IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Fairuzizuan, Zakry menang Terbuka India, myMetro
♦محمد أفيق♦
kiriman Jun 14 2010, 09:26 AM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



FAIRUZIZUAN Tazari-Mohd Zakry Latif merangkul gelaran pertama tahun ini di Terbuka India semalam, tetapi masa depan dua pemain itu masih tidak dapat dipastikan sehingga Jawatankuasa Peraturan dan Disiplin yang diketuai Datuk Maijoi Mahap menyerahkan hasil siasatan mengenai prestasi merudum mereka.
Gandingan yang bergelut mengembalikan prestasi terbaik muncul juara dengan menewaskan pasangan India, K Rupesh-Thomas Sanave 21-12, 22-20.


Kejayaan beregu negara itu bagaimanapun gagal diterjemah perseorangan wanita negara, Wong Mew Coo yang lebih dulu turun beraksi tetapi tewas kepada pemain tuan rumah yang juga pilihan utama, Saina Nehwal.


Tanpa kehadiran pemain bintang, segala nampak berjalan lancar buat Fairuzizuan-Zakry selaku pilihan utama apabila melangkah ke final berdepan beregu tuan rumah yang juga pilihan kedua, K Rupesh-Thomas Sanave.


Selepas ketinggalan 6-4, Fairuzizuan-Zakry bangkit mendahului 12-6 sebelum menamatkan set pertama 21-12.


Bagaimanapun tentangan sengit diberi gandingan tuan rumah apabila diekori rapat Rupesh-Sanave yang berjaya mengheret permainan ke mata dius sebelum gandingan negara menang 22-20.


Sebagaimana dijelaskan Presiden Persatuan Badminton Malaysia Datuk Mohd Nadzmi Salleh sebelum ini, Fairuzizuan-Zakry tidak akan dihantar ke Siri Super Terbuka Singapura dan Indonesia yang turut berlangsung bulan ini sehingga siasatan jawatankuasa yang diketuai Maijoi siap.


Prestasi Fairuzizuan-Zakry merosot sejak tahun lalu, tetapi disiplin Fairuzizuan yang gagal mengawal diri selepas tewas pada saingan Piala Thomas menentang Jepun merumitkan lagi keadaan sehingga mereka berdua diheret ke Jawatankuasa Peraturan dan Disiplin BAM.


Sementara itu, Mew Choo gagal mencipta kejutan ke atas Saina biarpun menang set pertama 22-20.


Dia tunduk 14-21 pada set kedua dan 12-21, set ketiga, sekali gus melenyapkan harapannya untuk menjuarai kejohanan pertama tahun ini, biarpun tanpa kehadiran pemain bintang lain.

p/s:menang ttp menang, hukuman tetap hukuman
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 19th March 2024 - 12:26 PM