Wakil rakyat BN Sarawak diminta tunai segala janji, UtusanOnline |
Wakil rakyat BN Sarawak diminta tunai segala janji, UtusanOnline |
Jun 18 2009, 12:33 PM
Kiriman
#1
|
|
Timbalan Pengurus Kumpulan: Moderator Kiriman: 2,582 Sertai: 28-November 08 Daripada: FKEKK No. Ahli: 373 |
18/06/2009 12:15pm
KUCHING 18 Jun — Semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Sarawak telah diingatkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memenuhi segala janji kepada rakyat sejajar dengan konsep "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang diilhamkan oleh beliau. Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Tan Sri Dr. George Chan berkata, dalam pertemuan satu jam dengan pemimpin-pemimpin dan wakil rakyat BN Sarawak di sini hari ini, Perdana Menteri juga memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat di negeri ini. “Pesanan utama beliau ialah agar kita turun padang menemui rakyat kerana kerajaan BN adalah sebuah kerajaan untuk rakyat,” kata Chan kepada pemberita selepas pertemuan itu yang turut dihadiri Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Pengerusi BN Sarawak dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Sarawak, Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak, Datuk William Mawan dan Presiden Parti Rakyat Sarawak, Datuk Seri Dr. James Masing. - Bernama |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 26th September 2024 - 10:30 PM |