Printable Version of Topic

Click here to view this topic in its original format

CAKAP.Net _ Cakap Isu Semasa _ 'Saya tetap jual mercun'

Posted by: ♦محم Aug 29 2010, 01:02 AM

KUALA LUMPUR: Walaupun menyedari penjualan mercun diharamkan, masih ramai peniaga berdegil, malah semakin ramai yang berani menjual barang larangan itu secara terbuka.
Tinjauan Harian Metro di beberapa kawasan sekitar Ampang mendapati kawasan tepi jalan di kawasan perumahan di sini, menjadi tumpuan peniaga terutama selepas waktu berbuka puasa.


Peniaga yang hanya dikenali sebagai Eddy, 30, berkata dia sudah memohon lesen perniagaan daripada pihak berkuasa, namun sehingga kini belum diluluskan.


Disebabkan ia barangan yang diharamkan, stok untuk mendapatkan bunga api dan mercun menjadi mahal menyebabkan dia menjual pada harga tinggi.


“Saya tahu perniagaan bunga api diharamkan dan mustahil lesen permohonan saya akan diluluskan, tetapi saya tetap akan terus mencuba.


“Bunga api dan mercun mendapat permintaan ramai setiap kali bulan puasa menyebabkan saya terus menjualnya,” katanya.


Seorang lagi peniaga dikenali sebagai Bob, 28, berkata dia berniaga bunga api mengikut permintaan.


“Selalunya mercun ‘thunderclap’, ‘das’ dan ‘katak’ menjadi pilihan kerana bunyi yang kuat mampu menarik perhatian tanpa perlu menambah apa-apa,” katanya.

Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)