IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Penyokong merusuh bukan kerana kalah., Bola Sepak: Kelantan 0, NS 1.
eskep
kiriman Apr 9 2009, 12:02 PM
Kiriman #1


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 439
Sertai: 18-November 08
Daripada: Petaling Jaya, Selangor
No. Ahli: 269



'Penyokong merusuh bukan kerana kalah'

QUOTE
KUALA LUMPUR 8 April - ''Penyokong merusuh bukan kerana Kelantan kalah tetapi kerana tidak berpuas hati terhadap insiden tertentu di luar stadium."

Itu penjelasan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa mengenai kejadian penyokong penyokong pasukan tuan rumah merusuh selepas perlawanan separuh akhir Piala FA di antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, kelmarin.

Pada masa yang sama, Annuar turut mengumumkan KAFA menggantung serta-merta penjaga gol Mohd. Halim Napi kerana menyerang pemain Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abd. Razak.

Menurut Annuar, rusuhan penyokong yang melibatkan perbuatan membakar kereta dan memecahkan cermin kenderaan tiada kaitan dengan keputusan perlawanan.

''Penyokong kecewa dengan kekalahan ini tetapi segala-galanya terkawal di dalam stadium. Malahan, perlawanan kelmarin adalah yang paling aman, pengadil bertugas dengan baik, kawalan keselamatan juga begitu baik.

''Ketika lebih 20,000 penonton keluar stadium, tiada apa-apa yang berlaku sehinggalah tercetus insiden tertentu di luar stadium yang menyebabkan penyokong tidak berpuas hati lalu merusuh.

''Apa yang saya perhatikan penyokong dapat menerima kekalahan 0-1 kepada Negeri Sembilan. Kita bukan tidak pernah kalah sebelum ini tetapi tidak berlaku kekecohan seperti ini.

Annuar juga kesal dengan kejadian itu setelah pelbagai usaha dilakukan untuk mencegahnya.

''Kita sudah melakukan yang terbaik terutama dari aspek kawalan keselamatan tetapi ia tetap berlaku,'' katanya.

Annuar juga menafikan dia terperangkap di dalam stadium akibat kekecohan tersebut sebaliknya menjelaskan dia berada di stadium untuk membantu mententeramkan keadaan.

''Takkan saya meninggalkan stadium sedangkan keadaan ketika itu berlaku kekecohan,'' katanya.



Sumber: Utusan Malaysia Online


Memang tak sangka dapat lihak aksi2 camni kat TV smalam.
Biasanya tengok orang2 luar negara jer yang berkelakuan camni.
Habis reta benda rosak, apa nak jadi diorang ni...
Berperangai macam **tuuu**. mad.gif


Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Apr 9 2009, 12:05 PM
Kiriman #2


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



kejadian ape yg boleh buat mereke merusuh...
dah hbis perlawanan blk la rumah terus...tdo ngan bini masing2...
Go to the top of the page
 
+Quote Post
eskep
kiriman Apr 9 2009, 12:09 PM
Kiriman #3


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 439
Sertai: 18-November 08
Daripada: Petaling Jaya, Selangor
No. Ahli: 269



Ntah, tak tau apa yang berlaku sampai diorang merusuh kat luar stadium, takde pulak diterangkan. Rasanya timbul dari perasaan tak puas hati antara penyokong nih. Ye laa.. ada latu yang kena booo ke, caci ke, mana hati tak panas... sudahnya trak polis + keta orang awam jadi mangsa. huh.gif
Go to the top of the page
 
+Quote Post
mat.g
kiriman Apr 9 2009, 12:14 PM
Kiriman #4


Eksekutif
***

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 742
Sertai: 2-June 08
Daripada: Saujana Putra
No. Ahli: 4



tak pro la depa ni, memalukan org kelantan jer.. tak cakap la pulak apa punca depa boleh merusuh tu..


--------------------
matg.net
My Focal 2.0
Go to the top of the page
 
+Quote Post
eskep
kiriman Apr 9 2009, 12:29 PM
Kiriman #5


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 439
Sertai: 18-November 08
Daripada: Petaling Jaya, Selangor
No. Ahli: 269



Mungkin ini puncanya:

QUOTE
Tiga ditahan polis kerana merusuh

KOTA BHARU 8 April - Tiga termasuk seorang guru ditahan manakala berpuluh-puluh lagi suspek yang disyaki terbabit merusuh di luar Stadium Sultan Muhammed IV dekat sini, malam tadi diburu polis.

Selain guru terbabit, dua lagi yang ditahan ialah masing-masing seorang penuntut Politeknik Kota Bharu dan pelajar sebuah sekolah menengah ketika bertindak agresif termasuk membaling mercun dan batu-bata di luar stadium.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya telah melihat rakaman semula video ketika kejadian dan telah mengenal pasti individu terlibat serta akan membuat tangkapan bagi membantu siasatan.

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 malam itu, tiga orang termasuk dua anggota polis berpangkat lans koperal dan konstabel cedera kerana terkena ketulan batu-bata yang dibaling.

Beliau berkata, kedua-dua anggota yang cedera di bahu kiri dan badan itu turut dipijak dan ditumbuk serta terpaksa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan.

Katanya, selain anggota polis, seorang remaja berusia 18 tahun juga cedera selepas terkena gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pihak polis bagi menyuraikan orang ramai.

Dalam kejadian itu, beliau mengesahkan sebanyak 10 kenderaan termasuk dua buah milik polis serta kereta Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengalami kerosakan.

"Sebuah daripada kenderaan polis itu turut dibakar oleh penyokong. Untuk meredakan keadaan, kita telah melepaskan 20 das gas pemedih mata dan selepas sejam kemudian keadaan kembali tenang," katanya.

Kejadian berlaku sejurus selesai perlawanan separuh akhir pertama Piala FA dengan Negeri Sembilan menewaskan Kelantan 1-0 apabila hampir kesemua penonton keluar meninggalkan stadium, namun ribuan daripada mereka masih berkumpul di kawasan perkarangan.

Abdul Rahim memberitahu, ketika kejadian, pihaknya meletakkan seramai 300 anggota termasuk pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bagi mengawal keselamatan.

Beliau berkata, bibit-bibit emosi yang tidak terkawal itu dipercayai bermula apabila penjaga gol Kelantan, Mohd. Halim Napi menyerang salah seorang pemain pasukan Negeri Sembilan selepas perlawanan selesai.

Katanya, ekoran daripada itu, pihak polis telah membawa Halim ke sebuah bilik rehat untuk menenangkan keadaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Tambahnya, bagaimanapun tindakan tersebut menyebabkan para penyokong pasukan itu berasa tidak puas hati lalu bertindak agresif di luar stadium.


"Ketika kejadian, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, yang bertindak sebagai Pegawai Pemerintah Medan pada malam itu, bertindak menasihat dan memujuk penyokong supaya bersurai tetapi gagal.


Untuk lebih lanjut, lawati Utusan Online
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Apr 9 2009, 01:40 PM
Kiriman #6


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



penuntut PKB pon ade..fikir la dulu sebelum nak buat sesuatu nak tunjuk diri tu kat..
ape tindakan poli tu nanti ye...lagi pon dah nak habis sem pon..
Go to the top of the page
 
+Quote Post
bizonedrop
kiriman Apr 11 2009, 05:23 PM
Kiriman #7


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 439
Sertai: 8-April 09
Daripada: Taman Equine/keramat/pchong
No. Ahli: 855



harapnya..malam ni ok jer la..
malu kiter...


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Apr 11 2009, 05:51 PM
Kiriman #8


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



QUOTE (bizonedrop @ Apr 11 2009, 05:23 PM) *
harapnya..malam ni ok jer la..
malu kiter...

mlm ni kat bukit jalil..jgn buat hal kat sini plak sudah.
harap penyokong lebih profesional
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 21st May 2024 - 12:39 PM