IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Dua lagi maut akibat H1N1, KosmoOnline
♦محمد أفيق♦
kiriman Aug 3 2009, 10:59 AM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373





KUALA LUMPUR - Malaysia mencatatkan dua kematian berturut-turut akibat jangkitan selesema babi (H1N1) sejak kelmarin dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun menjadi mangsa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, seorang kanak-kanak perempuan, Nor Shaqikah Roshisham, 10, dari Matang Gerdu, Bagan Serai dilapor meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bagan Serai, Perak pada pukul 5.30 pagi kelmarin.

"Ujian sampel kahak yang diambil semasa bedah siasat terhadap mayat kanak-kanak itu mengesahkan mangsa positif jangkitan H1N1 oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ismail berkata, mengikut maklumat, kanak-kanak itu mula sakit pada 27 Julai tetapi tidak demam atau mempunyai sebarang gejala jangkitan pernafasan semasa mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di sebuah klinik swasta.

Menurutnya, pesakit kembali semula ke klinik yang sama kelmarin dan semasa pemeriksaan pada pukul 5 pagi, mangsa mengalami sesak nafas, demam dengan suhu 39 darjah celsius sebelum tiba-tiba tidak sedar dan meninggal dunia 30 minit kemudian.

Sementara itu, katanya, kematian keenam pula dicatatkan semalam apabila seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru pada Rabu lalu akibat komplikasi jangkitan selesema babi disahkan meninggal dunia pagi semalam.
Go to the top of the page
 
+Quote Post
eskep
kiriman Aug 3 2009, 10:40 PM
Kiriman #2


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 439
Sertai: 18-November 08
Daripada: Petaling Jaya, Selangor
No. Ahli: 269



Dah 6 orang mati disebabkan virus nih. Jahat btol virus ni.
Go to the top of the page
 
+Quote Post
mat.g™
kiriman Aug 3 2009, 11:07 PM
Kiriman #3


Eksekutif
***

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 742
Sertai: 2-June 08
Daripada: Saujana Putra
No. Ahli: 4



Ada berita khabar2 angin mengatakan virus H1N1 ni dicipta oleh puak Amerika/Israel utk mengaut keuntungan bila menjual vaksin yg bakal dikeluarkan tahun depan kpd seluruh dunia... tp bukan nak fitnah ni.. just khabar angin yg bertiup.. mgkn iya mgkn tidak 106.gif


--------------------
matg.net
My Focal 2.0
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 6th May 2024 - 07:45 AM