IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Malaysia kedua selepas India berjaya dalam pelancongan
WebZone-_-Attack
kiriman Nov 3 2008, 12:26 PM
Kiriman #1


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



Malaysia kedua selepas India berjaya dalam pelancongan


SUASANA pembelajaran di Glion, Switzerland.
SELAIN Les Roches - yang mempunyai 23 pelajar Malaysia - terdapat empat pelajar Malaysia sedang belajar di institusi pengajian tinggi Glion di bidang hospitaliti dan perhotelan.

Naib Presiden Pemasaran Global di Glion, Michael Huckaby melihat perspektif pekerjaan dibidang perhotelan dan industri pelancongan di Malaysia, ``sangat berkembang pesat.''

Beliau cukup kagum dengan cara kerajaan Malaysia mempromosikan keunikan budaya tempatan di mata dunia dan perkembangan itu menarik minat Laureate Hospitalitiy Education (LHE).

Sebagai maklumat latar, LHE ialah rangkaian institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus perhotelan dan hospitaliti terbesar di dunia.

Bukan sahaja yang terbesar, tetapi mempunyai mutu dan akreditasi tertinggi.

Para pelajarnya mengikuti latihan industri di hotel terkemuka di segenap pelosok dunia, termasuk di Malaysia.

Bidang hospitaliti merentasi segala bentuk perkhidmatan merentasi sektor seperti ekopelancongan, perubatan, pengangkutan darat dan udara, penganjuran majlis dan sebagainya.


MICHAEL HUCKBAY
Kata Huckaby, Malaysia menawarkan spektrum pelancongan yang cukup luas, meliputi pengembaraan lasak, perubatan, kesihatan, golf, ekopelancongan dan hidupan liar.

Malaysia pada 2008 katanya, menyediakan 822,900 peluang pekerjaan di bidang berkaitan hospitaliti dengan kadar pertumbuhan 6.4 peratus setahun.

Kajian beliau mendapati, dalam tempoh sembilan tahun, bilangan ketibaan pelancong di Malaysia meningkat sehingga 280 peratus, atau daripada 5.5 juta kepada 20.9 juta.

Malah, kata Huckaby, Malaysia adalah salah sebuah negara yang paling awal memberi tumpuan kepada ekopelancongan.

Menjelang 2010, Malaysia diramalkan akan mempunyai kadar perkembangan pekerja dalam sektor pengangkutan dan pelancongan, iaitu sekitar 2.9 peratus berbanding purata global iaitu 2.4 peratus.

Bagi beliau salah satu tarikan penting di Malaysia adalah dibidang ekopelancongan kerana Malaysia mempunyai banyak kawasan ekologi tua dan hutan hujan - antara tertua di dunia.

``Kerajaan Malaysia juga tidak lokek berbelanja dalam industri ini,'' ujar Huckaby.

Faktor lain, tambah beliau ialah peningkatan pendapatan golongan pertengahan, minat pelaburan ke Malaysia dan kempen agresif Malaysia Truly Asia.

Institusi pengajian tinggi Glion menawarkan dua kelompok program iaitu pertama, hospitaliti dan kedua, kelompor atur cara (event), sukan dan hiburan.

Kedua-dua kelompok bidang itu menawarkan program daripada ijazah pertama sehingga sarjana.


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
B@zSh™
kiriman Feb 25 2009, 05:11 PM
Kiriman #2


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,830
Sertai: 19-September 08
Daripada: New Castle
No. Ahli: 54



Hmm...bila baca article ni...proud to be Malaysian
Aku belum sempat nak pergi sume tempat kat Malaysia
Kadang2 kita x nampak kelebihan negara sendiri
Kita hanya nampak kelebihan negara orang
So bila baca artikel ni...aku yakin yang sektor pelancongan kita adalah antara yang terbaik
Kita sebenarnya mempunyai banyak tempat2 yang menarik

P/S : Cuti2 Malaysia!


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
sHäm
kiriman Feb 27 2009, 11:34 PM
Kiriman #3


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,147
Sertai: 7-November 08
Daripada: Utara
No. Ahli: 175



Aku juga bangga menjadi rakyat Malaysia dan bersyukur dilahirkan disini, bukan di negara2 yang berada dalam kancah peperangan dan kebuluran ..... Alhamdulillah ....... tapi, Mat Saleh tu (Michael Huckbay) mungkin tak tau yang rakyat Malaysia kuat merungut thumbdown.gif
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Mar 16 2009, 05:25 AM
Kiriman #4


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



QUOTE (e_sentinel @ Feb 27 2009, 11:34 PM) *
Aku juga bangga menjadi rakyat Malaysia dan bersyukur dilahirkan disini, bukan di negara2 yang berada dalam kancah peperangan dan kebuluran ..... Alhamdulillah ....... tapi, Mat Saleh tu (Michael Huckbay) mungkin tak tau yang rakyat Malaysia kuat merungut thumbdown.gif



24.gif 24.gif


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 28th March 2024 - 04:16 PM