IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Masalah Keputihan Wanita
Aliahzakaria
kiriman Dec 1 2010, 09:49 PM
Kiriman #1


Percubaan


Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 8
Sertai: 1-December 10
Daripada: Kuantan
No. Ahli: 2,172



MASALAH KEPUTIHAN

SEKIRANYA ada perkara yang merumitkan wanita dari aspek kesihatan dirinya perkara itu ialah keputihan. Oleh kerana masalah keputihan itu ada kaitan dengan anggota kemaluan wanita maka ia tidak dikendalikan dengan terbuka dan wanita terus mengalaminya dan menderita dalam senyap.

Wanita perlu peka dengan gejala keputihan, mengenali dan dapat membezakan keputihan semula jadi daripada keputihan akibat jangkitan.

Wanita menghasilkan lelehan daripada faraj, keputihan semula jadi dalam pusingan haid, cuma lelahan itu kadangkalanya sedikit atau tiada langsung kepada lelehan yang banyak dan merunsingkan. Kuantiti lelehan itu dari 20 gram ke 150 gram sehari.

Lelehan semula jadi datangnya dari mukosa faraj, lelehan daripada pangkal rahim dan saluran fallopio dan dari pundi Bartholin dan pundi urethral sekiranya wanita itu terangsang.

Oleh kerana lelehan itu mengandungi sel mati, asid laktat dan zat galian atau mineral dan kuman semula jadi maka ia menjadi tempat penginapan kulat dan kuman yang wujud di kawasan itu (bahagian perineum, permukaan anggota kemaluan atau 'vulva' dan permukaan lubang najis atau 'anus' dan jika kontaminasi berlaku maka kulat dan kuman itu boleh membiak dalam faraj dan memberi tekanan kepadanya dan menyebabkan pengeluaran lelehan yang meningkat dan luar biasa.

Lelehan luar biasa yang dimaksudkan itu ialah cecair yang berwarna berbeza dengan lelehan semula jadi, seperti warna kekuningan (akibat jangkitan kuman dari lubang najis), kehijauan (akibat jangkitan kuman parasit Trikomonas), keputihan (akibat jangkitan kulat kandida atau yis dan mengeluarkan bau kurang menyenangkan seperti bau bangkai ikan (jangkitan Bacillus dari lubang najis), bau bangkai tikus (kuman parasit trikomonas) dan bau asam (jangkitan kulat yis atau kandida).

Mengikut kajian pakar kesihatan kelamin, didapati 99.9 peratus wanita menghidap penyakit keputihan akibat jangkitan kulat kandida kerana kulat ini wujud dari lubang najis dan lubang kencing dan jika wanita tidak peka dengan kebersihan kendiri, membersihkan kemaluan seperti mencuci najis dengan tangan menyapu air dari lubang najis ke kemaluan atau menggunakan tisu pelembap, dengan menyapu dari bawah (lubang najis) ke kemaluan.

Jangkitan juga boleh berlaku apabila kuman semula jadi dalam faraj yang menghasilkan asid laktat terbunuh dengan bahan pencuci yang dimasukkan ke dalam faraj (sebenarnya pencuci pembersih itu digunakan bagi membersihkan bahagian luar kemaluan).

Memakan antibiotik untuk jangka masa lama juga boleh membunuh kuman semula jadi dalam faraj dan mendedahkan faraj kepada jangkitan dari luar. Didapati juga wanita hamil dan berpenyakit kencing manis mudah dijangkiti kulat kandida. Apabila tahap keasidan wanita pulih, kulat itu tidak dapat membiak dan jangkitan akan reda!

Dari segi penjagaan kesihatan anggota kelamin, wanita digalakkan menggunting bulu roma di permukaan bibir besar berdekatan pembukaan 'interoitus' atau kawasan lubang kencing dan faraj. Pakai pakaian dalam yang selesa dan 100 peratus kapas dan pada waktu lelehan keluar banyak seperti pada peringkat kesuburan, pengeluaran lendir seperti hingus yang bertali, misalnya, pastikan memakai 'panty liner' dan pastikan bahan itu diganti dari semasa ke semasa dan bersihkan kemaluan dengan air biasa (jangan gunakan sabun kerana ia tidak sesuai, malah mengeringkan kulit kemaluan).

Pada waktu itu, elak memakai seluar ketat kerana kelembapan tadi boleh menyebabkan kulit mengalami radang dan mudah melecet atau kering.

Amalkan pemeriksaan kendiri 'vulva' atau anggota kelamin bahagian luar sekali sekala, lebih-lebih lagi jika wujud ketidakselesaan anggota kemaluan. Gunakan cermin tangan dan teliti kemaluan dengan menggunakan lampu terang.
Go to the top of the page
 
+Quote Post
sHäm
kiriman Jan 1 2011, 12:41 AM
Kiriman #2


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,147
Sertai: 7-November 08
Daripada: Utara
No. Ahli: 175



Petua yang bagus! icon_rolleyes.gif
Go to the top of the page
 
+Quote Post
dahlea
kiriman Dec 27 2011, 05:25 PM
Kiriman #3


Percubaan


Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 2
Sertai: 21-December 11
No. Ahli: 2,321



ai, encik sham pun ada masalah keputihan ke?


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 26th April 2024 - 06:08 PM