Printable Version of Topic

Click here to view this topic in its original format

CAKAP.Net _ Cakap Resepi & Masakan _ Nasi Goreng Cina Bujang

Posted by: wanmus Sep 9 2008, 01:34 PM

Hmmm..sedap pulak berserita bab masak-masak di bulan puasa..hehe..ok ni nak kongsi cara masak nasi goreng cina bujang..bukan untuk cina bujang jer tapi untuk orang bujang (tak bujang pun boleh test try)


Bahan-bahan:
2 pinggan nasi putih
1 cawan udang basah [buang kulitnya]
1 cawan isi ayam [direbus dan disiat]
1 cawan kacang peas
4 biji telur (dipukul)
5 biji cili merah [ditumbuk]
5 ulas bawang [merah]
1 pokok daun bawang [dihiris]
Garam secukup rasa


Cara memasak:
Panaskan minyak dan tumiskan cili (pastikan cili masak terlebih dahulu). Kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas. Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau. Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang. Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan. Semasa menghidang, taburkan daun bawang kalau nak lagi sedap.

p/s: udang kalau tak nak letak boleh jugak, tapi xder 'kick'lah kalau nasi goreng cina tak de udang.. smile.gif Selamat mencuba

Posted by: webzomAttack Sep 19 2008, 12:40 PM

rolleyes.gif Nasi goreng memang masakan kegemaran aku. Dari dulu sampai sekarang. Kalau kena yg enak. Menambah sampai tak muat perut. Thanks for sharing bro. Bro dah pernah cuba ke resepi ni ? Hehe.

Posted by: taukey Sep 19 2008, 03:46 PM

hehehee. kalau nasi goreng biasa tu pandai la jugak. kalau dah masuk bab sayur dalam nasi goreng tu mmg hampeh la. dulu ada handal sikit utk letak garam dan sebagainya. sekarang ada yang dimasak masin la dan macam macam. tapi aku mmg suka masak nasi goreng. ni resepi bari kot dan hanya utk orang bujang

Posted by: B@zSh Sep 20 2008, 12:45 AM

Bro...resepi kat atas tu untuk berapa orang makan? 2-3?
Telur sampai 4 bijik...huhu tongue.gif

Posted by: wanmus Sep 20 2008, 03:53 AM

cuba korang tgk nasi berapa banyak..kalau 2 pinggan nasi tu biasanya untuk 3-4 oranglah..sebab kalau korang gi kat restoran atau kedai2 mamak, n mintak nasi goreng cina, mesti nasi dia putih kekuningan kan? tu sebab banyak telur digunakan..kalau korang kureng makan telur, korang boleh kurangkan..yang penting kene n ngam ngan selera korang..cuba jangan x cuba..heheh..kalau malas sangat, korang masak pakai perencah jer..kan sekarang banyak perencah segera

Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)