Printable Version of Topic

Click here to view this topic in its original format

CAKAP.Net _ Cakap Pelancongan & Percutian _ Camping di Berkelah

Posted by: hexagold Sep 20 2008, 11:20 AM

Assalammualaikum,

Ada sesiapa tak yang suka camping?. Saya adalah pencinta camping semasa bujang dahulu. Berbanding pergi melancong ke tempat-tempat percutian, saya lebih suka pergi bercamping dengan rakan-rakan sepejabat di air terjun sambil melakukan aktiviti seperti abseiling dan sebagainya. Paling last saya pergi camping adalah ke Berkelah di Pahang, sikit lagi nak sampai ke kuantan.

Pengalaman mendaki air terjun sambil membuat abseiling adalah pengalaman paling menarik. Duduk di dalam khemah sambil menghirup kopi panas sementara hujan lebat di luar khemah, menginsafkan saya mengenai keperitan orang yang tidak mempuyai rumah.


Posted by: taukey Sep 25 2008, 07:36 PM

camping pernah aku join masa kat Universiti. Kita orang ada kokurikulum. mendaki gunung santubong. semalam tidur. siap bergilir gilir menjadi security waktu malam. aku tidur jer terus. pastu esok pagi jam 6 pagi terus naik. perghh punya la letih. tapi seronok jugakla. tak sangka dapat naik gunung tu walaupun tak setinggi gunung kinabalu. hehehe. tapi letih. 3 jam baru aku dapat naik ke atas

Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)