IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Lagenda Bola Sepak Malaysia..Mokhtar Dahari..Dalam Kenangan..
WebZone-_-Attack
kiriman May 1 2009, 12:29 AM
Kiriman #1


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



Siapakah Mokhtar Dahari ?








Dato’ Mokhtar Dahari ( 13 November 1953 - 11 Julai 1991) adalah legenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi gelaran SuperMokh kerana keberaniannya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari 1972 hinggalah 1985.

Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun hayatnya sudah bersemadi hampir 15 tahun lalu.

Biarpun ramai generasi muda masa kini tidak mengenali dengan dekat bintang negara itu, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya - pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya.

Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan jolokan SuperMokh diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan Olahragawan Kebangsaan 1976.


Mokhtar Dahari


Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari mendiang R Arumungam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampannya. Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama negara itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri.

Dengan 167 kaps antarabangsa, dia berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi pentas bola sepak Asia seterusnya mampu membuka mata dunia hingga kuasa bola sepak dunia. Skuad England B bimbingan Bobby Robson turut merasa bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1 hasil jaringan menakjubkan Mokhtar.

Walaupun kelibat pemain istimewa seperti Mokhtar yang tiada galang gantinya sehingga kini sudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak pernah padam apatah lagi apabila mengingati susah payah anak kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu mencipta nama walaupun dia memang sudah memiliki kurniaan yang tiada pada orang lain.

Mokhtar sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia yang menuntut di Victoria Institution tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudah sebati dengan di skuad kebangsaan pun dia masih sama apabila terus mengawal bola sambil menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya.

Malah dia tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan dia idola paling diminati.

Apapun kehilangan permata paling berharga bola sepak negara itu tidak seharusnya ditangisi sampai bila-bila dan generasi sekarang sepatutnya cuba menjadikannya sebagai motivasi meningkatkan diri supaya bola sepak negara kembali segar seperti sebelumnya.

Semoga apa yang dicoretkan disini mungkin merintis pemain-pemain terhebat negara bagi menggalas tugas skuad negara yang semakin lesu dah lemah sehingga menjadi belasahan pemain luar. Mungkin ramai pemain lagi yang berbakat cuma bakat-bakat mereka tidak dapat digilap seperti Allahyarham Mokhtar Dahari...


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman May 1 2009, 12:30 AM
Kiriman #2


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l
No. Ahli: 51









--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
B@zSh™
kiriman May 3 2009, 05:16 PM
Kiriman #3


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,830
Sertai: 19-September 08
Daripada: New Castle
No. Ahli: 54



Hmm...memang patah tumbuh hilang x berganti
Badan dia kecik je kot...tapi lari laju gilers


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman May 3 2009, 06:57 PM
Kiriman #4


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



supermokh ala maradona tu aku suke tgk...
menarik lariannya..dah pandai mencari ruang untuk shoot..
mata yg tajam...hehehe...pilihan yg tepat membuat tendangan ke atas kanan pintu goal..

sampai sekarang mmg tiada yang boleh same dgn beliau...
lawan arsenal boleh menang tu malaysia..

skrg ni..kalau lawan arsenal??
supermokh juga pernah berlakon..hhehe
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WaKenaBeb
kiriman May 3 2009, 10:49 PM
Kiriman #5


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 425
Sertai: 16-November 08
Daripada: NegeriHangJebat
No. Ahli: 252



aku tahu. allahyarham penah belakon babak pendek dlm filem mekanik. beliau kena saman dgn polis trafik pasal ape aku x ingat. langgar lampu merah kot..?? tp yg kelakarnya pas beliau sain surat saman, polis tu mintak 1 lg sain utk autograf. biggrin.gif
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman May 4 2009, 07:48 AM
Kiriman #6


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



aku tak dpt tgk supermokh ni main..tak sempat
kalau dpt tgk mesti bangga...
Go to the top of the page
 
+Quote Post
bizonedrop
kiriman May 4 2009, 09:47 AM
Kiriman #7


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 439
Sertai: 8-April 09
Daripada: Taman Equine/keramat/pchong
No. Ahli: 855



alfatihah...


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman May 8 2009, 09:11 PM
Kiriman #8


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



pernah sekali dikatakan safee sali ade cam supermokh la cara permainannya...
bile dah kena puji cam gitu..terus permainan merudum..

bila la malaysia nak ade pemain cam c.ronaldo, hunterlaar atau obafemi martin..
dpt main kat liga luar negara ckup la..bangga la jugak..
Go to the top of the page
 
+Quote Post
B@zSh™
kiriman May 9 2009, 01:19 PM
Kiriman #9


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,830
Sertai: 19-September 08
Daripada: New Castle
No. Ahli: 54



Nak lahirkan pemain yang betul2 berbakat kena bermula dari bawah
Kalo masa time sekolah rendah/menengah baru nak mula agak susah
Tp benda ni x mustahil
Yang penting ada keazaman yang kuat


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman May 9 2009, 06:49 PM
Kiriman #10


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



yup..btul betul betul..
semua boleh jadi bile ade usaha...
harap2 ade la yg boleh menjadi permata pemain bola sepak malaysia..

di mana titus james palani..xnak main tok malaysia ke ape...
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 19th March 2024 - 10:53 AM