IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Fesyen Kaftan???
Razif
kiriman Sep 12 2008, 02:13 AM
Kiriman #1


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14



Kaftan merupakan baju seperti jubah yang mempunyai tangan terus hingga ke kaki atau di panggil baju layang atau baju kelawar. Ia selalunya dibuat daripada fabrik kapas atau sutera. Sebelum ini di Malaysia

kaftan hanya di pakai sebagai baju tidur atau baju di rumah kerana ia selesa dan sesuai dengan iklim negara ini. Siapa sangka fesyen terkini telah merubah perspektif kita terhadap fesyen kaftan ini dari kamar tidur sahaja dahulunya ke alam penuh glamor dengan pelbagai pilihan di pasaran kini.



Fesyen terkini kaftan ini bukan sahaja di gemari di Malaysia malah telah menular ke serata dunia. Perubahan Fesyen terkini telah membawa kaftan dengan pelbagai rekaan baru yang lebih menepati trend semasa. Kaftan kini direka dengan pelbagai jenis fabrik dan corak seperti sifon dan sebagainya mengikut permintaan fesyen terkini. Corak kaftan jugak tidak lagi bermotifkan batik semata, ia boleh digayakan sebagai pakaian luar atau digayakan bersama aksesori tali pinggang dan rantai manik yang labuh.

Kemunculan kaftan di arena fesyen antarabangsa telah menjadi satu fesyen terkini yang begitu mewah dan bergaya. Bagi muslimah pula mengayakan kaftan merupakan pilihan yang terbaik kini di samping ia merupakan pilihan fesyen terkini ia juga amat sopan dan melambangkan ciri-ciri wanita muslimah. Dengan perkembangan fesyen semasa juga memberi banyak pilihan kepada kita untuk memilih pelbagai jenis fabrik yang terbaik juga corak kaftan yang beraneka jenis. Kaftan tidak lagi kuno dengan corak batik, terkini kaftan telah banyak di hasilkan bercorak bunga, geometri dan ada juga di hiaskan dengan sulaman emas atau manik-manik yang pastinya lebih membawa kepada kepada kemewahan gaya si pemakai.


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 29th March 2024 - 04:44 AM