Printable Version of Topic

Click here to view this topic in its original format

CAKAP.Net _ Cakap Isu Semasa _ Kepala pengacara wanita terkena bola

Posted by: ♦محم Aug 28 2010, 05:00 PM



BERLIN - Seorang pengacara sukan sebuah stesen televisyen di Jerman, Jessica Kastrop menjadi sensasi apabila imej kepalanya terkena bola disiarkan di YouTube, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian berlaku ketika dia sedang menemuramah seorang pemain sebelum perlawanan antara kelab bola sepak Mainz dengan Stuttgart di tepi padang.

Pada waktu sama, bola tendangan bekas bintang kelab bola sepak Chelsea, Khalid Boulahrouz semasa sesi memanaskan badan tersasar menyebabkan ia terkena kepala pengacara wanita itu.

Kaki pengacara wanita itu bengkok semasa dia cuba mengelak terjatuh manakala sebelah tangannya memegang meja temu ramah bagi mengelak kepalanya tersembam.

Imej itu disiarkan pada Selasa lalu tetapi Kastrop berkata: "Saya berada dalam keadaan baik. Khalid berlari ke arah saya dan meminta maaf." - Agensi

Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)