IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Malaysia tewas, bagaikan tidak bermaya
♦محمد أفيق♦
kiriman Jan 22 2009, 08:33 AM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



Malaysia dihukum dalam saingan awal kelayakan Piala Asia

GAMBARAN wajah duka terus menghimpit skuad bimbingan B Sathianathan yang tersungkur di tangan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 0-5 dalam aksi sulung Kumpulan C pusingan kelayakan Piala Asia 2011 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi.

Kekecewaan itu terjelma angkara beberapa kesilapan yang bingkas dihukum lawan, biarpun gambaran awal menampakkan petanda menggalakkan dengan penguasaan pada tempoh 25 minit, ketika UAE sekadar mengancam menerusi cubaan jarak jauh sepanjang tempoh itu.

Satu cubaan sebegitu menyaksikan palang gol negara bergegar pada minit ke-15 menerusi cubaan Ismail Salem Ismail Saeed sebelum Zaquan Adha menyaksikan rembatannya, selepas pergelutan dalam kawasan penalti lawan empat minit kemudiannya, terkena jaring sisi.


Namun kecuaian pada minit ke-28 menyaksikan umpanan Ismaeil Matar lolos di celah-celah kaki benteng negara untuk Mohamed Omar Ahmad Al Shaddadi meluru dan merembat menewaskan penjaga gol, Syamsuri Mustafa.


Skuad negara cuba melawan tetapi usaha itu dihancurkan pengadil, Benjamin Williams yang menganugerahkan penalti buat lawan pada minit ke-44 selepas Ismail Salem menjatuhkan diri selepas sekadar berselisih dengan Hardi Jaafar. Mohamed Omar tidak tersilap menyempurnakan anugerah itu.


Daripada gerak serang balas pantas yang menyusul, Malaysia mendapati diri ketinggalan 0-3 apabila umpanan lintang Mohamed Saeed Rashed disambut Ismaeil Matar buat menggamamkan Syamsuri, seminit kemudian.


Kesilapan kapten, Norhafiz Zamani Misbah cuba menggelecek Ismaeil Matar di depan gawang menyaksikannya hilang bola untuk penggempur berbisa itu mencurinya dan merembat menewaskan penjaga gol gantian, Syed Adney Syed Hussein untuk gol keempat UAE pada minit ke-75.


Sentuhan pertama pemain gantian, Ahmed Khalil Sebait Mubarak, menyaksikannya merembat masuk gol kelima UAE pada minit ke-85 buat melengkapkan sengsara skuad negara.

Malaysia: Syamsuri Mustafa (Syed Adney Syed Hussein), Fauzie Nan, Norhafiz Zamani Misbah, V Thirumurugan, Aidil Zafuan Adha, Hardi Jaafar, Indra Putra Mahayuddin, Khyril Muhymeen Zambri, Amirulhadi Zainal (Hairuddin Omar), Zaquan Adha (Mohamad Ashari Samsuddin), Safee Sali.

UAE: Majed Naser Humaid, Haidar Alo Ali Mohamed, Walid Abbas Murad Yousof, Hamdan Ismaeel Mohemad, Mohammed Fayez Sbait Khalifa, Abdul Raheem Jumaa Anbar, Al Junaibi Abdulsalam Jumaa, Mohamed Omar Ahmad Al Shaddadi (Ahmed Khalil Sebait Mubarak), Ismail Salem Ismail Saeed, Mohamed Saaed Rashed, Ismaeil Matar Ibrahim.


Pengadil: Benjamin Williams (Aus)

sumber:berita harian
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Jan 22 2009, 08:47 AM
Kiriman #2


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



Apa sudah jadi dengan skuad bola sepak. Sering sahaja mengalami kekalahhan.
dalam soal ini.siapa yg patut disalahkan?pemain?jurulatih atau pon Benjamin Williams(pengadil perlawanan)
adoi.bile saja dengar berita pagi tadi. Malaysia diBELASAH oleh UAE. Memang dah boleh jangka.
ape lagi yang nak kita buat. masukkan pemain muda. sudah
masukkan pemain veteran konon nak ade pengalaman. sudah.
ape lagi nak?

sila beri komen berkenaan mutu bola sepak negara kita. terutama perlawanan menentang UAE
Go to the top of the page
 
+Quote Post
mat.g™
kiriman Jan 22 2009, 11:37 AM
Kiriman #3


Eksekutif
***

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 742
Sertai: 2-June 08
Daripada: Saujana Putra
No. Ahli: 4



Terus terang cakap skuad malaysia ni kaki bangku.. depa hanya boleh main dalaman sahaja dengan adanya permain import spt Liga M, Liga Super... bila main peringkat kebangsaan mmg ilang taring... kecut teloq.. vmad.gif


--------------------
matg.net
My Focal 2.0
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Jan 22 2009, 01:35 PM
Kiriman #4


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



QUOTE (mat.g @ Jan 22 2009, 11:37 AM) *
Terus terang cakap skuad malaysia ni kaki bangku.. depa hanya boleh main dalaman sahaja dengan adanya permain import spt Liga M, Liga Super... bila main peringkat kebangsaan mmg ilang taring... kecut teloq.. vmad.gif

mmg kecut. sebab lame sgt berendam dalam laut kat port dickson.
ape lagi yg perlu dibuat???
isi pemecatan jurulatih pasti akan kuar..
pecat semua senang..pasni semua pemain bola sepak malaysia
tukau karier..jual kuih keria pon ade baik..
main benda lain plak.
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 10th December 2024 - 04:56 AM