IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

5 Mukasurat V  « < 3 4 5  
Reply to this topicStart new topic
> Blog nak belajar Forex..., Teknik 100 Pips Sehari !
Moderator2
kiriman Dec 11 2019, 08:56 AM
Kiriman #81


Eksekutif
***

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 759
Sertai: 2-October 14
No. Ahli: 2,529



5 Remaja Cipta Nama Dalam Dunia Pelaburan


Terdapat ramai golongan muda yang mahu melibatkan diri dalam dunia pelaburan. Namun, masih ragu-ragu untuk berbuat demikian dan menjadikan usia yang masih muda sebagai alasan.

Mungkin di antara 5 orang remaja ini boleh menjadi pemangkin semangat buat anda untuk mula melabur!

1. Curtis Knee



Seorang remaja berusia 14 tahun berasal dari Paradise, Newfoundland dan Labrador, Canada. Beliau bergiat aktif dalam pelaburan nilai (value investing) sejak berumur 13 tahun.

Selain itu, beliau tidak melabur secara berterusan kerana beranggapan bahawa pelaburan tersebut sangat menguntungkan. Untuk menjayakan pelaburan yang dijalankan, Knee akan menjalankan kajian terhadap beberapa buah syarikat dengan menggunakan ‘price to earning ratio’ bagi meneliti nilai syarikat tersebut di pasaran.

Tambahan daripada itu, Knee gemar membaca buku ‘The Intelligent Investor’ hasil penulisan Benjamin Graham dan menjadikan Warren Buffett, Karl Kenny, Kevin O’Leary dan Michael Bloomberg sebagai idolanya.

2. Dash Yarnold



Yarnold merupakan seorang remaja yang kini berumur 14 tahun yang berasal dari Mill Valley, California. Minatnya terhadap pelaburan mula timbul apabila terdengar perbualan kedua-dua orang tuanya tentang pasaran semasa yang mengalami krisis.

Kini, beliau melabur dalam saham teknologi dan komoditi. Di samping itu, beliau memiliki 2 jenis portfolio iaitu pelaburan jangka masa panjang dan konservatif.

Selain itu, Yarnold gemar membaca buku ‘The Little Book That Beats The Market’ yang ditulis oleh Joel Greenblatt dan menjadikan David Tepper sebagai sumber inspirasinya.

3. John Ducas


John Ducas berumur 15 tahun dan berasal dari Eropah. Uniknya, beliau mula melabur dengan menggunakan wang palsu ketika berusia 9 tahun! 4 tahun berikutnya, Ducas telah membuka akaun pelaburannya sendiri melalui sebuah syarikat pembrokeran atas talian.

Setelah itu, pelaburan yang dijalankan menfokuskan kepada ekuiti ‘Large-Medium Cap’ Amerika Syarikat. Di samping itu, beliau menjadikan hasil penulisan Benjamin Graham yang bertajuk ‘The Intelligent Investor’ sebagai bahan bacaan kegemarannya.

Tambahan daripada itu, Ducas sangat terinspirasi dengan Jamie Dimon, yang merupakan CEO JP Morgan.

4. Mohammed Islam



Seorang remaja yang berusia 16 tahun dan berasal dari New York, Amerika Syarikat. Ketika beliau berumur 11 tahun, salah seorang sepupu beliau telah memperkenalkan saham penny kepadanya. Di sinilah tercetusnya minat Islam terhadap dunia pelaburan.

Kini, beliau bergiat aktif dalam pelaburan minyak dan pasaran hadapan emas. Di samping itu, beliau sangat meminati buku yang berjudul ‘Reminiscences of A Stock Operator’ ditulis oleh Edwin Lefevre.

Selain itu, beliau menganggap Paul Tudor Jones sebagai salah satu inspirasi terbesar dalam kehidupannya sebagai seorang pelabur.

5. Buena Patria



Buena Patria merupakan seorang remaja berumur 16 tahun dan berasal dari Bali Indonesia. Beliau mula mengkaji pasaran selepas menonton CNBC ketika umurnya baru mencecah 14 tahun.

Kini, Patria melibatkan diri dalam forex trading. Selain itu, bahan bacaan yang digemari oleh beliau ialah ‘Trading in The Zone’ yang ditulis oleh Mark Douglas dan ‘Trading and Exchanges’ hasil penulisan Larry Harris.

Di samping itu, beliau turut menjadikan Johannes Brilleman dan Petar Nikolov yang merupakan forex trader sepenuh masa sebagai idolanya.



....Belajar Forex PERCUMA - $USD100 Modal ! >> https://KLFX.blogspot.com















.


--------------------
http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia
Go to the top of the page
 
+Quote Post

5 Mukasurat V  « < 3 4 5
Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 14th December 2019 - 01:15 AM