Printable Version of Topic

Click here to view this topic in its original format

CAKAP.Net _ Cakap Pelancongan & Percutian _ Pulau Perhentian punyai pantai antara tercantik di Malaysia

Posted by: wanmus Sep 10 2008, 11:04 PM

Salam sahabat semua..berfikir untuk bercuti dan berehat jauh dari kesibukan kota dan kebisingan leteran boss anda smile.gif ?..jom bercuti ke Pulau Perhentian, Besut, Terengganu yang mana merupakan antara pulau tercantik di pantai timur. Pantai yang putih bersih mengangkat pulau ini sebagai pulau yang punyai pantai antara tercantik di Malaysia yang jauh dari pencemaran. Cantik sangat2. Air pun jernih tak yah nak cakap, nampak ikan bermain di dalam air. Pulau perhentian terbahagi kepada dua iaitu Perhentian Kecil dan Perhentian Besar.Kalau nak pergi, anda boleh mengambil bos laju atau bot pelancong di Jeti Kuala Besut, Besut. Best..Jom tinjau gambar2 sekitar pulau perhentian di bawah. Kalau nak info lebih lanjut, lawati http://www.pulauperhentian.com.my












Posted by: bluzz Sep 11 2008, 09:05 PM

Nampak gambar macam cantik je berapa harga rezort satu malam ye..?

Posted by: wanmus Sep 11 2008, 09:51 PM

QUOTE (bluzz @ Sep 11 2008, 09:05 PM) *
Nampak gambar macam cantik je berapa harga rezort satu malam ye..?


kalau nak pergi, aku syorkan perhentian island resort supaya anda betul2 puas hati..superior hill view RM275, deluxe garden view RM350 dan semi suit beach front RM420. semua harga nett per malam. tapi ni harga ejen. kalau nak harga murah, baik call sendiri chalet atau hotel yang sediakan pakej tu. macam2 chalet dan resort ada kat perhentian, gerenti puas hati. ni kat bawah, ada lampirkan sekali senarai chalet dan resort kat pulau perhentian, boleh search kat google atau yellow pages untuk dapatkan info mengenai perkhidmatan mereka.


Posted by: Razif Sep 12 2008, 02:42 AM

Antara Mitos Di Pulau Perhentian,

Risau gak aku dengar... rolleyes.gif

Pada zaman dahulu, di Pulau Perhentian tinggal seekor naga yang sangat besar. Naga itu dikenali dengan panggilan Naga Pulau Berjuang. Ia tinggal di satu tempat yang sekarang ini dikenali dengan Tanjung Basi, Pulau Perhentian Besar. Pada satu ketika, Naga Pulau Berjuang turun ke laut kerana berjuang menentang seekor naga lain yang cuba mengganas dan menenggelamkan Pulau Perhentian. Tempat naga itu turun meninggalkan kesan di atas bukit Pulau Perhentian. Jalan yang dilalui oleh naga itu sekarang ini dikenali dengan nama Jalan Naga. Satu perkara lagi yang menarik di Pulau Perhentian ialah tentang ular yang ada di atas pulau ini. Tidak ada ular bisa tinggal di atas pulau ini. Semua ular yang tinggal di pulau ini tidak mempunyai bisa. Dari apa yang diperkatakan, yang ada di atas pulau ini hanyalah ular sawa sahaja. Mengikut cerita, ular bisa tidak boleh tinggal di atas pulau ini kerana terdapatnya keladi lekir dan akar cina putih yang mujarab sebagai penawar bisa ular. Walau ular itu bisa semacam manapun, ianya akan menjadi tawar kerana adanya dua jenis tumbuhan itu. Oleh kerana itulah, semua ular bisa tidak berani tinggal di atas Pulau Perhentian. Akar cina putih mendapat nama kerana, ianya digunakan oleh kelasi-kelasi kapal dagang Cina untuk membuat tali sauh dan tali kapal. Akar cina putih ini adalah sejenis tumbuhan yang menjalar dan kukuh sebagai tali. Oleh kerana ianya sering digunakan oleh tongkang-tongkang dan kapal-kapal dagang cina, lalu ianya diberi nama sebagai akar cina putih. Sebagaimana yang telah diceritakan, Pulau Perhentian memang bebas dari ular yang berbisa. Apa yang dimaksudkan di sini ialah di atas pulau itu. Mengikut cerita, memang tidak ada ular bisa di atas pulau itu melainkan ular laut saja. Cuma yang ada sejenis ular sahaja iaitu ular sawa.

Kuatkan la diri... Sekarang dah moden....

Posted by: richzuan Sep 14 2008, 12:01 PM

waaa...pulau perhentian ada sejarah rupanya..agak menarik..bolehlah kita ramai-ramai
pergi ke bukit dekat pulau perhentian tu..nak tengok ada ke tak tapak naga yang dimaksudkan smile.gif
kalau tidak ada tak mengapa lah kan..saja kita nak ronda-ronda pulau perhentian yang GEBU dengan pantai
serta lautnya..aku baru sekali saja pergi ke pulau perhentian..rasa macam nak pergi lagi je tahun ni..
jom la kita ramai-ramai warga forum cakap-cakap pergi sama-sama..
ada berani?

Posted by: wanmus Sep 14 2008, 01:41 PM

waa..rizchuan dah pernah pergi Pulau Perhentian ni.so, ceritalah sikit pengalaman bercuti kat sana..tentu best kan? aku dah 3 kali pergi kalau x silaplah..sebab aku memang orang Besut tapi bukan orang pulaulah..hehehe..mungkin sebab dah biasa sangat gi pulau ni, dah xtau nak wat ape lagi kalau gi pulau..tapi ada beberapa aktiviti kalau korang gi pulau, jangan terlepas..first, of courselah mandi laut atau snorkeling. Yang kedua barbeque tepi pantai waktu malam..dan last, pergi memancing kat laut..kalau dapat follow nelayan pergi ke laut pun lagi best..yang ikut nelayan ke laut, aku pernah dua kali..seronok tu tuhan je lah tahu..lagi2 kalau tak unjang ikan..letak jer, terus angkat..

Posted by: abdfatah Sep 20 2008, 04:22 PM

QUOTE (wanmus @ Sep 14 2008, 01:41 PM) *
waa..rizchuan dah pernah pergi Pulau Perhentian ni.so, ceritalah sikit pengalaman bercuti kat sana..tentu best kan? aku dah 3 kali pergi kalau x silaplah..sebab aku memang orang Besut tapi bukan orang pulaulah..hehehe..mungkin sebab dah biasa sangat gi pulau ni, dah xtau nak wat ape lagi kalau gi pulau..tapi ada beberapa aktiviti kalau korang gi pulau, jangan terlepas..first, of courselah mandi laut atau snorkeling. Yang kedua barbeque tepi pantai waktu malam..dan last, pergi memancing kat laut..kalau dapat follow nelayan pergi ke laut pun lagi best..yang ikut nelayan ke laut, aku pernah dua kali..seronok tu tuhan je lah tahu..lagi2 kalau tak unjang ikan..letak jer, terus angkat..


wahahaaa... keseronokan tidak terhingga dan tak terkata... sebb bleh merasai sendiri bagaimana menangkap ikan dan kemudian berbaque dengan hasil tangkapan sendiri. pengalaman yang cukup menarik sekali... dah tentunya akan pergi berulang kali untuk merasai bagaimana untuk menangkap ikan dengan hasil usaha sendiri bersama nelayan nelayan tersebut... tangkap jangan tak tangkap dengan gembiranya. boleh laa release tension dari kesibukan kota....

jom kita pergi bercuti ke pulau.....

Posted by: wanmus Sep 20 2008, 05:36 PM

QUOTE (abdfatah @ Sep 20 2008, 04:22 PM) *
wahahaaa... keseronokan tidak terhingga dan tak terkata... sebb bleh merasai sendiri bagaimana menangkap ikan dan kemudian berbaque dengan hasil tangkapan sendiri. pengalaman yang cukup menarik sekali... dah tentunya akan pergi berulang kali untuk merasai bagaimana untuk menangkap ikan dengan hasil usaha sendiri bersama nelayan nelayan tersebut... tangkap jangan tak tangkap dengan gembiranya. boleh laa release tension dari kesibukan kota....

jom kita pergi bercuti ke pulau.....


yup..kalau dapat lagi, konfirm aku nak pergi..tapi satu rahsia jer aku ni..hehehe..sebenarnya aku takut air dalam..hhehe..aku memang x boleh snorkeling lama2..xtaulah nape..tapi serius, aku macam rasa x selamat jer..hehhe..arituh gi family day kt pulau redang n ada snorkeling..aku dah risau tapi sebab nak dapat pengalaman, aku pergilah jugak..nah..orang lain boleh gi jauh2 dari bot dan aku x jauh pun..hehehhe

Posted by: hexagold Sep 23 2008, 11:26 PM

QUOTE (wanmus @ Sep 10 2008, 11:04 PM) *
Salam sahabat semua..berfikir untuk bercuti dan berehat jauh dari kesibukan kota dan kebisingan leteran boss anda smile.gif ?..jom bercuti ke Pulau Perhentian, Besut, Terengganu yang mana merupakan antara pulau tercantik di pantai timur. Pantai yang putih bersih mengangkat pulau ini sebagai pulau yang punyai pantai antara tercantik di Malaysia yang jauh dari pencemaran. Cantik sangat2. Air pun jernih tak yah nak cakap, nampak ikan bermain di dalam air. Pulau perhentian terbahagi kepada dua iaitu Perhentian Kecil dan Perhentian Besar.Kalau nak pergi, anda boleh mengambil bos laju atau bot pelancong di Jeti Kuala Besut, Besut. Best..Jom tinjau gambar2 sekitar pulau perhentian di bawah. Kalau nak info lebih lanjut, lawati http://www.pulauperhentian.com.my











ni lawa nih tempatnya. Apa nama rsort dalam gambar nih, nanti kalau anak aku dah besar boleh la bawak gi pulau plak, sekarang ni kecik lagi.

Posted by: wanmus Sep 24 2008, 03:26 AM

QUOTE (hexagold @ Sep 23 2008, 11:26 PM) *
ni lawa nih tempatnya. Apa nama rsort dalam gambar nih, nanti kalau anak aku dah besar boleh la bawak gi pulau plak, sekarang ni kecik lagi.


hexagold, gambar ni aku amik dari gabungan resort2 kat Pulau Perhentian..lawa sangat..kalau nak lagi best, tunggu air surut waktu malam..perghh memang surut betul2 surut..dan biasanya air kat pulau perhentian ni pasang waktu pagi..dan waktu paling syok mandi pukul 11 tengahri dan petang lepas asar..hohoho..best giler mandi..ngan air jernih dan sejuknya, fuuhh..satu jer nak ingatkan..kalau nak pergi Pulau Perhentian, jangan cari hari cuti sekolah sebab biasanya akan penuh dan kalau amik chalet murah, mungkin tidak cukup air bersih untuk mandi atau bilas. tapi kalau yang standard tu, oklah..semua tu sedang dinaiktarafkan sekarang..mungkin di masa depan dah tak ada masalah ni

Posted by: wanmus Sep 24 2008, 03:50 AM

ok..ni pulak gambar time ayah aku gi pulau perhentian arituh..ade keje kot..aku jumpe gambar2 ni dalam kamera dia..so aku nak sharelah ngan korang betapa cantiknya Pulau Perhentian yang dikatakan mempunyai pantai antara tercantik kat Malaysia ni..resort mane dalam gambar ni aku tak pasti lah pulak..mungkin korang boleh survey kat internet kot..ni sekadar nak share gambar korang nak bagitau yang ruginya kalau korang tak gi sini..hehhe..lagi2 yang sibuk 24jam ngan keje tuh..jom bercuti











Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)