Kuih 10 sen di bazar Ramadan, Kosmo! online |
Kuih 10 sen di bazar Ramadan, Kosmo! online |
Aug 15 2010, 04:15 PM
Kiriman
#1
|
|
Timbalan Pengurus Kumpulan: Moderator Kiriman: 2,582 Sertai: 28-November 08 Daripada: FKEKK No. Ahli: 373 |
ALOR SETAR - Ketika peniaga lain menaikkan harga juadah berbuka berikutan kenaikan harga gula, berbeza pula dengan seorang peniaga di bazar Ramadan Stadium Darulaman di sini yang menjual kuih 10 sen sebiji. Syed Azhari Syed Hamzah, 20-an, menjual dua jenis kuih iaitu kuih cekodok dan gelang. Biarpun saiznya hanya sebesar ibu jari tangan orang dewasa, ia tetap mendapat sambutan baik daripada pengunjung. Syed Azhari memberitahu, dua kuih itu menjadi pilihan ramai khususnya di kalangan golongan berpendapatan rendah. Katanya, biarpun tidak memperoleh untung yang banyak tetapi dia gembira kerana kuih itu mendapat sambutan hangat pengguna. "Lazimnya kuih-kuih ini cepat habis kerana harganya murah dan mampu dibeli oleh semua orang," katanya. Kosmo! |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 5th June 2024 - 03:43 PM |