IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Guna Minyak Masak Sebagai Pelincir Enjin Kereta?, Boleh ke?
eskep
kiriman Apr 20 2009, 11:19 AM
Kiriman #1


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 439
Sertai: 18-November 08
Daripada: Petaling Jaya, Selangor
No. Ahli: 269



Berminat Guna Minyak Masak Sebagai Pelincir Enjin Kereta?

Oleh Shahrullizan Rusli

SEREMBAN, 5 Nov (Bernama) -- Percayakah anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?

Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli dengan harga RM2.50 sepaket bagi menjaga bahagian enjin kereta Kancilnya.

"Kancil saya menggunakan 3 liter minyak hitam. Jadi saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, RM130 mesti habis, sekarang kurang dari RM10," katanya kepada Bernama di sini.

Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan "minyak hitam" yang dibelinya dari sebuah pasar raya.

Menurut beliau, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.


PALING SENTITIK

Nik Safian Afzani berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel terbabit berasa sangat terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air iaitu Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta jenis Proton Iswaranya.

Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif kepada keretanya.

Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata, "Minyak kelapa sawit merupakan minyak yang paling sentitik, tapi kita tidak tahu mengenainya".


KIRA-KIRA 60 PENGGUNA

Bagi mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam pada kira-kira dua tahun lepas selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak dari itu beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin mereka.

"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak yang berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.

Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya sudah mencecah RM200.


TUKAR DAHULU GASKET

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya, jika boleh, menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin.

Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rahsia minyak masak boleh melayari http://ilmurahsia.name.my.

Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.nordicgroup.us/oil.htm#The300 Mile Facts untuk maklumat yang sama.


BERNAMA
Go to the top of the page
 
+Quote Post
B@zSh™
kiriman Apr 20 2009, 01:12 PM
Kiriman #2


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,830
Sertai: 19-September 08
Daripada: New Castle
No. Ahli: 54



Huh...memang jimat
Tp betul ke xder kesan sampingan pada enjin?
Kot nnt jadi lg cepat kong tongue.gif
Dan berapa kerap kena tukar minyak masak ni?


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
eskep
kiriman Apr 21 2009, 12:45 PM
Kiriman #3


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 439
Sertai: 18-November 08
Daripada: Petaling Jaya, Selangor
No. Ahli: 269



Ntahlah, tak pulak disebuat kena tukar minyak enjin pada setiap berapa Km.
Tapi rasanya takdelah boleh pakai lama sangat macam minyak itam kat kedai tu,
Mungkin selang 2000 Km ke, kena tukar...
Go to the top of the page
 
+Quote Post
B@zSh™
kiriman Apr 21 2009, 02:28 PM
Kiriman #4


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,830
Sertai: 19-September 08
Daripada: New Castle
No. Ahli: 54



Aku x boleh nak komen apa2
Cuma kalau la minyak masak ni boleh guna seperti minyak hitam berasaskan petroleum
Dah lama company2 akan cuba beralih kepada minyak sawit ni
Ataupun maybe still diperingkat kajian...
Kesan sampingan untuk jangka masa panjang pun kita x tau

P/S : Kalo guna untuk kete2 lama..maybe berbaloi kot...in case kalo ada masalah ngan enjin xder la menyesal sangat. Tp kalo nak guna untuk kete2 baru kena pikir 2-3 kali biggrin.gif


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
sharri
kiriman Feb 4 2011, 12:33 PM
Kiriman #5


Percubaan


Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 1
Sertai: 4-February 11
No. Ahli: 2,221



Aku dah pakai dah dekat setahun nampak tak ada apa side effect lagi tapi masih lagi experimenting. Aku buat research dulu kemudian experiment kalau korang nak detail info lagi tentang kegunaan minyak sawit pada kenderaan ni korang try la link ini.

http://remove-a360.blogspot.com/2011/02/mi...nyak-enjin.html
Go to the top of the page
 
+Quote Post
sHäm
kiriman Jun 19 2012, 12:42 AM
Kiriman #6


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,147
Sertai: 7-November 08
Daripada: Utara
No. Ahli: 175



Dulu semasa 80's, minyak 2T kering belasah minyak masak la, Yamaha CDI 80 ... laugh.gif
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 28th March 2024 - 06:15 PM