, yang percuma tu cuma simcard nyer saje, tapi apa yang kita pakai dia akan charge monthly. Saya rasa kebanyakkan company akan menggunakan perkataan FREE untuk tarik pelangan tapi dia akan charge kita apa yg kita pakai. Dan sekarang, 018 memberi telephone percuma tapi ia sudah dikira dlm kos setahun yang kita pakai tu..

Posted by: wanmus Sep 17 2008, 08:08 AM

QUOTE (rajakamil @ Sep 17 2008, 12:34 AM) *
Salam wanmus,
Sebenarnya 018 sekarang memang sedang mencari market. Kat tempat saya sendiri pun terlalu banyak. Dan saya sendiri pun telah dapat 10 keping prepaid 018 PERCUMA. Mereka bukan menipu, in adalah marketing plan diaorang, cuma kita sebagai pengguna akan berkata ditipu. Mereka akan buat marketing plan dengan kontrak selama setahun kalau ta silap untuk post paid. So, yang percuma tu cuma simcard nyer saje, tapi apa yang kita pakai dia akan charge monthly. Saya rasa kebanyakkan company akan menggunakan perkataan FREE untuk tarik pelangan tapi dia akan charge kita apa yg kita pakai. Dan sekarang, 018 memberi telephone percuma tapi ia sudah dikira dlm kos setahun yang kita pakai tu..


oo ye ke..maksudnya baguslah ejen yang terang kt ko tu kan? sebab kawan aku masa amik prepaid pun kene bayar..entahlah..mungkin ejen tu markup kot..mentang2 free, dia pulak nk makan dari situh..last2 kita yang pengguna ni jugak tertipu..kalau betul pun nak buat cmtuh, tolonglh bagi amaran kat ejen2 supaya cakap betul2 kat pelanggan dan terang dengan detail..nih cerita separuh jalan, yang nak menanggungnya kita..dia dah lepas tangan

Posted by: taukey Sep 17 2008, 11:42 AM

QUOTE (wanmus @ Sep 17 2008, 08:08 AM) *
oo ye ke..maksudnya baguslah ejen yang terang kt ko tu kan? sebab kawan aku masa amik prepaid pun kene bayar..entahlah..mungkin ejen tu markup kot..mentang2 free, dia pulak nk makan dari situh..last2 kita yang pengguna ni jugak tertipu..kalau betul pun nak buat cmtuh, tolonglh bagi amaran kat ejen2 supaya cakap betul2 kat pelanggan dan terang dengan detail..nih cerita separuh jalan, yang nak menanggungnya kita..dia dah lepas tangan


huiyooo...kes kena tipu ni. rasanya Umobile perlu buat sesuatu sebelum nama sykt mereka terjejas. nanti tak pasal pasal semua org sebut umobile penipu dan nak kembangkan perniagaan nanti semakin susah

Posted by: wanmus Sep 19 2008, 05:39 AM

betul jugaj ek..sebab, ade kawan aku cakap dia dapat betul2 free n murah jer dia guna..maksudnya ejen lah penipu sebenarnya..diorang ni mesti nak untung tambahan..dah dapat untuk ikut edar simpack dan penjualan topup cukuplah. ni nak markup harga pulak..siap main tipu2 lagi customer..aku betul2 pantang kat salesman kalu cakap lebih dan x serupa bikin..so kalau kita didatangi oleh mana2 salesman, baik tolak awal2..atau pun buat2 x tau jer..sebab kalau korang stay dengar apa dia cakap, silap2 anda akan terbeli benda yang tak berkualiti dan lebih mahal dari harga pasaran..berhati-hatilah

Posted by: perang_merah Sep 20 2008, 04:43 PM

memang kencing pun 018 tu..
aku ngan member2 aku pun kena kencing
3 bulan sudah...

Posted by: wanmus Sep 20 2008, 05:17 PM

QUOTE (perang_merah @ Sep 20 2008, 04:43 PM) *
memang kencing pun 018 tu..
aku ngan member2 aku pun kena kencing
3 bulan sudah...


kene kencing cmner tuh perang merah? teruk ke kene tipu tuh? cuba story detail skit supaya kita same2 beringat..amik prepaid ke postpaid yang kene tipu tuh? kalau cmni takut jugak nak test perkhidmatan baru kalau belum betul2 stabil dan diiktiraf ramai lagi..tapi yang konfirmnya diorang pakai line celcom untuk sesetengah tempat sebab x sempat kot nak tambah pencawang n x cukup bajet..

Posted by: webzomAttack Sep 20 2008, 06:11 PM

Aku dah lama tahu pasal U MOBILE 018 ni dalam iklan TV, Kat forum tak silap aku ada yg jual simcard dia.Kalau korang cakap mcm tu, Aku malas la nak terus nak baca . Jadi apa yg aku boleh cakap kat sini

INDAH KHABAR DARI RUPA la.

Posted by: webzomAttack Sep 20 2008, 06:14 PM

QUOTE (taukey @ Sep 14 2008, 04:37 PM) *
hmmm iklan bukan main lagi gempak. kata free la, murah la dan sebagainya. aku tatau la ttg U Mobile ni tapi kalau dah byk org komplen macam tu rasanya tak lama lagi lingkup la produk tu. Byk kos tersembunyi rupa-rupanya yer. Nasib baik u mobile ni blm ada kat sarawak. kalau tak mesti ramai gak yg terkena


Biasala bro,starategi market, diorang kan baru nak UP, Mestila semua kena gempak, Baru orang pun turut tergempak. Lepas tu barula kena hempak. Lepas tu,orang yg tak terkena hempap akan,,,,

SAY : PADAN LA MUKA KO

Posted by: hexagold Sep 22 2008, 07:56 PM

QUOTE (webzomAttack @ Sep 20 2008, 06:14 PM) *
Biasala bro,starategi market, diorang kan baru nak UP, Mestila semua kena gempak, Baru orang pun turut tergempak. Lepas tu barula kena hempak. Lepas tu,orang yg tak terkena hempap akan,,,,

SAY : PADAN LA MUKA KO


Memang, tu la gunanya forum. saya apabila nak beli sesuatu mesti join forum, sembang-sembang , minta pendapat ahli forum, selepas tu baru buat penilaian sama ada berbaloi atau tidak saya membeli.

Posted by: wanmus Sep 22 2008, 08:17 PM

betull.sokong 100%..sebelum beli lagi2 benda baru yang kita sendiri tak tahu kebenarannya, baik kita masuk mana2 forum berkaitan atau search kat google dulu..mesti dah ada yang komen..kalau baik pun ada komen (yang baiklah) kalau buruk pun mesti dah ada orang komen..so berfikirlah dua tiga kali sebelum beli barang sebab nak dapat duit susah tapi nak habis atau hilangkan duit kejap jer..budak2 pun reti habiskan duit..

Posted by: taukey Sep 24 2008, 12:20 PM

hehehe. kadang-kadang kita konpius jer wanmus. aku dulu mmg main beli jer. tak pernah fikir sebab emosi dah terganggu. biasala la sales letter dan barangan seperti ini hanya akan menyatakan kebaikan sahaja. tapi bila dibeli dan guna, habuk pun tiada. hehe. tapi sekarang dah tau sedikit fungsi search dan kesabaran amat penting

Posted by: Star Sep 27 2008, 12:15 AM

Org mudah tertipu dgn iklan tV. Wuteva pun kena hati-hati bila nk pilih apa-apa produk esp yg baru join market smile.gif

Posted by: wanmus Sep 30 2008, 11:56 AM

tulah..kekadang orang malaysia ni baik hati sangat..suka membazir duit kat tempat yg tak perlu semata2 benda tu murah dan cantik kita tengok padahal kita tak perlukan pun benda tu..ok contoh paling mudah kalau kita tengoklah kan, makanan di bulan puasa ni..kekadang ada jual air 3 bungkus RM2, so kita pun beli 3 bungkus..padahalnya kita sorang jer nak perabihkan..dah tak larat untuk minum bungkus ke2..so dah membazir kat situh.tu baru air, belum masuk bab makanan lagi..ada tu kuih atau nasi yang dijual 3 bungkus RM10..kalau kita ada anak ramai, memanglah berbaloi.ni kalu duk sorang tak perlulah. sebab nanti silap2 basi sebelum kita sahur pun..so kan dah membazir

Posted by: publicManager Nov 14 2008, 09:49 AM

Sesapa yang suka bergayut tu baik pakai happy jer
http://www.cakap.net/index.php?showtopic=857
memang jimat habiss...
semua line rate sama jer
cakap 45minit bayar 99sen jer...
x der tipu2 cam umobile nyaaa.. gedik.gif

Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)