IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Closed TopicStart new topic
> Ekin Dedah Perangai Mawi
ijamidayu
kiriman Sep 13 2008, 10:19 PM
Kiriman #1


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 56
Sertai: 10-September 08
No. Ahli: 23




KUALA LUMPUR, 11 SEPT 2008: Memiliki lelaki bernama Aswani Ani atau Mawi sebagai kekasih mungkin impian ramai wanita Melayu. Namun, percayalah, tidak mudah sebenarnya bercinta dengan penyanyi lelaki paling popular ini.

Hal ini diakui teman wanitanya, Nora'Ashikin Rahmat atau Ekin , 29, sewaktu ditemui murai.com.my di sebuah studio muzik yang terletak di Bandar Sri Damansara, semalam.

Pernah orang bertanya Ekin, bagaimana dia boleh tahan bercinta dengan Mawi. Apa jawapan Ekin?

"Makan hati sebenarnya berkawan dengan Mawi ni. Sebab cara dia kasar. Bercakap pun kasar. Waktu mula-mula kenal dia dulu, saya sendiri pun terkejut dengan cara Mawi itu. Sebab saya sendiri tak biasa berdepan dengan sikap kasarnya itu. Selalu jugalah saya berbisik dalam hati, apa hal lah Mamat seorang ini. Tapi bila lama-lama kenal Mawi, dia sebenarnya OK dan saya juga sudah boleh terima cara dia.

"Sebab, di sebalik sikap luarannya yang nampak kasar dan kadang-kadang macam acuh tidak acuh itu, dia sebenarnya seorang yang sangat caring, suka mendengar masalah orang dan amat mengambil berat," kata Ekin.


Ekin turut akui Mawi bukanlah seorang lelaki yang romantik.

"Bila melihat kembar saya, Aain, keluar candlelight dinner dengan teman lelakinya, kadangkala terdetik juga di hati saya, kenapalah Mawi tak macam itu. Tapi hendak buat macam mana, dah memang sikap semulajadi dia dah macam tu. Lebih baiklah Mawi kekal macam tu. Nanti kalau dia tiba-tiba jadi romantik, saya pulak yang geli!

"Tapi Mawi pernah tanya dengan saya, adakah saya rasa selesa dengan cara dia. Mungkin dia tak mahu saya terasa. Tapi, saya kata OK sebab sudah boleh terima cara dia tu.


"Ada masanya Mawi suka buat kejutan dan kejutan paling manis bagi saya ialah apabila dia mengumumkan bahawa saya adalah teman wanitanya sewaktu majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian dulu," kata Ekin.

Bagaimana pula perasaannya apabila berjaya mencuri hati lelaki yang menjadi pujaan ramai? Ekin menjawab, dia sebenarnya menerima Mawi lebih sebagai Asmawi Ani dan bukannya 'Mawi World. Lagipun sejak dulu, dia bukanlah peminat setia Akademi Fantasia (AF).

"Tapi saya cukup suka dengan sikap Mawi kerana dia sentiasa mengajar saya supaya sentiasa merendah diri dalam apa jua keadaan pun," katanya.

Ekin secara kebetulan berada di studio awal pagi itu kerana menemani Mawi yang sibuk menyiapkan rakaman lagu terbarunya, Allah Habeebi ciptaan Farihin Abd Fatah dan Yasin Sulaiman. Ia bakal dimuatkan dalam album qasidah keduanya tidak lama lagi.

Menyambung perbualan, Ekin berkata, dia memahami kedudukan Mawi yang sibuk 24 jam tetapi yang lucu, kalau keluar bersiar-siar, mereka terpaksa ditemani bodyguard.

"Nak keluar pun kena kena ada bodyguard. Sebab, kalau Mawi kena serbu dengan peminat, saya tak tahu macam mana nak handle. Lagipun Mawi bukannya tahu sangat jalan-jalan di KL. Jadi kenalah ada orang yang pandukan kereta.

"Kalau ikutkan, pasangan bercinta memang suka keluar berdua saja tapi, saya rasa lebih eloklah kami sentiasa ditemani orang lain. Setidak-tidaknya, tidak akan timbul fitnah yang bukan-bukan nanti," kata Ekin.

Bercakap mengenai fitnah serta kata cacian peminat Mawi terhadapnya, Ekin berkata, adakalanya hatinya memang terguris apabila membacanya.

"Tipulah kalau saya cakap saya tidak terasa apa-apa lebih-lebih lagi kalau perkara itu tidak benar. Perasaan keluarga kita pun kenalah dijaga. Sampai sekarang, masih ada yang kutuk dan tuduh saya macam-macam. Ada kata, saya hanya berlakon pakai tudung. Ada satu kes, mereka nampak Aain tak bertudung di Pulau Kapas dan mereka cakap itu adalah saya.

"Mula-mula dulu, Mawi sendiri keliru juga apabila membaca gosip-gosip begini. Tapi sekarang dia nampaknya sudah faham," katanya.

Bila tarikh sebenar perkahwinan?

Sebagai wanita, Ekin berkata, dia tidak dapat menjelaskan perkara ini dengan lebih lanjut.

"Segala-galanya berada di tangan Mawi. Tunggu sajalah pengumuman daripada Mawi sendiri nanti. Lagipun dia sudah cakap dia akan umumkan lepas raya nanti. Bukan saya sengaja hendak berahsia, tapi saya sendiri memang tidak pasti bila. Kami tidak pernah berbincang dengan mendalam dan kami juga masih belum pilih tarikhnya lagi.

"Yalah, nak bincang dan pilih macam mana, sebab Mawi selalu sibuk dengan kerjanya. Tapi, dia sudah minta cuti daripada Maestro. Sekarang hanya tunggu kelulusan daripada Maestro untuk block mana-mana tarikh yang kosong.

"Sebab itulah, Mawi pun tak dapat nak beritahu tarikh perkahwinan kami buat masa ini. Dia bimbang tarikh itu akan bertindih dengan beberapa projek yang sudah diaturkan oleh Maestro nanti," kata Ekin


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
richzuan
kiriman Sep 14 2008, 11:40 AM
Kiriman #2


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 31
Sertai: 14-September 08
Daripada: Seremban
No. Ahli: 36



ohoho..macam itu rupanya alkisah abang mawi kita nie ya..tak ape lah ya ekin..
kau sabar je la..haha..bukan ape ,sesiapa yang dapat mawi nie aku rase hidup mereka mesti terjamin ..
dan aku pasti mawi bukanlah jenis yang suka bercerai-berai ni..dia akan fikir masak-masak dulu kalau tak silap aku..
dia ni dah la seorang yang murah rezeki..mungkin sebab tahi lalat dia kot tongue.gif
jangan marah ya mawi , sekadar komen ikhlas dari aku seorang manusia biasa
kita semua sama saja sebenarnya.. smile.gif
Go to the top of the page
 
+Quote Post
wanmus
kiriman Sep 14 2008, 12:33 PM
Kiriman #3


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 394
Sertai: 8-September 08
Daripada: Johor dan terengganu
No. Ahli: 16



hohohoho..nampak cara dia bercakap dan berjalan pun dah tahu dia kasar..tapi tulah perempuan ciptaan Allah..kalau dah suka dan sayang, baik buruk pasangan semua boleh diterima seadanya. tapi tulah, semua pompuan nak di layan lembut dan manja..kalau dah orang glamor macam mawi ni, memanglah tak sempat semua tu..jadi, sebelum pilih atau cari pasangan, carilah yang sepadan dengan kita semoga berbahagia selamanya..Insyallah


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
perang_merah
kiriman Sep 20 2008, 04:38 PM
Kiriman #4


Percubaan


Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 5
Sertai: 20-September 08
No. Ahli: 76



ala..sbb mawi masyuk...
kalo xmasyuk...
dah lama ekin tu cari lain..
sayang pada duitmu..bukan dirimu...
ahaks....
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Sep 23 2008, 01:15 AM
Kiriman #5


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



Haha. Aku sokong ko parang. ala si ekin 2, berlakon je pandai... pakai tudung bukan sbb dapat rahmat ntah2 mimpi nak dpt harta mawi... klu pkai tudung jgnlah pakai baju sendat mendat ekin oiiiii. Ops. Cuma pandagan 1000 sen wink.gif

siapa saje pilihan mawi walaupun saya atau aku bukan peminatnya.. setiap org ada pilihannya masing2 so kita mesti doakan. Yg baik kita doa kan...yang buruk jadi kan sempadan. Okeh.

Jodoh pertemuan di tangan tuhan.. Aku takkleh komen banyak sgt.Aku pun bukannye minat pun ngan dak mawi n ikin nie... dah jodoh... nak uat macam ane??? tongue.gif


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Sep 23 2008, 01:22 AM
Kiriman #6


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



QUOTE (wanmus @ Sep 14 2008, 12:33 PM) *
hohohoho..nampak cara dia bercakap dan berjalan pun dah tahu dia kasar..tapi tulah perempuan ciptaan Allah..kalau dah suka dan sayang, baik buruk pasangan semua boleh diterima seadanya. tapi tulah, semua pompuan nak di layan lembut dan manja..kalau dah orang glamor macam mawi ni, memanglah tak sempat semua tu..jadi, sebelum pilih atau cari pasangan, carilah yang sepadan dengan kita semoga berbahagia selamanya..Insyallah


Kata2 orang tua2 la. Enggang sama enggang baru boleh terbang sama2. Pipit sama pipit baru boleh berkepit sama2. Skrng aku tak pakai dah kata tu,terpulang pada masing. Bagi aku sama je, Semua dari hati. Hati mau jujur,baru ada urm laugh.gif

P:S mawi!! ko 2 berlagak jer byk... ptt pun nak ptskan ina dulu.Aku rasa ina tu dah terbaik bagi ko,dah lama ko, memang dah tak berkenan dgn org lain.. da kaya, trus lupakan ina.. artist? biasa la 2.. alasan xda jodoh.. time mengurat bukan main lagi.. 1 malaysia tau.. brta sana sini... last2 xkemana... klu kawen 2 nanti, blm pasti gak bertahan..

Cuma pandagan 10,000 cent aku cool.gif


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Raja Kayangan
kiriman Nov 12 2008, 09:29 AM
Kiriman #7


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 48
Sertai: 12-November 08
No. Ahli: 220



Personally, aku cam ragu2 ngan KEJUJURAN bakal isteri Mawi ni, tp sape la kite utk menilai...JUST WAIT N SEE.... tongue.gif tongue.gif
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Closed TopicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 17th April 2024 - 04:01 AM