IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Kalkulator Gann Square of 9, Sokongan teknikal dan penggunaan
mat.g™
kiriman Feb 14 2018, 11:13 PM
Kiriman #1


Eksekutif
***

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 742
Sertai: 2-June 08
Daripada: Saujana Putra
No. Ahli: 4



Kepada trader-trader stock dan forex yang dihormati..

Sila info disini apa2 result yg tidak tepat atau bugs atau tips.. jom kongsi dalam penambahbaikan utk kegunaan bersama.



flex.gif


--------------------
matg.net
My Focal 2.0
Go to the top of the page
 
+Quote Post
D0T.
kiriman Feb 15 2018, 12:01 AM
Kiriman #2


Administrator
**

Kumpulan: Admin
Kiriman: 119
Sertai: 18-May 08
Daripada: Cyberjaya
No. Ahli: 1



https://youtu.be/CbHttjjCBxo


--------------------
www.cakap.net
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ngopistock
kiriman Mar 6 2018, 04:46 PM
Kiriman #3


Percubaan


Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 1
Sertai: 6-March 18
No. Ahli: 2,819



QUOTE (D0T. @ Feb 15 2018, 12:01 AM) *


Tq
Go to the top of the page
 
+Quote Post
mat.g™
kiriman Jun 14 2018, 07:42 AM
Kiriman #4


Eksekutif
***

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 742
Sertai: 2-June 08
Daripada: Saujana Putra
No. Ahli: 4



Gann Square (The Square of 9)
*********************************

Selamat pagi semua!

Seperti yang dijanjikan semalam, harini sis kongsikan cara untuk membaca Gann dan juga cara menggunakannya. Posting ini agak panjang, sebab sis mencari cara yang paling elok untuk menerangkannya. Tapi..tolong baca kalau nak tahu magic Gann ni.

Siapa pengasas Gann ini?
Pengasas gann bernama W.D.Gann. Gann menggabungkan campuran geometri, astrologi dan teknik matematik kuno.

Square of nine, Square of 144 and Hexagon adalah adalah diantara Gann yang popular digunakan.


Apa yang perlu tahu dalam Gann ini?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1) Set nombor penting yang ialah yang termasuk nombor dalam line bewarna merah (Cardinal cross) dan nombor dalam line bewarna biru (Ordinal cross).

2) Sebarang nombor atau harga yang jatuh di line bewarna merah dan dikatakan sebagai support penting dan resistance penting. Manakala sebarang nombor atau harga yang jatuh di line bewarna biru dikatakan sebagai support dan resistance yang kedua penting.


Cara membaca gambarajah Gann Square yang disediakan dibawah.

1) Bermula dari nombor 1, baca mengikut arah pusingan jam bergerak (clock wise).

2) Cari harga yang telah jatuh dan nak mula rebound. Rujuk harga dengan Gambarajah Gann Square.


Contoh bacaan Gann.
~~~~~~~~~~~~~~~~

Kita ambil contoh stock CCK harini. Rujuk gambarajah Trade Details atau Tracker.

Harga open adalah pada RM0.96 dan kemudian menjunam hingga ke RM0.92.


Situasi pertama;
~~~~~~~~~~~~
Bolehkah kita entry pada harga RM0.92? Jika anda rujuk pada gambarajah Gann harga RM0.92 berada diatas paras rintangan kedua penting iaitu RM0.91 (line biru). Jika nak entry disini, make sure kena dengan trading sistem masing2, maksudnya ada signal entry selain dari signal Gann. Jika entry disini, cut loss level adalah pada paras dibawah support RM0.91 iaitu 0.905 atau 0.90. Dan target boleh letak pada paras resistance penting iaitu di line merah RM0.96 atau sebelumnya.

Situasi kedua;
~~~~~~~~~~~
Harga kembali menaik keparas RM0.96 iaitu harga pembukaan. Boleh juga dirujuk sebagai intraday breakout (0.96). Sila rujuk gambarajah Gann. Harga 0.96 (line merah) telah menjadi harga support. Bolehkah kita entry? Entry boleh dilakukan bila pecah support iaitu pada harga 0.965 atau 0.97. Target seterusnya adalah pada paras resistance mengikut gambarajah Gann iaitu pada paras RM1.01 (line biru) atau harga sebelumnya.


Soalan lain; boleh tak kalau kita nak entry harga yang berada ditengah-tengah antara line biru dan line merah?

Jawapannya; sebaiknya jangan sebab kita tak tahu harga tu nak naik ataupun nak turun.

Contoh lain;
~~~~~~~~~~
Sis tunjukkan contoh kedua supaya lebih jelas. Kita ambil contoh stock MYEG harini. Rujuk gambarajah Trade Details atau Tracker.
Harga open adalah pada RM0.86 dan kemudian menjunam hingga ke RM0.825. Disini juga mempunya dua situasi.

Situasi pertama;
~~~~~~~~~~~~~
Bolehkah kita entry pada harga RM0.825? Jika anda rujuk pada gambarajah Gann untuk anak panah berwarna hitam, harga RM0.825 berada diatas paras rintangan kedua penting iaitu RM0.81 (line biru). Jika nak entry disini, make sure kena dengan trading sistem masing2, maksudnya ada signal entry selain dari signal Gann. Jika entry disini, cut loss level adalah pada paras dibawah support RM0.81 iaitu 0.805 atau 0.80. Dan target boleh letak pada paras resistance penting iaitu di line merah RM0.86 atau sebelumnya.

Situasi kedua;
~~~~~~~~~~~
Harga kembali menaik keparas RM0.86 iaitu harga pembukaan. Boleh juga dirujuk sebagai intraday breakout (0.86). Sila rujuk gambarajah Gann untuk anak panah berwarna merah. Harga 0.86 (line merah) telah menjadi harga support. Bolehkah kita entry? Entry boleh dilakukan bila pecah support iaitu pada harga 0.865 atau 0.87. Target seterusnya adalah pada paras resistance mengikut gambarajah Gann iaitu pada paras RM0.91 atau harga sebelumnya.

Situasi ketiga;
~~~~~~~~~~~
Untuk MYEG yang mencanak hingga ke paras reaistance RM0.91, target seterusnya adalah pada paras RM0.96 (line merah, strong resistance). Dan harga telah mencecah paras tertinggi untuk harini iaitu pada RM0.94. Kita boleh monitor samada harga keesokkannya akan mencecah ke paras resistance 0.96 atau tidak.

Nota tambahan;
Oleh kerana sis tulis post ini malam tadi. Kita boleh tengok harini mana MYEG pegi. Nah, dia touch harga RM0.96! So next target dia nak ke mana? Mungkin RM1.01.

Kaji Sapura Energy. Nampaknya hensem mencecah ngam harga pada RM0.69!


**Segala harga dalam situasi diatas sila rujuk harga semalam. (11 jun)


Tips penting;
Untuk intraday dan contra, jika ada untung boleh cabut dulu walaupun tak kena harga resistance.


Sekian dulu.

Sila kaji untuk kaunter-kaunter lain juga. Mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda menjadi short term trader atau intraday trader.


Sila SHARE posting ini untuk manfaat bersama, untuk mereka-mereka yang ingin belajar Gann Square ini.

Credit: FAO; 💋


--------------------
matg.net
My Focal 2.0
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 19th March 2024 - 06:33 PM