IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Sakit jiwa ditipu bomoh, Hmetro
♦محمد أفيق♦
kiriman Aug 29 2010, 01:03 AM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



KUALA LUMPUR: Seorang wanita terpaksa dirawat di hospital sakit jiwa selepas mengalami tekanan perasaan melampau akibat ditipu bomoh nombor ekor sebanyak RM10,000.
Suami wanita berkenaan, Chiew Kok Hin, 47, berkata semua bermula apabila isterinya menerima risalah yang menyiarkan cara mengubah nasib individu akhir Jun lalu.


Isterinya yang dikenali sebagai Tan, 44, taksub mempercayai cerita itu selepas membaca testimoni yang terkandung dalam risalah terbabit sebelum menelefon nombor tertera bagi mengetahui lebih lanjut bagaimana cara mengubah nasib keluarga kerana dia hanya bekerja sebagai pekerja kimpalan. “Seorang lelaki yang dikenali sebagai Ah Huat menjawab panggilan itu dan meminta isteri saya memasukkan wang RM7,282 untuk mendapatkan nombor ekor bertuah.


“Isteri saya yang terlalu taksub memasukkan wang simpanan miliknya ke akaun yang diberi Ah Huat tanpa pengetahuan saya, awal Julai lalu, sebelum mendapat nombor ekor seperti dijanjikan, tetapi nombor berkenaan tidak mengena,” katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, semalam.


Beliau berkata, isterinya tidak serik dengan kejadian itu dan sekali lagi cuba membabitkan diri dengan risalah lain pula.


Menurutnya, isterinya yang kehabisan wang simpanannya meminjam daripada saudara-mara RM2,190 sebelum memasukkan ke dalam akaun seperti diminta lelaki yang dikenali sebagai Wan Chai melalui risalah diterimanya.


“Saya masih tidak tahu kegiatan isteri sehingga saudara-mara bertanya kenapa Tan meminjam wang mereka. Saya terkejut sebelum mendapati isteri saya itu cuba mendapatkan nombor ekor yang dijanjikan mampu mengubah hidup.


“Selepas itu, isteri saya kerap menerima panggilan Wan Cai yang meminta memasukkan wang sebelum mendapat nombor ekor yang dijanjikan. Lebih menghairankan, selagi wang tidak dibayar sepenuhnya, isteri saya hanya mendapat satu demi satu digit nombor sehingga digit ke empat jika bayaran dilunaskan,” katanya.


Bagaimanapun, nombor yang diperoleh itu juga tidak mengena. “Akibat terlalu tertekan, isteri menghalau saya dari rumah dan berhajat mahu menjual kediaman kami bagi mendapatkan wang kerana kesempitan hidup,” katanya.


Sementara itu, Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong berkata, sebanyak 17 kes membabitkan kes penipuan menggunakan risalah direkodkan pihaknya sejak 2007.
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 19th November 2017 - 08:03 PM