IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

2 Mukasurat V   1 2 >

Abe.Najay
Posted on: Jan 30 2009, 04:35 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 30
Sertai: 4-November 08
Daripada: Shah Alam
No. Ahli: 163


Apa jadi pada ISLAM jika ramai remaja-remaja tidak solat 5 Waktu, Tidak tahu baca Quran, Tulisan Jawi, Fardzu Ain dan Lain2. Mari kita Motivasi.
Sila hubungi : Pondok Penyayang Al- Raudah TEMPAT ANAK YATIM JUGA ANAK2 MISKIN & REMAJA2 YG BERMASALAH di batu 11 Gombak - 013-2442381 / 03-61852048 ( Tuan Guru Mokhtaruddin Haji Mohd Said )

Cara mudah untuk tolong Anak2 Yatim. Setelah anda membaca datanglah melawat bantu dan bersatu, harmoni. Kami menjemput media massa, tv, ahli2 korprat, ketua2, ustaz, imam, cikgu dll datanglah melawat beri pendapat, kongsi pahala.

FIKIRKANLAH...
Jangan biarkan remaja lebih parah, JANGAN MALU SEGAN,
JUMPA BELIAU, ADA CARA MUDAH, BERKESAN UNTUK SELAMATKAN AKHLAK REMAJA,
BELIAU SEORANG YANG PRAKTIKAL, ADA KEM DAN BERPENGALAMAN DIDIK DAN MENYELAMAT REMAJA.
sila rujuk : http://ms.wikipedia.org/wiki/Mokhtaruddin

BERMASALAH, DADAH, GAM, ROKOK, LARI SEKOLAH, BOHSIA DLL ROSAK AKHLAK
Semuanya boleh dirawat di Pondok Penyayang Al- Raudah. InsyaAllah.

KONGSI PAHALA - Moga2 bila Allah tanya di akhirat ada jawabnya kita pernah tolong anak2 yatim. Insaflah hidup ini sementara. mati datang tiba2, pahala belanja di akhirat, duit belanja di dunia FIKIRLAH...
SEDIA TERIMA BAJU TERPAKAI, BERAS DLL. KITA KASIH ORANG, ALLAH KASIH KITA. INSYAALLAH. ALLAH JADIKAN ANAK2 YATIM, CACAT DLL NAK UJI KITA, NAK BANTU ATAU TIDAK , FIKIRLAH...
BANTULAH KAMI WALAUPUN RM1 SEBULAN. NO AKAUN MAYBANK : 564221610787 Segala sumbangan cek, sila tulis atas nama PERTUBUHAN PENYAYANG RAUDHAH dan hantar ke : Pondok Penyayang Raudhah, Batu 11, Gombak, 53100 Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-6185 2048
  Forum: Cakap Agama; Fiqah, Tauhid & Akidah · Post Preview: #7147 · Replies: 12 · Views: 4,944

Abe.Najay
Posted on: Jan 29 2009, 02:23 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 30
Sertai: 4-November 08
Daripada: Shah Alam
No. Ahli: 163


QUOTE (wandisini @ Jan 29 2009, 12:46 AM) *
hati-hati memandu kereta
terutama di masa cuti ini
kepada suma yg bawak kereta
pandulah dgn berhati-hati

pandulah dgn berhati-hati,
kerana kereta tidak kebal,
hidup kena selalu ingat mati,
supaya iman makin menebal.
  Forum: Cakap Sastera · Post Preview: #7083 · Replies: 46 · Views: 34,126

Abe.Najay
Posted on: Jan 29 2009, 10:47 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 30
Sertai: 4-November 08
Daripada: Shah Alam
No. Ahli: 163


QUOTE (qifa_87 @ Jan 29 2009, 10:02 AM) *
ustaz ni kan yang ade kuar kat tv sebelum ni?

yup betul..inilah ustaz yg kuar kat tv tu, Ulamak masyur kat indonesia.
  Forum: Cakap Agama; Fiqah, Tauhid & Akidah · Post Preview: #7059 · Replies: 2 · Views: 3,282

Abe.Najay
Posted on: Jan 29 2009, 09:58 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 30
Sertai: 4-November 08
Daripada: Shah Alam
No. Ahli: 163


MAJLIS BERSAMA PENDAKWAH INDONESIA
(KIYAI HAJI AA GYM @ ABDULLAH GYMNASTIAR)

Dilahirkan di Bandung, Jawa Barat, 30 Februari 1962; (umur 46 tahun) atau lebih dikenal sebagai AA-GYM adalah seorang pendakwah, penulis buku dan penerbit dan pengasas PONDOK PESANTREN DARUL TAUHID (http://www.daaruttauhiid.org/ ) , di Jalan Gegerkalong Girang, Bandung, Jawa Barat , Indonesia.

Menjadi popular kerana mengenalkan cara berdakwah yang unik dengan pesan-pesan dakwah Islami yang praktis dan diterapkan pada kehidupan seharian . Pesan-pesan dakwahnya berkisar pada pengendalian diri, hati nurani, toleransi dan keteguhan iman . Juga menekankan keutamaan salat, puasa, dan kemegahan surga, Aa Gym memilih untuk bercerita tentang pentingnya hati yang tulus, keluarga yang sakinah dengan menggunakan bahasa sehari-hari yang ringan dan menyenangkan.

Pada : 3 SAFAR 1430 - jumaat / (30 January 2009)

Jam : SELEPAS SOLAT MAGHRIB

DI MASJID AL-FALAH USJ 9 (TAIPAN SUBANG JAYA)

Rujukan: http://alfalahusj9.blogspot.com/
  Forum: Cakap Agama; Fiqah, Tauhid & Akidah · Post Preview: #7055 · Replies: 2 · Views: 3,282

Abe.Najay
Posted on: Dec 2 2008, 04:38 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 30
Sertai: 4-November 08
Daripada: Shah Alam
No. Ahli: 163


Berkata Imam Abu Qasim Al Qusyairi,

” Ketahuilah sesungguhnya wali2 Allah yang haq mendapat taufik untuk kekal istiqamah untuk mengerjakan ketaatan dan terpelihara dari mengerjakan maksiat.[ Mahfuz] ISTIQAMAH ini lebih baik dari seribu karamah yang menyalahi adat.”

Sebagaimana kata sesetengah orang A ‘rif
“Istiqamah itu terlebih baik daripada seribu keramat. Ini kerana kadang-kadang dianugerahkan keramat yang menyalahi adat bagi orang belum sempurna Istiqamah.”

Berkata Syeikh Ibnu Ibad (rh) dalarn syarahannya,
“Keramat yang sebenar itu ialah jika terhasil Istiqamah dan sampai kepadanya kesempurnaan".

Tempat kembali lstiqamah itu kepada Dua:

Pertama: Sah keimanan kepada Allah A ‘zzawajalla.
Kedua: Patuh dan mengikut apa yang didatangkan oleh Rasulullah (saw) sama ada zahir maupun batin. Oleh itu, wajib ke atas hamba itu jangan berasa tamak melainkan kepada kedua-duanya. “

Keramat yang menyalahi adat tidak diakui sah oleh ulama yang sebenar kerana kadang-kadang keramat yang menyalahi adat itu dianugerahkan kepada orang yang belum sempurna lstiqamah.

Berkata Abul Hasan Asy-Syazali(ra)
”Bahawa adat lstiqamah itu ada dua keramat yang saling berhimpun dan saling meliputi antara satu sama lain.

Pertama: Keramat lman iaitu bertambah yakin dan syuhud yang nyata dengan mata kepala.
Kedua: Keramat Amal iaitu mengikut dan patuh akan suruhan Allah Taala dan menjauhkan segala dakwaan dan tipu daya.

Setiap keramat yang tidak disertai keredhaan daripada Allah Taala maka orang yang memilikinya akan mendapat kebinasaan dan kerugian.

Berkata Saiyidi Abul Abbas AI-Murasi (ra),
“Bukanlah maksud keramat itu, orang yang mampu menggulungkan bumi, kemudian tiba-tiba dia berada di Mekah dan di negeri-negeri lain tetapi maksud keramat yang sebenarnya ialah orang yang dapat menggulungkan segala sifat hawa nafsunya maka tiba-tiba ia sampai kepada Tuhannya.”

Diberitahu orang kepada Sahl bin Abdullah (ra) tentang beberapa tanda keramat dan keramat-keramat yang menyalahi adat. Maka berkata (ra)
“Apa tandanya, keramat-keramat yang menyalahi adat itu tetap akan hilang pada waktunya, tetapi keramat-keramat yang amat besar itu Allah Taala sendiri menggantikan perangai yang jahat yang ada pada diri anda dengan perangai yang terpuji.”

Diberitahu orang kepada Abi Muhammad AI-Murtaa’syi (ra),
“Sesungguhnya si Polan itu dapat berjalan di atas air.”
Maka dijawab oleh (ra) hamba yang ditetapkan hatinya oleh Allah Taala untuk menyalahkan hawa nafsunya itu lebih besar keramatnya daripada orang yang berjalan di atas air dan terbang di udara.

Berkata Abu Yazid (ra)
“Sesungguhnya jika seorang lelaki mendirikan sembahyang di atas air dan duduk bersila di atas udara, maka janganlah anda terpedaya dengan keadaan demikian hinggalah anda meneliti dan mempastikan sama ada ia ada mengerjakan suruhan Allah Taala dan menjauhi larangan-Nya.”

Seorang memberitahu kepada Abu Yazid (ra) bahawa ada orang mengatakan si Polan itu dapat sampai ke Mekah dalam masa satu malam saja.
Maka dijawab oleh (ra) “Syaitan juga boleh melakukannya dalam sekelip mata saja dari timur ke barat, padahal ia dilaknati Allah.”
Kata seorang lagi, kepada (ra) “Sesungguhnya si Polan dapat berjalan di atas air.” Maka dijawab oleh (ra), “Ikan di dalam air dan burung terbang di udara, hairankah anda dengan keadaan demikian?”

Berkata Imam Junaid (ra) “Terdinding hati orang-orang yang teristimewa itu (khas) jika hanya tertumpu kepada segala kenikmatan yang lazat yang berupa anugerah Allah Taala dan terhenti kepada keramat-keramat.”

Bagi Ahli Allah, keramat-keramat yang paling baik dan afdhal ialah keramat Ma ‘nawi seperti :

Ma ‘rifat Allah Taala,
Berasa teramat cinta kepada-Nya,
Selalu mengagung-agungkan-Nya,
Berasa malu dan takut kepada-Nya,
Segera menunaikan segala suruhan-Nya
dan menjauhkan segala larangan-Nya,
Melaksanakan ketaatan seperti tidak mengatakan dirinya yang melakukan ketaatan dan kebaikan melainkan nikmat daripada Allah Taala semata-mata, disamping kurniaan dan rahmat-Nya.

Oleh itu, sudah tentu mereka berasa gembira dengan keadaan demikian. Sebagaimana firman Allah Taala:

Ertinya,
“Katakanlah, dengan kurnia Allah Taala dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurniaan Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan (lebih baik daripada mereka yang mengatakan amalannya daripada dirinya sendiri).” (Surah Yunus, ayat 58)

Firman Allah Taala lag:
Ertinya, “Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah daripada Allah Taala.” (Surah An-Nisa’: 79).

———————————–

Sumber:
KITAB AD DARUN NAFIS
Sheikh Muhammad Nafis Idris Al Banjari
  Forum: Cakap Agama; Fiqah, Tauhid & Akidah · Post Preview: #5307 · Replies: 1 · Views: 1,518

Abe.Najay
Posted on: Dec 1 2008, 12:54 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 30
Sertai: 4-November 08
Daripada: Shah Alam
No. Ahli: 163


Kem Tahfiz Cuti Sekolah 2008
KEM TAHFIZ CUTI SEKOLAH 2008 ANJURAN MASJID PUTRA, PUTRAJAYA

— SEDANG BERLANSUNG SEKARANG —

Tarikh Monday, 17 November 2008 - Saturday, 20 December 2008
Tempat Dewan Solat Utama, Masjid Putra, Putrajaya

Hari :
Isnin - Jumaat

Masa :
8.30 pagi - 5.00 petang

Disertai oleh seramai 40 orang Kanak-Kanak Dan Remaja berumur dari 8 tahun hingga 16 tahun.

Dekelolakan oleh:

Unit Pendidikan Remaja & Kanak-Kanak
Bahagian Dakwah, Masji Putra, Putrajaya.
  Forum: Cakap Agama; Fiqah, Tauhid & Akidah · Post Preview: #5251 · Replies: 2 · Views: 3,699

Abe.Najay
Posted on: Dec 1 2008, 12:34 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 30
Sertai: 4-November 08
Daripada: Shah Alam
No. Ahli: 163


Keutamaan Membaca Al-Quran


1. Ibadat yang paling utama dari segi bacaan, manakala sembahyang sebesar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.
2. Pahala membaca Al-Quran: 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al Jauzi diganda 700 kali.
3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga
4. Juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga
5. Pahala membaca satu huruf al-Quran ;

-Dalam sembahyang - 100 kebajikan.

-Di luar sembahyang berwudhuk 50 kebajikan

-Tanpa wudhuk - 10 kebajikan
6. Pembaca al-Quran adalah hartawan dan pahala membaca tidak akan putus mengikut Ibnu Abbas.
7. Untuk selamat daripada api neraka
8. Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama Malaikat.
9. Di hari kiamat, al-Quran menjadi pembela
10. Pembaca akan memperolehi keamanan
11. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan Malaikat.
12. Pembaca dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin.
(Petikan dari ‘Keagungan Kitab Al-Quran dan Peminatnya’ oleh Ustaz Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh).

Nota: Sumber artikel dari laman web Dewan Perwakilan Mahasiswa Syubro. Syubro adalah salah satu daripada cawangan Universiti Al-Azhar yg dikhususkan untuk pengajian tahfiz al-Qur’an dan qiraat.
  Forum: Cakap Agama; Fiqah, Tauhid & Akidah · Post Preview: #5250 · Replies: 6 · Views: 3,221

Abe.Najay
Posted on: Dec 1 2008, 12:34 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 30
Sertai: 4-November 08
Daripada: Shah Alam
No. Ahli: 163


4. Kekasih yang perlu dibelai sentiasa



Kekasih yang perlukan belaian bermaksud kita perlu menjaganya dan sentiasa mendampinginya . Dari itu, Rasulullah s.a.w sering memberi amaran dan memerintahkan agar umatnya menjaga al-Qur’an dan tidak melupakannya. Daripada Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Dibentangkan kepadaku pahala umatku, sehingga pahala hasil perbuatan seseorang yang membuang kotoran daripada masjid. Dibentangkan juga kepadaku dosa-dosa umatku. Aku tidak dapati dosa yang lebih besar daripada satu surah atau satu ayat yang dikurniakan kepada seseorang kemudian dia melupakan”. (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

Selain itu, kita membelai kekasih ini dengan sifat kita berlumba-lumba untuk membacanya pagi dan malam malah berasa iri hati dengan “kegilaan” orang lain membaca Kalamullah itu. Dari Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Hasad (iri hati) itu tidak dibenarkan melainkan dua pekara, seseorang yang dirahmati Allah dengan bacaan al-Quran dan terus berada dalam keadaan demikian siang dan malam dan seorang lagi yang dilimpahkan dengan harta yang banyak oleh Allah dan dia membelanjakannya siang dan malam”.

Hasad dan iri hati semestinya dilarang oleh Allah. Bagaimanapun ulama mentafsirkan hasad di sini sebagai ‘ghitbah’ yang dimaksudkan sifat ingin berlumba-lumba. Sifat ini menggambarkan keinginan memperolehi sesuatu sama seperti orang itu dan berlumba-lumba untuk lebih terhadapan dalam beramal.

Semoga kita akan terus konsisten atau beramal secara berterusan untuk menjaga hubungan baik kita bersama al-Quran. Bukankah dia kekasih yang membahagiakan?
  Forum: Cakap Agama; Fiqah, Tauhid & Akidah · Post Preview: #5249 · Replies: 6 · Views: 3,221

Abe.Najay
Posted on: Dec 1 2008, 12:34 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 30
Sertai: 4-November 08
Daripada: Shah Alam
No. Ahli: 163


3. Kekasih yang setia Kesetiaan dalam percintaan


ADALAH jaminan kebahagiaan hati. Begitulah juga seandainya kita menjalinkan cinta bersama al-Quran. Namun begitu, orang yang bercinta dengan al-Quran akan sentiasa mengukur kesetiaan dirinya terhadap al-Quran. Lalu apakah ukurannya? Bukankah qiamullail itu adalah satu pengukur yang paling relevan? Ini kerana kesukaran untuk menunaikan ibadah pada malam hari dengan tidur yang sedikit itu menggambarkan pengorbanan .

Maksud firman Allah:

“Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Antaranya ada golongan yang telah (memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada Agama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat Segala pekara yang baik, dan melarang daripada segala pekara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh”. (Surah Ali Imran, ayat 113-114)

Malah at-Tabrani meriwayatkan daripada Sahl bin Sa’ad r.a daripada Rasulullah s.a.w, sabda baginda:

“Kemuliaan seorang Mukmin ialah qiamullail (bangun pada waktu malam untuk beribadat)”

Baginda juga menceritakan tentang kelebihan dan ganjaran yang diperolehi seseorang yang berqiamullail dan membaca al-Quran. Sabda Baginda:

“Sesiapa yang melakukan qiamullail dengan membaca sepuluh ayat, dia tidak tertulis daripada kalangan orang-orang yang lalai. Sesiapa yang melakukan qiamullail dengan membaca seratus ayat akan ditulis daripada kalangan orang yang beribadat. Sesiapayang melakukan qiamullail dengan membaca seribu ayat akan ditulis daripada kalangan orang yang berlaku adil.” (Riwayat Abu Daud)
  Forum: Cakap Agama; Fiqah, Tauhid & Akidah · Post Preview: #5248 · Replies: 6 · Views: 3,221

Abe.Najay
Posted on: Dec 1 2008, 12:33 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 30
Sertai: 4-November 08
Daripada: Shah Alam
No. Ahli: 163


2. Kekasih yang perlu dimuliakan


Al-Quran juga merupakan kekasih yang perlu dimuliakan kerana sifatnya yang berkat dan banyak manfaatnya. Dengan itu Allah telah menyeru kita agar mematuhi kandungan kekasih itu kerana dengan itu kita akan memperolehi keberkatan daripada-Nya,


Firman Allah bermaksud:“Dan ini sebuah kitab (al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya), Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertakwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.” (Surah Al-An’am :155)


Malah Allah juga menggariskan adab-adab bagaimana memuliakan kekasih kita ini. Antaranya ialah apabila kita mendengar bacaan al-Quran, maka kita perlu mendengar dan berdiam diri, sebagaimana ingatan Allah dalam surah al-A’raf, ayat 204, maksudnya:

“Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat”.
  Forum: Cakap Agama; Fiqah, Tauhid & Akidah · Post Preview: #5247 · Replies: 6 · Views: 3,221

Abe.Najay
Posted on: Dec 1 2008, 12:32 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 30
Sertai: 4-November 08
Daripada: Shah Alam
No. Ahli: 163


1. Kekasih yang terlalu istimewa

SEKEPING WARKAH daripada orang yang kita cintai, pasti akan ditatap sepuas-puasnya malah berulang kali dibaca. Namun, hakikatnya akan timbul juga rasa jemu kelak . Tidakkah ia hanya sekadar bahasa yang tidak memiliki sebarang keistemewaan?Berbanding Al-Quran, biarpun kita membacanya berulangkali, tidak sedikit pun kita akan merasa jemu apatah lagi membencinya.

Allah berfirman, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan ‘zikrullah’. Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu , tenang tenteramlah hati manusia” (Surah Ar-Rad:28)

Malah dijanjikan oleh Allah sesiapa yang ikhlas mengharap keredhaan Allah, dengan memperbanyakkan zikrullah (mengingati Allah) maka dia akan memperolehi ketenangan yang membahagiakan. Dan zikrullah yang paling afdal (terbaik) itu ialah membaca Al-Quran. Seterusnya Allah SWT juga menyatakan keistemewaan kekasih ini iaitu Allah SWT menurunkan dengan sebaik-baiknya perkataan sebagai firman-Nya dalam surah az-Zumar, ayat 23:

“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan pelbagai cara) yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram, kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab suci itulah hidayah petunjuk Allah, Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya), dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya”.
  Forum: Cakap Agama; Fiqah, Tauhid & Akidah · Post Preview: #5246 · Replies: 6 · Views: 3,221

Abe.Najay
Posted on: Dec 1 2008, 12:32 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 30
Sertai: 4-November 08
Daripada: Shah Alam
No. Ahli: 163


oleh nursyirah

Kelebihan Kita Mencintai Kekasih

AL-QUR’AN itu seumpama kekasih. Mungkin itulah tamsilan mudah untuk menerangkan perkaitan Al-Quran dalam kehidupan kita seharian. Ternyata, apabila sesuatu itu menjadi kekasih hati kita, maka pelbagai cara kita menzahirkan rasa cinta yang begitu mendalam apa bentuk dan cara sekalipun. Dan sememangnya jika kita bercinta dengan sesuatu itu mengharap cinta kita tidak bertepuk sebelah tangan!
  Forum: Cakap Agama; Fiqah, Tauhid & Akidah · Post Preview: #5245 · Replies: 6 · Views: 3,221

Abe.Najay
Posted on: Dec 1 2008, 12:17 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 30
Sertai: 4-November 08
Daripada: Shah Alam
No. Ahli: 163


sumber : http://www.muslimtents.com/alafasy/

About the Sheikh Mishary Rashed Alafasy:

Shaykh Mishary Rashid Ghareeb Mohammed Rashid Al-Afasy is a Kuwaiti national and was born in 1976. He is married , has two daughters, and he is also nicknamed (Abu Norah).

He studies at The Islamic University in Medina(KSA), College of the Holy Quran and Islamic Studies and specialized in The ten readings and translation of the holy quran. He has read the quran to Sheikh Ahmed Abdulaziz Al-Zaiat born in 1325(H) in the year 1907. Read the whole quran to him Hafs-from-A'sim from Al-Shatebeya, and Sheikh Abraham Ali Shahata Al-Samanodei born in 1333(H)in the year 1915 and who read to him Sheikh Al-Hosiery and Sheikh Mohammad Sadiq Al-Menshawy and Sheikh Mustafa Ishmael and Sheikh Abdulbaset Abduls mad, and he reads to him Fatehat al Kitab and he accepted it, an oral acceptance following the acceptance of his student Sheikh Abulrafea Redwan, and he also read to Sheikh Abdurarea Radwan born in 1351(H)in the year 1932 read to him the whole quran Asm-bin-abialnojoud from Al-Shatebya.
  Forum: Cakap Agama; Fiqah, Tauhid & Akidah · Post Preview: #5241 · Replies: 0 · Views: 1,312

Abe.Najay
Posted on: Dec 1 2008, 12:06 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 30
Sertai: 4-November 08
Daripada: Shah Alam
No. Ahli: 163


Ustaz Dzul dakwah guna multimedia

BERCERAMAH, mengajar al-Quran, mengelola jemaah haji dan umrah, mengacara program televisyen, mencipta lagu hingga merancang majlis perkahwinan, semua dilakukan atas alasan membuktikan Islam adalah agama syumul yang berkait rapat dalam setiap aspek kehidupan umatnya.

Berpegang kepada prinsip, jika orang lain boleh buat kenapa orang Islam tidak boleh, mendorong pengelola haji dan umrah, Dzulkarnain Hamzah Al-Hafiz, 43, mencuba pelbagai perkara termasuk mempelajari teknologi multimedia untuk dimanfaatkan dalam setiap urusan dilakukannya.

Jika dulu hanya berceramah di depan jemaah dan mengajar al-Quran, tetapi berkat kesungguhan belajar serta berani mencuba, beliau mampu mengendalikan peralatan audio serta membuat rakaman ceramahnya sendiri.

Malah, sesi ceramahnya turut dilengkapi peralatan yang membolehkan hadirin menonton tayangan animasi hasil karya beliau yang bukan saja bertujuan menarik minat, juga sebagai nota tambahan yang menguatkan mesej disampaikan.

Bukan itu saja, majlis perkahwinan yang dirancangkan beliau bersama teman turut menggunakan kelebihan penggunaan lampu, asap serta alunan zikir irama kemelayuan diiringi kumpulan pemuzik.

"Orang kata Ustaz Dzul ini pelik. Sebenarnya, saya nampak teknologi mampu bantu buat orang dengar. Oleh itu, kenapa saya tidak gunakan teknologi untuk menyebarkan ilmu jika dengan itu akan memudahkan saya menyentuh jiwa mereka.



"Saya yang pertama menganjurkan Konsert Malam Kesenian Islam di Masjid As-Syakirin KLCC sempena menyambut kemerdekaan sejak tiga tahun lalu. Program yang menggabungkan ceramah dan hiburan berjaya menggamit ribuan orang datang," katanya.

Katanya, ayat al-Quran serta zikir adalah penyembuh dan beliau menggunakan kecanggihan teknologi untuk menyentuh jiwa orang yang mendengar kerana apabila jiwa sudah disentuh, maka mudah melentur hati mereka.

Justeru katanya, pemilihan sebagai pengacara program Kalam Suci yang disiarkan di saluran 106 Astro Oasis memberi kelebihan kepadanya untuk mencapai satu lagi golongan iaitu mereka yang ingin mempelajari cara membaca al-Quran dengan betul.

Dazulkarnain berkata, program yang disiarkan setiap Khamis jam 10 malam, memberi peluang peserta yang menelefon membaca al-Quran, memahami hukum dan menjelaskan kembali hukum dengan bantuan tetamu jemputan.

Pada episod pertama yang disiarkan Khamis minggu lalu, tetamu jemputan ialah Hassan Mahmood Al-Hafiz yang turut menjelaskan kepada penonton mengenai sebab turunnya ayat dan ilmu dhobit (tanda baris yang ada dalam al-Quran).

Program Kalam Suci juga banyak menggunakan grafik dan gambar rajah sebagai pemudah cara bagi membantu penonton yang baru hendak mendekati al-Quran supaya dapat memahami apa disampaikan dengan lebih berkesan.

"Apabila berceramah, hanya golongan tertentu saja yang datang. Ketika mengendalikan ibadat haji dan umrah, hanya membabitkan jemaah haji dan umrah saja. Peluang mengacarakan Kalam Suci, saya harap dapat menarik semua golongan.

"Pendekatan program ini juga agak santai kerana kita hendak menarik penonton termasuk yang baru belajar membaca al-Quran supaya mereka tidak berasa kerdil dan bagi yang sudah pandai, dapat mempertingkatkan bacaan mereka," katanya.

Beliau berkata, pengalaman mengendalikan jemaah haji di Tanah Suci Makkah dengan amalan berzikir dan bacaan ayat al-Quran hingga berjaya menyentuh jiwa mereka dimanfaatkan untuk program berkenaan.

Katanya, alunan zikir yang indah dan halus mampu melentur serta memujuk hati yang jumud, beku dan kaku. Apabila jiwa sudah tersentuh, adalah mudah untuk mendekatkan mereka kembali kepada jalan Allah.

Mendekati anak kelahiran Kampung Jasin, Melaka itu, banyak pengalaman dilalui beliau yang pernah menjadi imam muda Istana Negara, berkhidmat selama 13 tahun sebagai guru agama di Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) dan kini aktif berceramah serta mengelola jemaah haji dan umrah.

Pembabitan beliau secara aktif dalam ilmu al-Quran bermula seawal di sekolah rendah kerana minat serta kemampuan membaca al-Quran dengan baik. Beliau pernah menjadi johan dalam Pertandingan Membaca al-Quran Peringkat Sekolah Negeri Melaka.

Malah, beliau turut terpilih mewakili Melaka dalam Pertandingan Tahfiz al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 1984 dan 1985. Pada 1985, beliau mewakili Malaysia dalam Pertandingan Taranum dan Tahfiz Peringkat Antarabangsa di Arab Saudi.

Walaupun bersekolah di sekolah menengah aliran Inggeris, kecintaan terhadap ilmu membaca al-Quran tidak pernah luntur dan kerana itu Dzulkarnain mengambil keputusan berhenti belajar di tingkatan empat dan memasuki sekolah pondok.

Beliau menyambung pelajaran di Maahad Muhamadi, Kota Bharu dan kemudian mendalami ilmu al-Quran di Darul Quran, Masjid Negara sebelum melanjutkan pengajian peringkat ijazah di Jamiah Islamiah Madinah.

Pengalaman berdakwah ditimba ketika bertugas sebagai guru agama Kagat kerana selain memberi ceramah, beliau juga bertindak sebagai imam, bilal, pentadbir, menjadi jurunikah serta menguruskan jenazah.

Tugas semua dalam satu itu mendedahkan beliau kepada banyak perkara yang kini dipraktikkan apabila dijemput memberi ceramah, mengendalikan program motivasi, sebagai tetamu program agama di televisyen dan aktiviti dakwah yang lain.

Pengalaman menarik turut dikongsi beliau ialah ketika berdakwah di setiap kem tentera Malaysia yang bertugas di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Batambang, Kemboja yang dikelilingi tentera Khmer Rouge pada 1992.

"Tugas saya nak bagi kekuatan iman kepada tentera kita. Maklumlah, negara tengah perang banyak gejala tidak sihat yang mungkin mempengaruhi tentera di sana. Bercakap dengan tentera saya guna pendekatan banyakkan unsur jenaka untuk menarik minat mereka.

"Berdakwah dalam suasana perang, saya banyakkan qiamulail sebab kekuatan manusia ini ialah apabila bangun tengah malam. Alunan zikir memujuk hati kita untuk cinta kepada Allah. Setahun tiga bulan di sana, saya rasa kesan tarbiah apabila melihat perubahan mereka," katanya.

Dzulkarnain berkata, mengelolakan jemaah haji di kalangan golongan atasan juga memerlukan beliau memahami kerenah manusia terutama ketika berada di rumah Allah supaya niat mereka menunaikan rukun Islam kelima itu mendapat keberkatan.

Justeru, selain ilmu psikologi beliau menggunakan zikir dan ayat al-Quran yang diajarkan kepada jemaah sebagai usaha melentur sifat ego serta mementingkan diri supaya mereka sedar tujuan kehadiran di Tanah Suci itu.

Kini, melalui program Kalam Suci beliau berharap dapat memujuk hati penonton untuk belajar ilmu al-Quran dan pada masa sama meneruskan minat dalam bidang seni termasuk mencipta lagu di samping melihat peluang merealisasikan cita-cita untuk mempunyai program bual bicara sendiri.

Katanya, kemampuan pengacara Aznil Nawawi dan AC Mizal menarik pelbagai lapisan masyarakat daripada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas, mengikuti program mereka, menguatkan semangat beliau untuk menghasilkan program berunsur keagamaan yang boleh menarik pembabitan semua ahli keluarga.

"Pastinya program saya tidak sama dengan mereka, tetapi apa yang saya idamkan, program itu mampu menarik perhatian semua lapisan masyarakat. Saya selalu berkata, jika mereka boleh tentu saya boleh.

"Saya juga hendak lari daripada konsep kalau ustaz mesti duduk. Dunia berubah dan begitu juga program agama, perlu keluar dari kepompong. Cuba nampakkan Islam boleh buat untuk Islam itu sendiri," katanya yang mengakui memang suka menonton televisyen dan menghadap komputer pada masa lapang.

Profil
Dzulkarnain Hamzah

Tarikh lahir: 19 April 1965
Tempat lahir: Kampung Jasin, Melaka
Pendidikan: Ijazah sarjana muda dalam bidang tahfiz Jamiah Islamiah Madinah.
Isteri: Junaidah Zakaria, 35
Anak: Mohd Ikram, 19 Rabiatul Adawiyah, 16 Abdul Mughni, 11 Fathur Rahman, 7 Juyairiah, 5
  Forum: Cakap Agama; Fiqah, Tauhid & Akidah · Post Preview: #5240 · Replies: 2 · Views: 3,109

Abe.Najay
Posted on: Dec 1 2008, 11:08 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 30
Sertai: 4-November 08
Daripada: Shah Alam
No. Ahli: 163


Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus
agamabh@bharian.com.my

Tunaikan sembahyang pada malam hari dijanjikan kedudukan terpuji di akhirat

AMALAN solat sunat yang paling utama di sisi Islam adalah solat tahajud seperti sabda Nabi SAW:

“Puasa paling utama selepas puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah (SWT), iaitu Muharam, sedangkan solat paling utama selepas solat wajib adalah solat malam (tahajud).” Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sahihnya, Nombor 1163.

Namun begitu hanya segelintir umat Islam pada masa kini yang prihatin dan mengambil peduli berkaitan pelaksanaan ibadat solat tahajud ini. Majoriti umat Islam lebih memilih untuk tidur.

Tahajud terbentuk daripada kata dasar hajada bererti tidur dan tahajjada bererti berjaga. Jika seseorang berkata: Tahajjadtu bermaksud saya membuang jauh perasaan ingin tidur dari diri saya. Al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h berkata: “Imam al-Tobari menyatakan tahajjud berjaga selepas tidur terlebih dulu.

Menurut Ibn Faris: Al-Mutahajjid bermaksud orang yang solat pada malam hari. Menurut al-Kurra’ pula, tahajjud adalah solat malam secara khusus.” Rujuk kitab al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, Fathul Baari, jilid 6, ms. 203

Oleh itu, solat tahajud adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam, iaitu selepas mengerjakan solat Isyak dan sebelum masuk waktu solat Subuh. Namun, waktu paling utama dilaksanakan solat tahajud adalah satu pertiga malam terakhir iaitu bermula jam 3 pagi hingga masuk waktu Subuh.

Read more… or Read more right here… »

Dalil disyariatkan solat tahajud ini adalah sebagaimana firman Allah (SWT) SWT:

“Dan bangunlah pada sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Israa’: 79)

Abu Ubaidah menyatakan di dalam Kitab al-Majaz: “Maksud firman Allah (SWT) kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu ialah berjagalah pada malam hari untuk melakukan solat.” Rujuk kitab al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, Fathul Baari, jilid 6, ms. 202

Dalil solat tahajud lebih utama dilakukan satu pertiga malam terakhir berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika masih ada baki satu pertiga malam yang akhir.

Allah (SWT) berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti Aku akan memakbulkannya, sesiapa yang meminta kepada-Ku pasti Aku akan memberinya dan sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku pasti Aku akan mengampuninya.”

Ternyata ibadat di dalamnya ada doa, permintaan dan permohonan ampun adalah solat.

Rasulullah SAW seorang insan dijamin Allah (SWT) akan masuk syurga. Baginda juga sebaik-baik manusia, malah digelar sayyid al-Mursalin, iaitu penghulu segala Rasul. Baginda insan maksum dan bebas daripada sebarang bentuk dosa.

Walaupun dengan kedudukan sedemikian, Baginda tetap bersungguh-sungguh mengerjakan solat tahajud sehingga pecah tumit kakinya. Isterinya Aisyah r.a melihat sendiri kesungguhan luar biasa Baginda ini dan beliau hairan kenapa Rasulullah masih ingin bersusah payah melakukan ibadat itu sedangkan dia seorang yang dijamin syurga.

Kisah ini disampaikan Aisyah r.a sendiri dalam sebuah hadis: Sesungguhnya Nabi SAW mengerjakan solat malam hingga kedua tapak kakinya merekah. Aisyah berkata kepada Baginda: Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, pada hal Allah (SWT) mengampuni dosamu yang lalu dan yang akan datang? Baginda bersabda: Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?” Hadis riwayat al-Bukhari.

Justeru, selepas dibandingkan amalan Rasulullah SAW ini dengan diri kita yang sentiasa bergelumang dengan dosa, mengapa kita tidak mahu bersungguh-sungguh melaksanakan solat tahajud? Adakah kita menganggap diri kita setanding atau lebih baik daripada Rasulullah SAW?

Allah (SWT) mengurniakan pelbagai keutamaan besar bagi mereka yang melaksanakan solat tahajud. Mereka mengerjakan ibadat pada malam hari akan dikurniakan kedudukan terpuji di sisi Allah (SWT) di akhirat kelak yakni menjadi ahli syurga.
  Forum: Cakap Agama; Fiqah, Tauhid & Akidah · Post Preview: #5236 · Replies: 1 · Views: 1,553

Abe.Najay
Posted on: Dec 1 2008, 11:07 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 30
Sertai: 4-November 08
Daripada: Shah Alam
No. Ahli: 163


Oleh Ahmad Sabki Mohd Tahir

KEHIDUPAN di dunia penuh dengan pelbagai dugaan, ujian dan cabaran. Suka duka dan pahit getir menjadi asam garam kehidupan manusia sepanjang hayatnya. Dustalah jika ada yang berani berkata hidupnya sentiasa bahagia tanpa sebarang masalah.

Sebagai khalifah di bumi ini, manusia sentiasa diuji Allah (SWT) SWT untuk melihat sejauh mana keimanan kita kepada-Nya. Apakah kita ini seorang yang bersikap sabar dan kental hatinya atau mudah goyah imannya apabila diuji dengan pelbagai dugaan.

Ujian Allah (SWT) SWT kepada hamba-Nya meliputi semua peringkat usia dan golongan, tidak kira tua muda, miskin kaya mahu pun pemimpin terkenal atau rakyat biasa. Semuanya tidak terkecuali daripada mendapat ujian Allah (SWT) SWT.

Dalam apa keadaan sekali pun, sama ada diuji atau tidak, kita patut memanjatkan rasa syukur kepada Allah (SWT) SWT yang tidak pernah putus memberi rahmat serta nikmat.

Justeru, hendaklah selalu berdoa kepada Allah (SWT) SWT supaya kita terus diberi rahmat, nikmat serta pertolongan Allah (SWT) SWT terutama apabila berhadapan dengan ujian hidup. Ibnul Qayyim berkata, doa adalah saranan paling kuat untuk mencegah musibah dan mencapai apa diinginkan.

Berdoa adalah suara pengharapan, pergantungan dan pertolongan seorang hamba kepada Penciptanya.

Read more… or Read more right here… »

Firman Allah (SWT) SWT yang bermaksud:

“Hanya kepada Engkau yang kami abadikan diri, dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.” (Surah al-Fatihah, ayat 5)

Firman Allah (SWT) SWT lagi yang bermaksud:

“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) berdoa kepada yang lain daripada Allah (SWT), yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu akan jadilah engkau dari orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).” (Surah Yunus, ayat 106)

Doa adalah satu bentuk ibadah kepada Allah (SWT) SWT. Menurut al-Asqari, doa adalah permohonan kepada Allah (SWT) SWT supaya Dia mendatangkan sesuatu yang bermanfaat dan menjauhkan daripada segala bentuk kemudaratan.

Dr Wahbah Juhaily dalam Tafsir al-Wajiz mengatakan, doa secara istilah adalah meminta kemanfaatan dan menolak kemudaratan. Dan pada dasarnya, doa termasuk dalam ibadah.

Kebiasaannya kita hanya berdoa apabila ditimpa kesusahan atau menghadapi masalah. Memang pun di saat itu kita amat perlukan pertolongan daripada Allah (SWT) SWT. Sesungguhnya Allah (SWT) SWT tidak suka kepada orang yang sombong, yakni merasa mereka boleh menyelesaikan sendiri masalah tanpa mengharapkan pertolongan Allah (SWT) SWT.

Allah (SWT) berfirman yang bermaksud:

“Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Memang pun Allah (SWT) SWT cukup menyukai hamba-Nya yang berdoa apabila ditimpa kesusahan atau mendapat musibah, akan tetapi ada di kalangan hamba Allah (SWT) SWT yang lupa diri setelah terlepas daripada kesusahan atau musibah.

Firman Allah (SWT) SWT yang bermaksud:

“Apabila manusia ditimpa kesempitan, dia berdoa kepada Tuhan-Nya, dalam keadaan bersungguh-sungguh untuk kembali kepada-Nya. Kemudian apabila dia dianugerahi dengan nikmat daripada-Nya, dia lupa doa yang dipohon kepada Tuhannya sebelum itu dan dia menjadikan untuk Allah (SWT) gandingan untuk menyesatkan (manusia) daripada jalan-Nya.” (Surah al-Zumar, ayat 8)

Membicarakan soal doa, dalam catatan sejarah Islam ada kisah daripada Anas, diriwayatkan bahawa suatu ketika Rasulullah SAW menziarahi seorang lelaki Muslim yang keadaan tubuhnya sangat lemah.

Rasulullah SAW bertanya: “Pernahkah engkau memohon sesuatu dalam doamu? Lelaki Muslim itu menjawab: Ya. Saya sering berdoa: Ya Allah (SWT), apa pun hukuman yang hendak Engkau timpakan kepadaku di akhirat, maka segerakanlah menimpakan kepadaku di dunia.”

Rasulullah SAW berkata, “Subhanallah! Engkau takkan kuasa menanggungnya. Alangkah baiknya jika engkau berdoa: Ya Allah (SWT), berikanlah kebaikan kepada kami di dunia dan kebaikan pula di akhirat, serta jauhkan kami dari seksa neraka.” Kemudian Baginda SAW mendoakan lelaki itu sehingga Allah (SWT) SWT memberikan kesembuhan kepadanya.

Kisah itu jelas menunjukkan keberkatan doa yang dipohon. Adalah dianjurkan berdoa untuk memohon kebaikan bukan keburukan sama ada untuk diri sendiri atau orang lain.

Satu hakikat yang perlu kita fahami ialah apabila hari ini kita berdoa memohon disembuhkan penyakit misalnya, tidak semestinya esok atau lusa Allah (SWT) makbulkan permintaan itu. Ada yang memakan masa panjang. Apa pun kita perlu bersabar kerana doa orang mukmin dimakbulkan Allah (SWT).

Lambat atau cepat Allah (SWT) makbulkan doa kita itu adalah dalam ketentuan-Nya. Kita hendaklah bersangka baik kepada ketentuan Allah (SWT). Janganlah kita berhenti daripada berdoa walau pun hidup tidak berada dalam kesusahan atau dibelit masalah.

Semasa senang jangan lupa berdoa kepada Allah (SWT) serta mensyukuri nikmat-Nya. Jika senang, berdoalah supaya Allah (SWT) murahkan lagi rezeki yang halal dan berkat di masa depan sementara yang bahagia memohon dipanjangkan kebahagiaan itu. Mereka yang sihat berdoalah supaya sentiasa diberikan kesihatan.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Doa itu bermanfaat terhadap kejadian yang sudah berlaku atau kejadian yang belum berlaku. Oleh itu, wahai hamba Allah (SWT), hendaklah kamu berdoa.” (Diriwayatkan oleh Ahmad, Ibn Majah dan lain-lain)

Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah (SWT) melainkan berdoa.” (Diriwayatkan oleh al-Tirmizi)
  Forum: Cakap Agama; Fiqah, Tauhid & Akidah · Post Preview: #5235 · Replies: 0 · Views: 1,391

Abe.Najay
Posted on: Dec 1 2008, 11:05 AM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 30
Sertai: 4-November 08
Daripada: Shah Alam
No. Ahli: 163


Ulul Albab:
Oleh Abdurahman Haqqi

ZIKIR amalan mudah tetapi memberi kesan amat mendalam dalam kehidupan setiap Mukmin. Meditasi kosongkan minda menyalahi ajaran Islam yang mengingati Allah (SWT) pada setiap perbuatan

PADA era serba cergas ini, kehidupan di bandar megapolitan khasnya yang segalanya mesti dilakukan dengan pantas dan tepat sehingga jiwa, hati serta badan manusia memerlukan sesuatu yang sesuai untuk menyeimbangkannya. Oleh itu, orang bandar terpaksa mencari jalan penyelesaian dengan pelbagai cara untuk mendapatkan keseimbangan diri termasuk beriadah secara fizikal atau spiritual atau kedua-duanya.

Namun, bagi Muslim semua amalan harian, mingguan, bulanan, tahunan atau seumur hidup sama ada wajib, sunat, haram, makruh, mahupun harus yang ditetapkan Allah (SWT) SWT untuk dilaksanakan mempunyai tujuan duniawi dan ukhrawi termasuk untuk menenangkan jiwa, menyejukkan hati dan menyihatkan badan.

Apabila Islam datang bersama Rasulullah SAW dengan visi dan misi ke-rahmatan lil ‘alamin-nya, semua amalan masyarakat Arab ketika itu diganti dengan amalan yang sesuai dengan kehendak Allah (SWT) SWT. Sebagai contoh, amalan menyembah tuhan selain Allah (SWT) yakni patung berhala secara tabik hormat, rukuk dan sujud diganti dengan amalan solat yang disertai takbir, rukuk, iktidal, sujud, duduk tasyahhud dan taslim. Begitu juga dengan amalan lain termasuk hari keraian Nairuz dan Mahrajan di Madinah diganti dengan Aidilfitri dan Aidiladha. Semuanya sesuai dengan hukum syarak yang dibawa Baginda SAW atas perintah Allah (SWT) SWT.

Seorang Muslim mempunyai amalan tersendiri daripada yang wajib hingga harus. Amalan ini berasal daripada ajaran al-Quran dan sunnah. Ada juga amalan yang disebut zikir dan tafakur. Ramai terkeliru menyamakan tafakur dengan meditasi padahal kedua-duanya mempunyai perbezaan ketara. Ketika bertafakur mesti ada dalam minda kita mengenai kekuasaan Allah (SWT), sedangkan dalam meditasi minda mesti dikosongkan.

Mengosongkan minda bererti satu kerugian menimpa diri kerana kita mensia-siakan masa yang perlu diguna sebaik-baiknya.

Zikir sudah sering disentuh dalam ruangan ini, tetapi wirid baru kali ini dijelaskan. Wirid dan zikir mempunyai persamaan dan perbezaan. Persamaannya, kedua-dua amalan ini mengingati Allah (SWT) dan perbezaannya adalah wirid lebih khusus daripada zikir kerana zikir boleh dibuat bila-bila masa dan dalam keadaan apa pun jua. Wirid mempunyai tatacaranya tersendiri seperti yang akan kita lihat dalam penjelasan berikut.

Read more… or Read more right here… »

Dalam Kamus Dewan wirid mempunyai takrifan sebagai

“1. petikan daripada al-Quran yang ditentukan untuk dibaca (dipelajari dan lain-lain); 2. zikir yang dibaca selepas sembahyang,”

manakala Kamus Kontekstual Lengkap al-Khalil menterjemahkan wirid dengan erti

“sedikit air, nasib, sebahagian Quran dan sebagainya, sekumpulan burung, tentera, mengambil air, mendekati air.”

Dalam A Dictionary of Modern Written Arabic ia diterjemahkan sebagai

specified time of day or night devoted to private worship (in addition to the five prescribed prayers); a section of the Koran recited on this occasion.

Menurut istilah ahli tasawuf dan pengertian secara umum dalam disiplin ilmu Islam, wirid bermakna seperti ditulis Syeikh Muhammad al-Madini dalam artikelnya bertajuk al-Wird, “azkar makhsusah min al-quran wa sunnah Rasulillah wa min athar al-’ulama al-’amilin” atau zikir khusus daripada al-Quran, sunnah Rasulullah SAW dan amalan ulama muktabar. Zikir dibaca pada masa tertentu siang atau malam sehingga seolah-olah si pembaca wirid mengambil air apabila dia berasa haus.

Menerusi zikir secara amnya dan wirid secara khasnya membuat mukmin tenang jiwa, sejuk hati dan sihat badannya seperti ditegaskan al-Quran maksudnya:

“Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’du: 28)

Sebagai amalan khusus yang mempunyai tatacaranya sendiri, wirid mempunyai dasar hukumnya daripada al-Quran dan sunnah Nabi. Imam Tirmizi meriwayatkan bahawa seorang sahabat datang kepada Rasulullah SAW sambil mengeluh: “Wahai Rasulullah, alangkah banyaknya hukum hakam syarak yang seakan-akan membebaniku, berikanlah aku sesuatu agar aku tetap teguh melaksanakannya. Baginda menjawab: Basahilah lidahmu dengan selalu berzikir kepada Allah (SWT).”

Agar Allah (SWT) mencukupkan kita dengan apa saja yang kita inginkan mengenai perkara dunia dan akhirat, maka kita cukup dengan membaca tujuh kali pada pagi dan petang potongan ayat 129 Surah al-Taubah yang bermaksud:

“Cukuplah bagiku Allah (SWT) (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.” (Hadis riwayat Ibn Sunni dan Ibn ‘Asyakir secara marfu’)

Bukankah wirid ini menanamkan pada jiwa kita sifat tawakal dan berserah diri kepada Allah (SWT)?

Agar hati kita tidak mati pada siang dan malam, maka bacalah dua ayat terakhir Surah al-Isra’ setiap pagi dan petang seperti diriwayatkan dalam hadis al-Dailami. Bukankah wirid ini mengajar kita betapa penting menjaga hati agar tetap terang di bawah sinaran Allah (SWT)?

Alangkah indahnya tuntutan Rasulullah yang mengajar umatnya untuk wirid pada pagi dan petang dengan membaca asbahna (amsaina) wa asbaha (amsa) mulku lillahi walhamdulillah la syarika lah la ilaha illa huwa wa ilaihin-nusyur (Sesungguhnya kami terjaga pada pagi dengan kesedaran bahawa kerajaan ini seluruhnya milik Allah (SWT). Dan segala puji bagi Allah (SWT), tiada sekutu bagi-Nya, tiada Tuhan selain Dia dan kepada-Nya kami akan dibangkitkan. Bukankah wirid ini menanamkan pada hati kita bahawa kekuasaan mutlak di tangan Allah (SWT)?) - *Wirid ini ada di dalam koleksi “Ma’thurat”

Dalam hadis Abu Daud, al-Nasa’i, dan Ibnu Hibban diriwayatkan bahawa barang siapa membaca pada pagi dan petang maksudnya: “Ya Allah (SWT), nikmat apapun yang ku peroleh dan diperoleh seseorang di antara makhluk-Mu adalah daripada-Mu yang tidak mempunyai sekutu, maka bagi-Mu segala puji dan syukur”, maka sesungguhnya dia telah menunaikan syukur pada siang dan malam hari itu. Bukankah wirid ini mengajar kita agar tidak tamak haloba?

Untuk menjaga kesihatan kita, Rasulullah mengajar wirid untuk dibaca pada pagi dan petang tiga kali yang bunyinya Allahumma ‘afini fi badani, allahumma ‘afini fi sam’i, allahumma ‘afini fi bashari la ilaha illa anta. (Ya Allah (SWT) sihatkanlah badan, pendengaran dan penglihatanku. Tiada Tuhan selain Engkau. (Hadis riwayat Abu Daud) Bukankah dengan wirid ini kita akan sentiasa mendapat kesihatan dari Allah (SWT)?

Banyak lagi wirid yang diajarkan Rasulullah kepada sahabat jika diamalkan oleh mukmin, dia tidak lagi perlu kepada cara lain untuk menenangkan jiwa, menyejukkan hati dan menyihatkan badan kecuali cara yang sesuai dengan ajaran Nabi Junjungan umat Islam.

Wallahu a’lam
  Forum: Cakap Agama; Fiqah, Tauhid & Akidah · Post Preview: #5234 · Replies: 0 · Views: 1,624

Abe.Najay
Posted on: Nov 28 2008, 04:31 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 30
Sertai: 4-November 08
Daripada: Shah Alam
No. Ahli: 163


Sila download borang pd url : http://www.darussyifa.org/

PERMOHONAN MENGIKUTI KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA' KUMPULAN KE-21
Tanggal: Sunday, 12 October 2008
Topik: Pengumuman Urusetia Darussyifa'

PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA'
KUMPULAN KE-21 SESSI 2008/2009

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 30 NOVEMBER 2008
TARIKH TEMUDUGA: Akan diberitahu kemudian


Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut;

1. Permohonan untuk mengikuti kursus pengubatan ini hendaklah menggunakan borang yang disediakan. Untuk mengelakkan muka surat satu dan dua terpisah, pemohon dinasihatkan agar print borang ini dengan sekeping kertas A4 dikedua-dua belah mukasurat (double sided). Borang permohonan ini mestilah diisi dengan lengkap. Borang tersebut boleh dimuat turun di akhir mukasurat ini.


2. Permohonan tersebut mestiah disokong oleh seorang ahli Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysia Darussyifa'. Jika anda tidak mengenali sesiapa dikalangan ahli Darussyifa', silalah datang ke Pejabat Darussyifa' Bandar Baru Bangi dan berjumpa dengan perawat yang bertugas disana untuk mendapatkan sokongan.



3. Pemohon mestilah beragama Islam dan berumur 18 tahun dan ke atas.



4. Pemohon yang bukan warga Malaysia boleh juga diterima untuk mengikuti kursus ini dengan syarat boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.

5. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran pasport, salinan Kad Pengenalan dan 2 keping sampul surat bersaiz 4"X 9" yang beralamat sendiri serta bersetem 30sen.

6. Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta gambar, salinan Kad Pengenalan dan 2 keping sampul surat bersaiz 4"X 9" yang beralamat sendiri serta bersetem 30sen, hendaklah diserahkan di Pejabat Darussyifa’ mengikut tempoh yang tertera di borang tersebut.

7. Borang permohonan boleh diserahkan terus di pejabat Darussyifa' atau dihantar melalui pos ke alamat yang tertera di borang permohonan.

8. Borang permohonan yang discan dan dihantar melalui email tidak akan dilayan.

9. Borang permohonan yang diterima selepas tempoh tamat tidak akan dipertimbangkan.



10. Setelah permohonan diproses, satu sesi temuduga akan diadakan untuk memilih calon-calon yang benar-benar layak sahaja.

11. Pemohon yang dipanggil untuk temuduga tetapi tidak dapat menghadirkan diri maka dengan sendirinya permohonan akan ditolak. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan dan buatlah permohonan semula ditahun-tahun yang akan datang.

12. Jika sekiranya pemohon tidak dihubungi selewat-lewatnya selepas dua minggu tamat tempoh penyerahan borang, anggaplah permohonan tersebut tidak berjaya.

13. Pemohon yang telah berjaya diterima dan lulus temuduga, hendaklah sanggup dan mampu membayar yuran sejumlah RM500 untuk bayaran pendaftaran, bayaran buku teks, yuran ahli seumur hidup dan yuran pengajian tanpa kecuali. Pada hari pendaftaran bayaran minima ialah RM100.00.

14. Pemohon yang telah berjaya diterima juga dimestikan untuk menghadiri sepenuhnya kuliah pengubatan setiap hari Isnin malam Selasa selama setahun di Bangunan Darussyifa’ Bandar Baru Bangi. Jika sekiranya pemohon didapati lemah dalam ilmu bacaan al-Quran, pemohon dimestikan untuk menghadiri kelas Tajwid dan kelas-kelas lain yang ditentukan kemudian.

15. Borang permohonan untuk mengikuti kursus ini boleh dimuat turun di bawah ini.

Nota: Untuk muat turun borang ini, sila klik dengan "right mouse button" kemudian pilih "Save Target As..." selepas itu simpan fail ke folder yang diingini.

Format PDF : Borang Permohonan Kumpulan Ke-21, Sessi 2008/2009 (Iss2.0)


16. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke alsyifa@streamyx.com atau telepon pejabat Darussyifa': 03-89250443 atau hubungi Ustaz Roslan: 019-2398573 (dari 9:00 pagi hingga 5:00 ptg. sahaja)
  Forum: Cakap Agama; Fiqah, Tauhid & Akidah · Post Preview: #5152 · Replies: 0 · Views: 1,207

Abe.Najay
Posted on: Nov 28 2008, 03:29 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 30
Sertai: 4-November 08
Daripada: Shah Alam
No. Ahli: 163


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /
Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”

Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…
  Forum: Cakap Agama; Fiqah, Tauhid & Akidah · Post Preview: #5151 · Replies: 0 · Views: 941

Abe.Najay
Posted on: Nov 28 2008, 03:25 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 30
Sertai: 4-November 08
Daripada: Shah Alam
No. Ahli: 163


TIDAK SEMUA MANUSIA MEMILIKI HIDAYAH

JIKA ditanya kepada seseorang, apakah yang paling penting dalam hidup ini?
MUNGKIN ada yang menjawab wanglah yang paling penting kerana manusia
senantiasa memerlukannya untuk keselesaan hidup, atau mungkin ada yang
menjawab, mendapat kedudukan tinggi dalam masyarakat atau mempunyai kuasa,
kerana dengan kuasa manusia berupaya melakukan apa sahaja tanpa halangan.
Namun, apabila kita PERHATIKAN manusia yang hidup dengan kemewahan, atau
hidup dengan kekuasaan, pangkat atau kemewahan, mereka masih tidak bahagia ,
JADI , apakah yang manusia perlu di dalam keHIDUPannya??
Dalam hidup, yang penting ialah mendapat HIDAYAH Allah S.W.T. Berapakah
banyak HIDAYAH yang boleh dimiliki oleh manusia? PARA ULAMA menggariskan
HIDAYAH itu mempunyai LIMA (5) peringkat.

- HIDAYAH TABIE
HIDAYAH TABIE atau hidayah semulajadi ini mampu dimiliki oleh setiap orang.
Misalnya, seorang anak lahir ke dunia akan menangis tanpa diajar. Ia
bukanlah suatu kebetulan tetapi inilah yang dikatakan HIDAYAH TABIE yang
diberikan oleh Allah S.W.T.. Apakah keperluan menangis kepada si anak?
Dari sudut perubatan, tangisan anak-anak kecil perlu supaya agar paru-paru
mereka berfungsi dengan sebaik mungkin.
Dari sudut TASAWUF pula, terdapat nas yang mengatakan apabila seseorang anak
lahir, syaitan akan memasukkan belalainya ke dalam hati anak itu. Tangisan
si anak adalah sebagai PROTES atau MENAFIKAN ajakan syaitan.
Dari sudut komunikasi pula, tangisan bayi kecil yang belum boleh bercakap
ini adalah sebagai salah satu alat penghubung dengan ibunya supaya dipenuhi
keperluannya. Misalnya, seorang bayi akan menangis ketika lapar, sakit,
basah lampinya, ketakutan, dan sebagainya. Tangisan ini membolehkan si ibu
mengagak apa yang tidak kena pada anaknya itu.
BAGAIMANA sekiranya HIDAYAH TABIE ini tidak dibekalkan kepada bayi?. Sudah
pasti mengikut hukum adat, bayi itu akan mati. Justeru itu, seluruh manusia
termasuk kita telah mendapat HIDAYAH bentuk ini. Namun begitu, TIDAK CUKUP
jika hanya MEMILKI HAIDAYAH TABIE ini. Kita memerlukan juga HIDAYAH
PENCAINDERA.

- HIDAYAH PANCAINDERA
KEGUNAAN PANCAINDERA seperti mata, telinga, mulut, hidung, tangan dan kaki
pada manusia ialah membolehkannya untuk mengecap nikmat hidup. Melalui mata
manusia boleh melihat pemandangan, mengenali orang-orang yang disayangi dan
melihat berbagai-bagai KEJADIAN Allah S.W.T. Begitu juga dengan PANCAINDERA
yang lain, semuanya penting untuk melengkapkan hidup seorang MANUSIA.
Memiliki pancaindera ini juga HIDAYAH dari Allah S.W.T. Hidayah peringkat
ini tidak semua orang memilikinya, misalnya orang-orang yang buta, pekak,
bisu dan sebagainya.

- HIDAYAH AKAL
KEMAMPUAN pancaindera menilai suatu perkara adalah terbatas. Misalnya, mata
hanya mampu menyaksikan pemandangan misalannya gunung ganang yang cantik.
WALHAL, Hakikatnya apa yang ada diatas gunung itu tidaklah seindah mana.
Mungkin di situ terdapat binatang buas dan jurang yang membahayakan. Jika
semata-mata menggunakan PANCAINDERA, Kita mungkin akan TERTIPU. Disinilah
pentingnya HIDAYAH AKAL.
Melalui AKAL, manusia dapat membezakan antara yang SALAH dengan yang BENAR,
yang BAIK dengan yang BURUK. HIDAYAH AKAL ini tergolong dalam HIDAYAH
PERINGKAT TERTINGGI. Semakin berkurangan bilangan orang yang BERJAYA
MEMILIKINYA berbanding dengan HIDAYAH jenis PERTAMA dan KEDUA di atas.
APAKAH tanda seseorang itu MEMILIKI HIDAYAH AKAL ? Rasulullah S.A.W., pernah
bersabda bermaksud: ” Orang Yang Paling Berakal Ialah Orang Yang Ingat Mati
Dan kehidupan Selepasnya”. Dalam satu hadis yang lain, Rasulullah S.A.W.,
pernah memberitahu bahawa manusia itu akan BERAMAL mengikut TARAF AKALNYA.
Orang yang memiliki akal yang TINGGI mampu untuk memikirkan HIDUP JANGKA
PANJANG di AKHIRAT. JUSTERU itu, ini akan mendorongnya BERAMAL dan
SENANTIASA BERSYUKUR.
Namun bilangan yang MENDAPAT HIDAYAH ini HAKIKATNYA terlalu SEDIKIT.
Buktinya, Allah S.W.T. telah berfirman yang bermaksud bahawa ” SANGAT
SEDIKIT sekali hamba-hamba-Nya yang BERSYUKUR”.

- HIDAYAH ISLAM
SEKIRANYA kita menghitung jumlah umat di dunia, tidak sampai 50 peratus pun
BERAGAMA ISLAM . Lebih daripada separuh penduduk dunia tidak mendapat
HIDAYAH untuk MENJADI ORANG ISLAM. Ini bermakna untuk menjadi umat Islam
bukan MUDAH.
Misalnya, Salman Al-Farisi iaitu salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W.,
pernah terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menjadi orang Islam.
Sedangkan KITA, LAHIR SAHAJA SUDAH menjadi ORANG ISLAM.(Fikir-fikirkan lah
wahai teman-teman ku yang amat ku sayangi dan kasihi selama ini).
Orang-orang yang telah bersungguh-sungguh mempelajari malah mampu pula
mengajarkan ilmu Islam itu kepada orang lain pun BELUM TENTU MENDAPAT
HIDAYAH ISLAM, Oleh itu kita sebagai umat Islam PATUTLAH BERSYUKUR dan
MEMELIHARA HIDAYAH ini supaya ia TIDAK DICABUT KEMBALI.

- HIDAYAH TAUFIK
HIDAYAH TAUFIK ialah KEUPAYAAN DIRI MANUSIA yang diberikan oleh Allah
S.W.T., untuk MENGAWAL DIRI manusia itu daripada melakukan MAKSIAT dan
MELAZIMKAN TAAT kepada Allah S.W.T. Ini bentuk hidayah yang dimiliki oleh
HANYA SEGELINTIR MANUSIA.
Orang-orang yang diber hidayah ini, mereka adalah orang-orang Allah S.W.T.,
yang TERPIMPIN dengan PENUH KASIH. Meraka akan tetap teguh berjalan walau
dalam apa jua suasana dan keadaan yang mendatang apa jua sekalipun. Allah
S.W.T., membimbing HATI mereka sehingga CELIK dalam KEGELAPAN, TENANG, dan
SABAR dalam PENDERITAAN yang MEMERITKAN. Menurut Imam Malik , TANDA
seseorang itu AHLI SYURGA ialah:
a) Mudah melakukan suruhan Allah S.W.T., walaupun dia tidak berusaha
melakukannya.
cool.gif Susah untuk berbuat maksiat walaupun dia ingin melakukannya.
NAMUN begitu tanda bagi AHLI NERAKA ialah:
a) Susah untuk melakukan kebaikan walaupun dia ingin berbuat baik
cool.gif Mudah untuk berbuat maksiat/kejahatan walaupun dia tidak mahu.
Kita perlu mendapat HIDAYAH TAUFIK supaya SELAMAT di Akhirat.
Sesungguhnya kita tidak mengetahui sama ada tergolong dalam orang-orang yang
MENDAPAT HIDAYAH atau TIDAK. BerDOA lah setiap KALI SELEPAS SOLAT SUPAYA
KITA TERUS ada PERASAAN TAKUT dan HARAP. TAKUT dan HARAP inilah dua SAYAP
yang BAKAL memungkinkan kita TERBANG DALAM keadaan SELAMAT untuk TAQARRUB
kepada Allah S.W.T.
Allahua’lam.
  Forum: Cakap Agama; Fiqah, Tauhid & Akidah · Post Preview: #5150 · Replies: 0 · Views: 1,163

Abe.Najay
Posted on: Nov 28 2008, 03:09 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 30
Sertai: 4-November 08
Daripada: Shah Alam
No. Ahli: 163


Assalamualaikum wbt.

KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada
aku?.”
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. ”Tidak”

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai
Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail,
ka! mu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan
tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan
tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang
paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan
sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang
hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang,
fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.
Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku
lebih sukai dari solatmu itu.

Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu
mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”
Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…”

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura
Ma’waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah
Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia
mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun,
terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih
dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah
pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya?”

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada
sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat
Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…..”

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan
Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam
solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat
didalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam.
  Forum: Cakap Agama; Fiqah, Tauhid & Akidah · Post Preview: #5149 · Replies: 0 · Views: 940

Abe.Najay
Posted on: Nov 28 2008, 02:58 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 30
Sertai: 4-November 08
Daripada: Shah Alam
No. Ahli: 163


Sejarah Solat 5 Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
  Forum: Cakap Agama; Fiqah, Tauhid & Akidah · Post Preview: #5146 · Replies: 5 · Views: 2,511

Abe.Najay
Posted on: Nov 28 2008, 02:57 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 30
Sertai: 4-November 08
Daripada: Shah Alam
No. Ahli: 163


Jangan compare bro. Solat adalah ibadah teragung yg Nabi Muhammad SAW dapat direct dari Allah. Bukan senang Rasulullah nak dapat nak padat Solat .
  Forum: Cakap Agama; Fiqah, Tauhid & Akidah · Post Preview: #5145 · Replies: 5 · Views: 2,511

Abe.Najay
Posted on: Nov 28 2008, 02:48 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 30
Sertai: 4-November 08
Daripada: Shah Alam
No. Ahli: 163


Sebab syaitan berak atas kepala.
Pada logic akal , bila kita buang, perut kosong, so bila kosong mesti syaitan nak isi sesuatu dlm perut kita. minta jauh...na'azubillah himinzaliq.
  Forum: Cakap Agama; Fiqah, Tauhid & Akidah · Post Preview: #5143 · Replies: 5 · Views: 2,343

Abe.Najay
Posted on: Nov 28 2008, 02:43 PM


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 30
Sertai: 4-November 08
Daripada: Shah Alam
No. Ahli: 163


Sumber : http://nurjeehan.wordpress.com/2007/04/27/...njernihan-jiwa/

Solat Taubat Penjernihan Jiwa

Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :

1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

* Waktu di lakukan - bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
* Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah - sila rujuk kpd pakar feqah)
* Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
* Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
* Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),

027alquran3.gif

Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
* Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

munajat1.jpg

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

*

dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

penghulu.jpg

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

*

Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.

Untuk pembacaan lanjut tentang taubat — http://nurjeehan.wordpress.com/tag/taubat/

———————————————————–

*Makruh tahrim - Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;

Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:

1.

Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.
2.

Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.
3.

Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).
4.

Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.
5.

Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.

Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.

Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.

Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.
  Forum: Cakap Agama; Fiqah, Tauhid & Akidah · Post Preview: #5142 · Replies: 13 · Views: 5,686

2 Mukasurat V   1 2 >

New Posts  Susulan baru
No New Posts  Tiada susulan baru
Hot topic  Topik panas (Baru)
No new  Topik panas (Tiada baru)
Poll  Undian (Baru)
No new votes  Undian (Tiada Baru)
Closed  Topik dikunci
Moved  Topik dipindah
 

Versi Ringkas Masa sekarang: 18th November 2018 - 01:45 AM