Printable Version of Topic

Click here to view this topic in its original format

CAKAP.Net _ Cakap Dunia Automotif _ EVO X RM159,000, Honda ST1300 pula RM49,888

Posted by: ♦محم Jun 18 2009, 08:56 AM



KUALA LUMPUR - Kos sebenar bagi kereta peronda berprestasi tinggi Mitsubishi Evolution X (Manual) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharga RM159,000 seunit dan setiap satu dilengkapi aksesori tambahan bernilai RM8,000.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kos tambahan itu bagi menjadikan kenderaan itu sesuai dijadikan kereta peronda.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis terhadap soalan Lim Lip Eng (DAP - Segambut) yang ingin tahu kos bagi setiap daripada 25 buah kereta itu.

Jelas Hishammuddin, kos asal kenderaan berprestasi tinggi berkenaan ialah RM151,000 seunit dan perolehan itu dilaksanakan secara rundingan terus dengan Mitsubishi Motors Malaysia Sdn. Bhd.

Katanya, kerajaan juga telah membeli 400 buah motosikal peronda Honda ST1300 dengan harga RM49,888 sebuah.

Posted by: mat.g™ Jun 18 2009, 09:14 AM

EVO X berharga RM159,000 tu mmg betul sbb beli tanpa cukai yg belipat kali ganda.. kalau harga termasuk cukai jadi 300K++ kat Malaysia ni.

Posted by: ♦محم Jun 18 2009, 09:19 AM

kat tasik permaisuri aku dah jumpe dah kete ni..
polis dia tak macam berlagak plak.
pakai baju ala2 SWAT..
ronda2 kawasan lot kedai. buat ape entah..
dah penat turun minum teh tarik kat Kayu Nasi KAndar

Posted by: ganazz Jun 18 2009, 09:40 AM

ajak lumba ari minggu.... kalo dok main parkin je.... bila nak berasap!!!!

Posted by: ♦محم Jun 18 2009, 11:00 AM

hahaha...jaga kete la ganazz..kete cantik..boleh buat modal mengorat awek nurse..hehehe..

Posted by: ganazz Jun 18 2009, 12:06 PM

abis la sumer gi RONDA....

Posted by: ♦محم Jun 18 2009, 12:08 PM

dalam kete tu ade 4 org..2 org sudah la...nak ramai2 watpe..

Posted by: B@zSh™ Jun 18 2009, 12:13 PM

Sume nak rasa kereta baru ni
Nak beli sendiri kot2 x mampu
Hmm...lawa Evo X ni

Posted by: ♦محم Jun 18 2009, 12:17 PM

lawo la...kete lawo. yg duduk dalam kete kurang lawo..kurang molek..

kete polis tu nak buat ape sebenarnya..
dlm kl mane la leh laju...slow aje...moto pon boleh potong

Posted by: mat.g™ Jun 18 2009, 12:27 PM

QUOTE (♦محم @ Jun 18 2009, 12:17 PM) *
lawo la...kete lawo. yg duduk dalam kete kurang lawo..kurang molek..

kete polis tu nak buat ape sebenarnya..
dlm kl mane la leh laju...slow aje...moto pon boleh potong

PDRM target guna kete ni kat highway spt PLUS.. mana tak hanginnya sblm ni geng2 singapore masuk PLUS dgn super car turbo Impreza STI, Skyline GTR bawak sampai 200Kmh++,.. yg PDRM nak kejar guna Waja Campro/Perdana V6 jer mmg kena tapau makan asap jer manjang... jadi bila dah ada EVO X ni baru konfiden sikit nak cucuk kaki2 rembat tu.

Posted by: ♦محم Jun 18 2009, 12:28 PM

ooo..kira kete tu main line highways aje la...skudai-kl-bukit kayu hitam..

Posted by: eskep Jun 19 2009, 01:20 AM

Untung la geng2 polis, dapat bawak keta ni.

Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)