Profil
Foto Personal
Bintang
Pilihan
Pernyataan Personal
mencari keberkatan yang Maha-ESA
Maklumat Personal
♦محمد أفيق♦
Timbalan Pengurus
37 tahun
Lelaki
FKEKK
Lahir Okt-16-1987
Minat
Tiada Info
Statistik
Sertai: 28-November 08
Profil Dilihat: 268,540*
Kemunculan Terakhir: 2nd November 2013 - 10:30 AM
Masa: Nov 7 2024, 06:23 PM
2,582 kiriman (0 per hari)
Maklumat Perhubungan
Tiada Info
Tiada Info
Tiada Info
Tiada Info
* Paparan profil terkemaskini setiap jam
|
Topik
Kiriman
Komen
Kawan
setakat ini..
25 May 2013
Assalamualaikum semua.. sudah lame benar tak masuk cdn ni..
dari awal belajar sampai la dah nak habis... masih ade lagi ke kawan2 lame...?
29 Aug 2010
KUALA LUMPUR: Seorang wanita terpaksa dirawat di hospital sakit jiwa selepas mengalami tekanan perasaan melampau akibat ditipu bomoh nombor ekor sebanyak RM10,000.
Suami wanita berkenaan, Chiew Kok Hin, 47, berkata semua bermula apabila isterinya menerima risalah yang menyiarkan cara mengubah nasib individu akhir Jun lalu. Isterinya yang dikenali sebagai Tan, 44, taksub mempercayai cerita itu selepas membaca testimoni yang terkandung dalam risalah terbabit sebelum menelefon nombor tertera bagi mengetahui lebih lanjut bagaimana cara mengubah nasib keluarga kerana dia hanya bekerja sebagai pekerja kimpalan. “Seorang lelaki yang dikenali sebagai Ah Huat menjawab panggilan itu dan meminta isteri saya memasukkan wang RM7,282 untuk mendapatkan nombor ekor bertuah. “Isteri saya yang terlalu taksub memasukkan wang simpanan miliknya ke akaun yang diberi Ah Huat tanpa pengetahuan saya, awal Julai lalu, sebelum mendapat nombor ekor seperti dijanjikan, tetapi nombor berkenaan tidak mengena,” katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, semalam. Beliau berkata, isterinya tidak serik dengan kejadian itu dan sekali lagi cuba membabitkan diri dengan risalah lain pula. Menurutnya, isterinya yang kehabisan wang simpanannya meminjam daripada saudara-mara RM2,190 sebelum memasukkan ke dalam akaun seperti diminta lelaki yang dikenali sebagai Wan Chai melalui risalah diterimanya. “Saya masih tidak tahu kegiatan isteri sehingga saudara-mara bertanya kenapa Tan meminjam wang mereka. Saya terkejut sebelum mendapati isteri saya itu cuba mendapatkan nombor ekor yang dijanjikan mampu mengubah hidup. “Selepas itu, isteri saya kerap menerima panggilan Wan Cai yang meminta memasukkan wang sebelum mendapat nombor ekor yang dijanjikan. Lebih menghairankan, selagi wang tidak dibayar sepenuhnya, isteri saya hanya mendapat satu demi satu digit nombor sehingga digit ke empat jika bayaran dilunaskan,” katanya. Bagaimanapun, nombor yang diperoleh itu juga tidak mengena. “Akibat terlalu tertekan, isteri menghalau saya dari rumah dan berhajat mahu menjual kediaman kami bagi mendapatkan wang kerana kesempitan hidup,” katanya. Sementara itu, Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong berkata, sebanyak 17 kes membabitkan kes penipuan menggunakan risalah direkodkan pihaknya sejak 2007.
29 Aug 2010
KUALA LUMPUR: Walaupun menyedari penjualan mercun diharamkan, masih ramai peniaga berdegil, malah semakin ramai yang berani menjual barang larangan itu secara terbuka.
Tinjauan Harian Metro di beberapa kawasan sekitar Ampang mendapati kawasan tepi jalan di kawasan perumahan di sini, menjadi tumpuan peniaga terutama selepas waktu berbuka puasa. Peniaga yang hanya dikenali sebagai Eddy, 30, berkata dia sudah memohon lesen perniagaan daripada pihak berkuasa, namun sehingga kini belum diluluskan. Disebabkan ia barangan yang diharamkan, stok untuk mendapatkan bunga api dan mercun menjadi mahal menyebabkan dia menjual pada harga tinggi. “Saya tahu perniagaan bunga api diharamkan dan mustahil lesen permohonan saya akan diluluskan, tetapi saya tetap akan terus mencuba. “Bunga api dan mercun mendapat permintaan ramai setiap kali bulan puasa menyebabkan saya terus menjualnya,” katanya. Seorang lagi peniaga dikenali sebagai Bob, 28, berkata dia berniaga bunga api mengikut permintaan. “Selalunya mercun ‘thunderclap’, ‘das’ dan ‘katak’ menjadi pilihan kerana bunyi yang kuat mampu menarik perhatian tanpa perlu menambah apa-apa,” katanya.
29 Aug 2010
SERI ISKANDAR: Tiga kanak-kanak perempuan termasuk seorang yang baru berusia 11 tahun didakwa hamil angkara perbuatan tidak berhati perut bapa saudara sendiri yang mengambil kesempatan terhadap kesusahan keluarga mangsa manakala seorang lagi dirogol rakan sekolah sendiri selepas saling berbalas SMS lucah.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, kes sumbang mahram membabitkan mangsa berusia 11 tahun di Tanjung Blanja, dekat sini, berlaku enam bulan lalu, tetapi hanya disedari ibu mangsa baru-baru ini apabila mendapati anaknya hamil enam bulan sebelum membuat laporan polis pada 10 Ogos lalu. “Bapa saudara mangsa berusia 59 tahun dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa sejak enam bulan lalu, tetapi disedari ibu mangsa selepas mendapati perut anaknya makin membesar. “Kejadian berlaku ketika suspek membawa mangsa keluar bersiar-siar, tetapi mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa. “Selepas dua bulan melakukan perbuatan itu, suspek mengajak mangsa tinggal bersamanya dengan alasan menjaga mangsa kerana ibunya orang susah,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan pengusaha stesen minyak, kedai emas, institusi kewangan dan kilang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di sini, kelmarin. Beliau berkata, berikutan laporan itu, polis menahan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan. Menurutnya, kes kedua membabitkan pelajar perempuan sekolah menengah di Seri Iskandar berusia 15 tahun yang mendakwa dirogol rakan sekolah sendiri selepas saling berbalas SMS berunsur lucah antara satu sama lain. “Kejadian berlaku apabila mangsa keluar dari kelas dipercayai mahu memberikan wang kepada adiknya, suspek dikatakan menarik mangsa memasuki bilik utiliti lalu dirogol. “Mangsa membuat laporan polis menyebabkan suspek ditangkap pada hari sama,” katanya. Katanya, kes ketiga berlaku di Kampung Gajah membabitkan mangsa berusia 12 tahun yang dikatakan dirogolg lelaki berusia 23 tahun pada 15 Ogos lalu. “Mangsa yang belajar di sekolah di Teluk Intan tetapi tinggal di Kampung Gajah dikatakan berkenalan dengan suspek sebelum saling berhubung melalui SMS. “Ketika hari kejadian, suspek dikatakan membawa mangsa ke rumah sewanya di Changkat Lada sebelum dirogol dan suspek ditahan selepas mangsa membuat laporan polis pada keesokan hari,” katanya. |
Pelawat terakhir
Komen
Kawan
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 7th November 2024 - 06:23 PM |