IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

> Asri Rabbani meninggal - Rebah sewaktu pegang mikrofon pada sesi latihan di RTM, KosmoOnline
♦محمد أفيق♦
kiriman Aug 14 2009, 07:31 AM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373




KUALA LUMPUR - Vokalis dan ketua kumpulan nasyid popular Rabbani, Mohd. Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia secara mengejut selepas rebah di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri di sini semalam.

Beliau yang mesra dengan panggilan Ustaz Asri di kalangan rakan-rakan artis menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.30 pagi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar.

Anak kelahiran Bukit Naga, Klang itu tiba-tiba jatuh dan tidak sedarkan diri semasa menjalani sesi latihan untuk persembahan majlis pelancaran program Syahadah musim kelima terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menurut seorang anggota Rabbani iaitu Mohd. Asri Ubaidullah, Asri kelihatan kurang sihat sejak Rabu lalu dan mengadu sakit tekak serta muntah pagi semalam.

"Sejak dua minggu lalu, memang kami agak penat disebabkan jadual dan aktiviti persembahan yang padat memandangkan bulan Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi.

"Pagi tadi (semalam) Allahyarham ada memberitahu bahawa dia sakit tekak dan muntah tetapi beliau segera minum air masak yang dicampur madu bagi mengurangkan masalah yang dihadapi.

"Beliau gagahkan diri juga untuk melakukan persembahan di RTM sempena pelancaran program Syahadah. Tiba-tiba tidak semena-mena sewaktu memegang mikrofon sebelum sempat membuat persembahan di atas pentas, Allahyarham rebah dan tidak sedarkan diri," jelasnya.

Go to the top of the page
 
+Quote Post
 
Start new topic
Susulan (1 - 2)
eskep
kiriman Aug 14 2009, 10:59 PM
Kiriman #2


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 439
Sertai: 18-November 08
Daripada: Petaling Jaya, Selangor
No. Ahli: 269



Aku mmg baca betul2 Kosmo ni pagi tadi, banyak antara ayat2 yang terkandung dalam akhbar ini yang menyentuh perasaan. Mungkin kerana allahyarham adalah seorang dari saudara kita yang mempunyai suara emas, yang dah biasa kita lihat di kaca tv, dada akhbar dan sebagainya... Tapi kali ini cukup terasa.

Alfatihah untuk allahyarham Asri Rabbani.
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ganazz
kiriman Aug 15 2009, 06:38 PM
Kiriman #3


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,224
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



cam mikel jeksen juga ya....


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 16th April 2024 - 07:53 PM