IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

2 Mukasurat V  < 1 2  
Reply to this topicStart new topic
> Belajar Pelaburan Emas (SpotGold & Public Gold)
Moderator2
kiriman May 20 2015, 04:27 PM
Kiriman #21


Eksekutif
***

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 820
Sertai: 2-October 14
No. Ahli: 2,529



BANGI, April 2013 – Malaysia boleh di anggap sebagai sebuah negara yang tidak dibebani dengan masalah inflasi yang ketara, walaupun pernah dilanda inflasi tinggi ekoran krisis matawang Asia pada tahun 1997 dan 1998.

Prof Dr Mansor Jusoh dari Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata Malaysia secara purata mengalami kadar inflasi 3.75 peratus setahun antara 1973 hingga kini, walaupun pernah mencapai kadar tertinggi sehingga 23.9 peratus pada Mac 1974 dan terendah 2.4 peratus pada Julai 2009.

Beliau berkata demikian di Perbincangan Meja Bulat mengenai “Inflasi dan Kesannya Terhadap Dana Simpanan” di sini hari ini. Perbincangan itu dianjurkan FEP.

Dua anggota panel lagi adalah Prof Dr Ahamed Kameel Mydin Meera dari Fakulti Sains Ekonomi and Pengurusan, Jabatan Kewangan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Juzaili bin Lup, Penganalisa Penyelidikan Kanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Prof Madya Dr Sani Ahmad, Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM bertindak sebagai moderator.

Prof Mansor berkata apabila inflasi berlaku jumlah barangan yang boleh dibeli dengan wang yang sama akan berkurangan.

Inflasi adalah suatu fenomena yang biasa dihadapi sesebuah ekonomi yang sedang berkembang. Bagaimana pun inflasi tinggi dianggap sebagai sesuatu yang negatif dan perlu dielak.

Antara matlamat utama dasar kewangan sesebuah negara adalah untuk mengawal inflasi dan menjamin kestabilan harga. Contohnya, mensasarkan inflasi dalam melaksanakan dasar kewangan. Itulah pendekatan yang diambil oleh negara-negara Eropah.

“Kesan inflasi tidak sama kerana terdapat juga golongan yang mendapat manfaat daripadanya misalnya peniaga tetapi rata-rata lebih banyak pihak yang akan mendapat kesan negatif, terutama apabila kadar inflasi melambung tinggi dan meluap,” kata Prof Mansor.

Beliau menerangkan bahawa inflasi hiper boleh menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan kepada wang dan boleh mencetuskan kembali sistem barter (pertukaran barang).

Kiranya inflasi hiper berterusan matawang asing boleh mengambil alih matawang tempatan sebagaimana berlaku di Argentina dan boleh membawa kepada ekonomi menjadi lumpuh. Inflasi yang tak dijangkakan boleh pula menjejaskan keputusan pelaburan dan mengakibatkan penurunan pengeluaran barang buatan dari kilang.

Beliau menerangkan bahawa semasa inflasi, nilai benar dana akan merosot. Contohnya dana RM1 juta akan mengalami kemerosotan nilai benar sebanyak 5% dalam setahun jika kadar inflasi tahunan adalah 5%.

Tindakan rasional pelabur adalah mewujudkan fortfolio aset pelbagai terdiri daripada wang seperti deposit tetap di bank, aset kewangan seperti bil perbendaharaan, saham, bon atau atau aset benar seperti hartanah dan emas. Bagaimanapun aset demikian itu juga boleh dipengaruhi inflasi baik dari segi harga mahupun kadar pulangan.

“Tetapi, oleh kerana setiap aset terdedah kepada risiko yang berbeza ekoran ketidakpastian inflasi, perubahan harga dan kadar pulangan akan berbeda-beda mengikut jenis aset,” kata Dr Masor.

Beliau juga menerangkan bahawa semasa inflasi yang meluap, nilai aset seperti hartanah dan emas cenderung untuk meningkat. Ini adalah disebabkan orang ramai menganggap aset seperti emas adalah pelindung nilai yang baik.

Dr. Mansor berkata kecenderungan untuk memilih aset yang bersifat jangka pendek dan aset lindung nilai seperti emas mungkin baik untuk fortfolio pemegang dana. Bagaimanapun, pilihan itu kurang baik untuk ekonomi secara keseluruhan. Tindakan ini boleh menjejaskan penyaluran dana untuk pelaburan fizikal yang lebih produktif.

Prof Madya Dr Ahamed pula telah membincangkan persoalan “Ekonomi Dunia 2012/13 dan Emas”. Dalam keadaan global semasa dengan ekonomi Amerika Syarikat (AS) masih belum pulih di tokok krisis hutang Eropah boleh membawa kepada kemungkinan berlakunya inflasi Global hingga membenam harga hartanah dan membawa kepada kesan limpahannya.

Akibatnya ia boleh memberi kesan domino yang akan berterusan dengan kemungkinan berlakunya peperangan di Timur Tengah yang boleh bertukar menjadi peperangan global.

Dr Ahamed berkata ancaman segera adalah hyperinflation global, kemelesetan ekonomi global, pengangguran, pertelingkahan dan peperangan antara negara. Semua itu boleh membawa kepada penurunan nilai dolar, euro dan kemelesetan ekonomi dunia yang mendadak.

Ekonomi dunia kini yang bergantung kepada Fiat Money, wang yang dicetak tanpa sokongan, akan meleset sebagaimana juga nilainya juga berkurangan. Keadaan demikian mungkin memaksa dunia mengambil jalan keluar dengan menggunakan emas dan perak kembali sebagai mata wang.

Bagaimana pun dengan pengeluaran emas yang terhad ditambah pembelian oleh bank-bank pusat dan permintaan semakin meningkat dari India dan China, dua pengguna terbesar emas, ia berpotensi memacu harganya meningkat sehingga AS$5,000 satu oz.

Laporan Standard Chartered sehingga Jun 2011 meramalkan emas dan perak akan menjadi aset pilihan dalam keadan huru-hara, peperangan dan pergolakan. Kedua-dua logam berharga ini sememangnya telah pun digunakan sebagai matawang dalam sejarah dunia.

Beliau menyorot kepada ramalan pemenang Hadiah Nobel untuk Ekonomi tahun 1999, Robert Alexander Mundell bahawa emas akan muncul kembali dalam sistem kewangan antarabangsa pada abad ke-21. Nampaknya ramalan itu tidak salah kerana berkemungkinan emas kembali digunakan sebagai standard wang dalam tahun ini, kata Dr Ahamed.




--------------------
KLFX.blogspot.MY - Kelas Saham / Forex / FCPO - RM69
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Moderator2
kiriman Jul 29 2015, 04:40 PM
Kiriman #22


Eksekutif
***

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 820
Sertai: 2-October 14
No. Ahli: 2,529



Untuk pengetahuan anda, kesemua emas LBMA dan perak LBMA Public Gold dikeluarkan oleh Nadir Metal Refinery.
Saya ingin berkongsi maklumat dengan anda tentang latar belakang Nadir Metal Refinery.
================
Pengasas dan Pemilik
================
Pengasas dan pemilik Nadir Metal Refinery bernama Nadir Tütüncü.
Beliau seorang usahawan Islam di Turki.
Beliau memulakan perniagaan scrap gold sejak tahun 1967. Pada tahun 1993 beliau menubuhkan Nadir Metal Refinery San. Tic. Ltd. Sti.
Gambar: Nadir Tutuncu – Pengasas Nadir Metal


==================
Maksud perkataan Nadir
==================

Nadir bermaksud = Precious & Rare (in Arabic word)
Bahasa Melayu = Berharga dan jarang dijumpai
Pada tahun 1999, beliau menandatangani perjanjian usaha sama dengan Degussa Jerman, sebuah syarikat perdagangan emas dari Jerman dan mewujudkan syarikat kerjasama bernama Nadir-Allgemeine.
Pada tahun 2001, Nadir Tütüncü membeli semua pegangan di dalam syarikat Nadir-Allgemeine dan meneruskan operasi dengan nama Nadir Metal Refinery San. Tic. Ltd. Sti


--------------------
KLFX.blogspot.MY - Kelas Saham / Forex / FCPO - RM69
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Moderator2
kiriman Sep 10 2015, 04:43 PM
Kiriman #23


Eksekutif
***

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 820
Sertai: 2-October 14
No. Ahli: 2,529



27 Istilah Terkini Dunia Emas Malaysia

salam hormat , dalam dunia emas malaysia hari ini berikut adalah istilah-istilah terkini dan tersohor yang kerap digunakan di kalangan trader-trader emas fizikal samada di facebook, di majlis tt, di seminar-seminar emas.




1. EGT- Emas global trader
2, DEPB - Darul Emas Perak Berhad ( Company Tok De Lejen )
3. ARBA - Abdul Rahman auf
4. KJ Gold - Kirajadi Gold
5. Zara - program 777
6. Wakalah - Agen DEPB
7. Rania - Agen ARBA
8. Sahabat Dagang - agen EGT
9. KB - Khazanah Bangsa
10. OTS - On The Spot
11. RSB - ReadyStock Berbuyback
12. TB - Tempahan Berdiskaun / Tempahan Berbuyback
13. BK - Barang Kemas
14. ROI - Return Of Investment
15. ETA - Estimated Time of Arrival
16. Loaded - Nama Program
17. Pokai - Nama Program
18. Pisang - Pisang Manis V1, Pisang manis V2
19. Karipap - Nama Program
20. Pau - Nama Program
21. WTS - Want To Sell
22. WTB - Want To Buy
23. WTA - Want To Ask
24. Harga MKS - web kita nak check harga emas spot di malaysia pada harga terkini ..http://www.mks.ch/mobile/myr/ link ini dah tak boleh dan mungkin sudah di tukar ke link baru.... jadi anda boleh ke sini http://www.mks.ch/mobile/myr/v1/

25. Kontra - Untuk program2 yang ada sediakan cashback yang mana anda akan pinjam dengan agen / wakalah / dealer dan submit masuk program, dapat cashback nanti akan bayar terus kepada agen tersebut. Anda cuma dapat bulanan.

26. Fg -Fantastic gold
27. Rnfg- rakan niaga fantastic gold

28. Emas Beranak


--------------------
KLFX.blogspot.MY - Kelas Saham / Forex / FCPO - RM69
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Moderator2
kiriman Sep 16 2015, 04:14 PM
Kiriman #24


Eksekutif
***

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 820
Sertai: 2-October 14
No. Ahli: 2,529





Tukarkan Untung ASB Anda Kepada Dinar Emas



Sering kali kita melihat rakan-rakan dan saudara-mara kelam kabut dan tidak sabar menunggu datangnya tarikh keramat iaitu pembahagian keuntungan ASB.
Menyimpan dan melabur itu bagus tetapi sering kali dividen ASB tersebut tersasar dan dibazirkan pada benda yang tidak penting dan merugikan.
Amat jarang daripada kita menggunakan duit tersebut untuk menambahkan pendapatan dan mengandakan keuntungan. Ramai daripada kita terjerat dengan keinginan dan nafsu tanpa berfikir tentang matlamat kewangan jangka masa panjang. Di sini saya ingin memberikan anda 2 pilihan, 2 keadaan di mana kita biasa melenyapkan dividen ASB begitu saja.
Satu cara akan merugikan anda dimana keuntungan dan bonus dibelanjakan tanpa disandarkan kepada apa-apa dan satu lagi cara yang akan menambahkan kekayaan dalam jangka masa panjang (aset).
Cara pertama.
Belanjakan berapa sahaja yang anda mahu keuntungan ASB anda tanpa ada apa-apa sandaran dan berbaki. Percaya atau tidak anda akan merasakan nikmat yang tidak terhingga selepas memiliki barang idaman anda itu..tetapi seminggu kemudian perasaan menyesal akan mula menguasai anda. Dalam sesetengah kes, barang baru pakai seminggu dah nak jual balik (biasanya barangan elektronik) alasannya sebab bosan.
Ruginya memang nyata disitu, setiap barang 2nd hand akan jatuh harga sehingga 50% walaupun barang tersebut baru. Kejatuhan yang begitu banyak semestinya membawa kerugian kepada pembeli pertama. Kejatuhan sebegitu disebabkan barang tersebut telah diistiharkan barang terpakai walaupun baru digunakan satu hari. Bolehkah anda semua bayangkan senario di bawah,

si Amin menerima dividen ASB beliau sebanyak Rm3000. Rm2500 telah digunakan oleh Amin untuk membeli model iphone terbaru beserta dengan pakej-pakej manarik yang ditawarkan. Setelah beberapa hari menggunakan telefon terbaru tersebut Amin merasa menyesal dan bosan. Amin bercadang untuk menjual semula telefon tersebut separuh dari harga asal. Amin kini menyesal tak sudah atas keputusan yang diambilnya tersebut.

Jika anda perasan Amin telah melakukan perbelanjaan tanpa strategi atau lebih senang dipanggil perbelanjaan hangus. Ruginya disini adalah Amin membelanjakan keuntungan ASB beliau sekelip mata sedangkan tempoh untuk melabur mengambil masa setahun sebelum menerima keuntungan dan bonus.
Cara Kedua
Hasil daripada keuntungan dividen dan Bonus ASB tahunan anda belikan emas. Emas tersebut anda boleh simpan untuk perlaburan dan kecemasan. Anda tidak akan kerugian apa-apa disini.
Sekiranya anda terdesak sangat inginkan sesuatu contohnya seperti keinginan Amin untuk memiliki iphone tadi apa yang anda boleh lakukan adalah pajakkan emas anda tadi di Ar-rahnu.
Hasil daripada pajakkan anda tersebut bolehlah digunakan untuk membeli telefon iphone anda tadi. Jangan silap saya sebenarnya bukan mengajar anda untuk melakukan pajakan tetapi saya inginkan anda membuat perbandingan berikut :-

Dapat duit keuntungan ASB berlanjakan terus dan hangus..
Dapat duit keuntungan ASB beli emas, pajakan emas tersebut di Ar-rahnu dan beli telefon kegemaran anda. Cukup masa tebus balik emas anda dengan secepatnya.

Perbelanjaan yang disandarkan biasanya lebih berkat dan mengurangkan kerugian dalam jangka masa panjang. Maksudnya segala duit yang kita belanjakan kalau disandarkan tak akan hilang begitu saja kerana ada sandaran yang dibuat. Dalam kes ini Kita sandarkan emas sebagai alat untuk mendapatkan cash (duit).
Lumrah manusia memang sayang akan emas, pengalaman saya sendiri, saya susah nak tidur lena selagi emas yang saya pajakan tidak ditebus balik..akhirnya paling lama boleh saya tunggu untuk tebus balik emas yang saya pajak adalah sebulan ke dua bulan sahaja. Lagi cepat anda tebus lagi sedikit upah simpan yang perlu anda bayar.
Jika anda ulangi kaedah di atas..makin lama nilai emas anda makin bertambah secara tidak langsung anda akan bertambah kaya denga emas.
Kesimpulan
Jika anda sayang akan duit untung daripada dividen dan bonus ASB anda saya sarankan agar anda tukarkan duit tersebut kepada emas. Emas merupakan aset kekal sama seperti rumah dan tanah. Emas adalah terhad dan mahal. Beli emas bermaksud anda menabung untung keuntungan dan perlaburan.



--------------------
KLFX.blogspot.MY - Kelas Saham / Forex / FCPO - RM69
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Moderator2
kiriman Sep 30 2015, 03:59 PM
Kiriman #25


Eksekutif
***

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 820
Sertai: 2-October 14
No. Ahli: 2,529



TAHAP TAHAP Trader Berjaya...

Tahap 1 ( Unconscious Incompetence )


Ini merupakan langkah pertama yang anda ambil apabila anda mendengar pelbagai perkara menarik berkenaan forex / fcpo / emas / saham dan bahawa pendapatan seorang trader forex / fcpo / emas / saham mengalahkan pendapatan seorang pengarah syarikat. Bagi anda, apalah susah sangat untuk trade forex / fcpo / emas / saham, ia hanya menentukan harga naik atau turun. Lagi pun ada disediakan akaun demo untuk latihan sebelum memulakan trade sebenar. Lalu tanpa berfikir panjang anda pun mendaftar akaun sebenar dan mendepositkan wang ke akaun tersebut bagi memulakan trading sebenar setelah anda dapati trade di akaun demo anda dapat menghasilkan keuntungan yang berlipat-ganda. Anda mungkin mendapat keuntungan dengan hasil yang menakjubkan di antara100 ke 200 pip per lot sehari,. Anda percaya bahawa dengan hanya berdasarkan 1 indicator saja, atau bahkan hanya dengan gerak-hati anda dapat menghasilkan keuntungan. Namun itu semua hanyalah nasib saja (beginner luck), pasaran akan mengalahkan anda. Tidak ada trader yang berjaya hanya dengan faktor TUAH/LUCK. Kerugian demi kerugian akan mula menghampiri anda, anda akan cuba bertahan, namun kalau sampai margin habis, siapa yang dapat bertahan??. Anda sama sekali tidak menyedari bahawa anda tidak mampu untuk trade forex / fcpo / emas / saham, namun anda tetap mengatakan pada diri anda bahawa yang anda mampu untuk melakukan trading walaupun semua fakta berkata sebaliknya (Persoalannya: Apakah bulan ini profit?, atau Bulan lepas profit?, ataupun Tahun ini profit? ). Anda tetap mengatakan bahawa anda adalah orang yang hebat, orang yang akan mampu mendapatkan kunci kekayaan dari trading. Dan anda tidak menyedari bahwa 90% trader yang gagal juga mempunyai perasaan seperti itu. Anda tidak mempunyai sistem yang lengkap, anda dikuasai oleh emosi anda, anda selalu cuba mengimbangi perasaan anda jika kerugian dengan MARAH pada pasaran, anda selalu mengambil keuntungan dalam jumlah yang kecil atau membiarkan ia berubah dari keuntungan jadi kerugian karena anda dikuasai oleh sifat TAMAK, adakala anda tidak pernah trading karena anda TAKUT. Anda membiarkan diri anda dikuasai oleh emosi sehingga margin equity anda menderita. 90% orang yang trade forex / fcpo / emas / saham hanya sampai pada tahap ini, mereka biasanyakehabisan modal, berhenti trade dan menganggap ini semua hanya mimpi buruk belaka. Sebahagian lagi tetap mencari modal dari rakan-rakan/investor dan trade seperti orang gila. dalam sebulan atau dua bulan margin habis lalu mereka mencari mangsa lagi. Ini akan mewujudkan masalah moral yang teruk. Mereka masih mengaku sebagai trader namun sebenarnya mereka executor. dan biasanya yang moralnya teruk ini dengan senang hati akan mengambil wang dari rakan-rakan dengan menabur pelbagai janji-jani (pulangan lumayan) dan kononnya akan trade sebagai manage fund untuk mereka. Sebahagiannya lagi akan tetap terus seperti biasa dan mengaku trader tetapi tidak pernah trading, mereka biasanya menyalahkan diri mereka sendiri. Hanya waktu yang menentukan segalanya, sampai bila mereka dapat bertahan di tahap ini dan biasanya waktu selalunya menang. Proses ini selalunya dalam lingkungan waktu SEMINGGU hingga SEBULAN 90% traders akan terus gagal dan kekal ditahap ini, hanya 10% dari mereka yang sedar ini akan pindah ke Tahap 2.


Tahap 2 ( Conscious Incompetence )


Di tahap ini anda sedar bahawa anda tidak mampu untuk trading, anda tidak memiliki kemampuan untuk trading yang menghasilkan keuntungan secara konsisten. Dan anda tahu penyelesaiannya, Anda sedar bahawa selama di Tahap 1 fikiran anda dikaburkan oleh emosi anda sehingga anda tidak dapat berfikir secara bernas. Di tahap ini anda akan mencari ‘Holy Grail’ ( sistem yang sempurna/keramat, sistem yang memberikan keuntungan 100% , sistem yang tidak ada kerugian), anda mulai membeli sistem yang ada di internet, anda membaca semua website yang ada tentang trading mulai dari Malaysia hingga ke USA, anda baca semua ebook yang ada, anda praktikkan semua sistem yang anda perolehi, anda dahagakan ilmu seperti seorang pengembara di padang pasir yang dahagakan air minuman. Pada tahap ini anda akan membaca semua perincian tentang sistem automasi trading/indicator, anda akan test semua indicator yang ada di Metatrader, bahkan anda mungkin akan membuat indikator sendiri ( biasanya gabungan 2 atau 3 indicator), anda akan bermain-main dengan Moving Everage, Fibonnacci lines, Pivot Point, Camarilla Pivot, DeMark, Fractal, MACD, DMI. ADX, Bollinger Bands, dan ratusan indicator yang lain. Anda tahu bahawa pasaran terlalu rumit untuk dijangka hanya dengan 1 indicator saja. Anda akan mengabungkan kombinasi ideal dari setiap indicator. Anda tahu keunggulan indicator tersebut dan juga kelemahannya. Anda akan mencuba menanda TOP dan BOTTOM di pasaran dan meneka titik perubahan pergerakan pasaran dengan indicator tersebut. Namum anda dapati yang anda terus gagal walaupun anda rasa yang anda telah melakukan yang terbaik. Anda kini akan cuba bergabung dengan chat room trader dan menanyakan pelbagai pertanyaan di forum-forum kerana bagi anda kalau anda tidak bertanya sekarang maka selamanya anda tidak akan tahu. Anda ingin mengetahui bagaimana trader lain membuat keuntungan walahal anda tidak.. Ketika ini anda akan memikirkan mereka yang mengatakan mendapatkan keuntungan ratusan pip sehari adalah penipu – anda rasa anda tahu semuanya dan telah cuba melakukan apa yang mereka lakukan. Anda akan jadi seperti seorang remaja – trader yang lebih berpengalaman akan menasihati anda supaya mencari guru yang betul dalam menuntut ilmu tetapi anda degil dan memikirkan yang anda tahu apa yang terbaik – anda meneruskan pembelajaran anda melalui bahan2 diinternet dan overtrade akaun anda walaupun semua orang kata anda gila (anda sesat dalam kebijaksanaan anda – overload information). Kini anda akan mempertimbangkan melanggan isyarat berbayar melalui perkhidmatan SMS dan sebagainya – serta termakan janji-janji manis penyedia khidmat pembelajaran forex / fcpo / emas / saham yang menjanjikan pelbagai teknik mudah dan cepat untuk berjaya dalam trading tanpa memikirkan jika benarlah ia semudah yang dinyatakan, sudah semestinya ramai yang menjadi jutawan. Pada akhirnya anda akan mendapatkan 5 hingga 10 sistem yang lengkap dan mencuba mencari sistem mana yang paling sesuai dengan keperibadian/stail anda. Namum di tahap ini anda akan sentiasa kebinggungan kerana mendengar ramai trader yang mendapat keuntungan dari hari ke hari dan anda pula terus kerugian. Ramai trader yang berada ditahap ini lenyap dalam masa sebulan yang pertama dan jika ada yang mampu bertahan untuk mengharunginya berakhir sekitar 3 bulan. Dari 10% trader yang ada di tahap ini, hanya sekitar 7% yang berhasil pindah ke Tahap 3.


Tahap 3 (The EUREKA Moment)


Pada akhir Tahap 2, anda akhirnya menyedari pokok permasalahan bukan terletak di sistem. An da menyedari bahwa anda mampu mendapat keuntungan bahkan jika hanya menggunakan sistem yang mudah seperti Trendline sekali pun tanpa ada indicator lain, jika anda mampu melakukan sedikit kajian melalui pemerhatian yang menyeluruh dan mempelajari pengurusan trading yang baik. Anda mulai membaca buku tentang psikologi trading, dan mengidentifikasikannya pada diri anda dengan karakter yang dijelaskan dalam buku itu. Akhirnya membawa anda ke Tahap 3 iaitu Tahap Pencerahan. Proses pencerahan ini membuat otak anda menyedari satu hal yang penting, di dunia ini tidak ada seorang pun yang mampu meneka secara tepat apa yang akan terjadi pada pasaran 30 detik berikutnya. Apa yang anda perlu hanyalah satu sistem trading yang sesuai dengan stail trade anda serta bimbingan seseorang berkenaan pengurusan trading yang sepatutnya sehingga anda dapat cara bertrading yang betul. Anda mulai menguasai satu sistem trading dan memodifikasinya sehingga sesuai dengan karakter anda, dan mampu memberikan lebih banyak profit dibandingkan sistem yang asli. Anda mulai trading jika anda tahu kemungkinan untuk untung lebih besar daripada untuk rugi, anda hanya trading jika ada signal dari sistem anda, anda selalu menggunakan stoploss, karena anda tahu stoploss adalah risiko bisnes yang ada dalam dunia trading. Ketika stoploss anda kena, anda tidak emosi kerana anda tahu tak seorang pun mampu menjangkakannya, dan itu bukan kesalahan anda. Trading berikutnya akan meningkat peluang keuntungan anda kerana anda tahu sistem anda itu sistem yang menguntungkan secara keseluruhannya. Anda secara tidak langsung menyedari bahawa dalam dunia trading hanya ada satu hal yang penting iaitu konsistensi pada sistem, psikologi trading dan pengurusan wang yang betul. Dan kedisiplinan anda untuk dalam melakukan trading mengurangkan risiko kerugian anda. Anda mempelajari tentang perlunya ada guru/teman yang dapat memberikan anda bimbingan yang baik dan sokongan berterusan serta hal-hal lainnya. Ia mengingatkan anda suatu ketika yang lalu di mana anda diberi nasihat tersebut dari trader yang berpengalaman dan anda memilih untuk mengendahkannya ketika itu. Kini anda tahu kenapa anda hanya perlukan seorang guru yang baik yang dapat memberikan didikan dan bimbingan yang diperlukan untuk berjaya dalam trading dan bukannya seorang super trader yang menjaja kehebatan sistem/strategi beliau. Trader akan mengharungi tahap ini sekitar 6 bulan sebelum akhirnya menerima hakikat sebenar bahawa tidak siapa yang mampu meramalkan pergerakan pasaran. Dari 7% trader yang ada di tahap ini, hanya sekitar 5% yang berhasil maju ke tahap berikutnya.


Tahap 4 ( Conscious Competence )

Sekarang anda hanya trading jika dan hanya jika sistem anda memberi signal. Anda menggunakan stop loss atau cut loss apabila menyedari terdapat signal yang bertentangan kerana anda tahu sistem anda akan lebih banyak memberikan keuntungan daripada kerugian, dan cut loss yang anda lakukan adalah resiko bisnis yaitu max 2% dari account anda. Di tahap ini anda memulai pandai memperingkatkan target keuntungan trade anda dan setelah anda mampu melakukannya secara konsisten selama beberapa minggu, anda meningkatkan target tersebut ke semaksimum yang boleh. Dan hal itu pada akhirnya mampu anda lakukan. Anda memang masih harus kerja keras untuk mendapatkannya, memperbaiki sistem anda (dengan menambah 1 atau 2 indicator yang sesuai bagi menyokong system anda), menguasai emosi anda, dan melaksanakan pengurusan wang yang anda pelajari dan pegang. Anda mulai mendapat pengalaman bertrading sebenar. Tahap ini biasanya berjalan sekitar setahun atau lebih bergantung kepada kemampuan penerimaan seseorang trader itu. Dari 5% trader hanya sekitar 3% yang sanggup maju ke tahap berikutnya.



Tahap 5 ( Unconscious Competence )

Nah! Sekarang anda telah sampai di Tahap 5, ini adalah tahap yang paling diharapkan oleh seluruh trader di dunia ini, di tahap ini anda mampu trading secara rilek, anda telah menguasai semuanya, anda mampu berdansa mengikut rentak pasaran, kemanapun arah market berjalan, anda telah berada di posisi yang benar, jadi anda tinggal melihat keuntungan anda bergerak dari 2 digit ke 3 digit. Inilah tahap puncak bagi seorang trader, inilah tahap Utopia/Optim, anda telah menguasai emosi anda dan kini anda trading dengan account yang terus membesar setiap hari dari keuntungan kumulatif yang anda peroleh. Anda akan jadi bintang di bidang trading, dan orang sekeliling anda akan mendengarkan apa yang anda katakan, anda faham dengan pertanyaan mereka, kerana anda pernah berada diposisi mereka suatu masa dahulu. Anda akan memberikan saranan bagi mereka, namun anda tahu bahwa kebanyakan dari mereka tidak akan mendengarkannya karena mereka masih trader Tahap 1. Anda tidak akan mempunyai masalah kewangan lagi, anda mampu membeli semua benda yang tersedia untuk dijual, anda mampu membeli sebuah pulau dan trading disana asalkan ada jaringan internet, anda mampu pindah ke hotel 5 bintang, dan menjadi penghuni tetap disana. Anda mempunyai penghasilan seperti seorang superstar, anda mampu membuat buku sendiri, anda mampu trading dengan margin yang tanpa batas, dan account anda akan berlipat-ganda dari account awal. Jangka masa untuk sampai ke tahap ini adakalanya bertahun-tahun lamanya. Namum sebenarnya bergantung kepada trader itu sendiri.


--------------------
KLFX.blogspot.MY - Kelas Saham / Forex / FCPO - RM69
Go to the top of the page
 
+Quote Post

2 Mukasurat V  < 1 2
Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 19th March 2024 - 01:26 PM