Tanaman betik guna baja "special" |
Tanaman betik guna baja "special" |
Nov 7 2008, 04:58 PM
Kiriman
#1
|
|
Eksekutif Junior Kumpulan: Moderator Kiriman: 392 Sertai: 8-October 08 Daripada: India No. Ahli: 103 |
Angry Tanaman betik guna baja "special" PADANG TERAP: Cukup mengejutkan apabila sebuah ladang betik seluas kira-kira 250 hektar di Kampung Bukit, Naka, dekat sini, dipercayai menggunakan baja daripada najis **** bagi menambahkan kesuburan pokok selain meningkatkan kualiti buah berkenaan sebelum dipasarkan kepada orang ramai. Difahamkan, setiap hari bekalan najis seberat tiga tan akan dihantar ke ladang berkenaan dan dipercayai dibekalkan penternak haiwan itu yang berpusat di Kulim dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kedudukan ladang terbabit yang tersembunyi jauh dalam kawasan ladang getah dan kelapa sawit menyukarkan perbuatan itu dihidu pihak berkuasa serta penduduk setempat. Menurut sumber, setiap urusan pembajaan, penjagaan pokok, penyemaian benih, pengutipan hasil dilakukan 87 pekerja terdiri daripada warga asing berasal dari Bangladesh dan India yang diupah pemilik ladang berkenaan sejak dua tahun lalu. “Ladang ini dipercayai dimiliki seorang peniaga warga tempatan berasal dari Bidor, Perak dan mendakwa mengusahakannya bersama seorang usahawan terkemuka negara. “Saya tidak pasti sama ada dakwaannya benar ataupun tidak tetapi setahu saya ladang ini berada di bawah kawasan ladang tebu yang dimiliki sebuah syarikat,” katanya ketika ditemui Kampung Sungai Kap, dekat sini, semalam. Menurutnya, najis berkenaan dibeli secara pukal dan difahamkan satu tan hanya boleh diperoleh pada harga serendah RM350. “Kalau hendak dibandingkan dengan harga baja campuran asli lain seperti baja tahi ayam ia lebih murah berkali ganda manakala kualitinya lebih baik,” katanya. Peniaga barangan runcit, Shampi Aiwan, 28, berkata penduduk di kawasan itu sememangnya tahu lori mengangkut najis **** itu sering ke ladang betik berkenaan kerana laluan kampung mereka digunakan setiap hari. “Bagaimanapun, kami semua mula berang selepas najis berkenaan jatuh di sepanjang jalan sejak kelmarin menyebabkan bau busuk yang amat meloyakan. “Kedua-dua anak saya demam selepas menghidu bau berkenaan manakala pelanggan juga tidak mahu masuk ke kedai saya menyebabkan kerugian ratusan ringgit,” katanya. Menurutnya, berdasarkan pemerhatian, najis berkenaan sememangnya najis **** dan mereka mendakwa membawa bekalan itu ke ladang betik di kawasan berkenaan untuk dijadikan baja. “Akibat tidak tahan dengan bau najis **** ini, saya menghubungi pihak Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya. Tinjauan wartawan Harian Metro di lokasi kejadian mendapati najis itu jatuh di sepanjang laluan termasuk di hadapan rumah dan masjid di kawasan berkenaan sehingga menimbulkan kemarahan penduduk. Sementara itu, Pembantu Penguasa Majlis Daerah Padang Terap (MDPT), Zahari Che Omar, berkata hasil pemeriksaan mengenai tumpahan najis **** di jalan raya itu membawa kepada penemuan sebuah ladang dipercayai menggunakan najis berkenaan sebagai baja. “Kami akan melakukan siasatan lanjut dan sampel najis itu akan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Padang Terap untuk diuji, namun kami mengesyaki ia sememangnya najis **** berdasarkan bau dan warna najis yang ditemui di ladang ini,” katanya. __________________ -------------------- |
|
|
Nov 7 2008, 10:25 PM
Kiriman
#2
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,147 Sertai: 7-November 08 Daripada: Utara No. Ahli: 175 |
Huh .. .. betul ke .. aku dok dekat situ je .. tak sampai 10 KM .. err ..kat mana kau
dapat info ni .. cha ya nun alif atau sin ya alif mim yang tanam betik tu .. |
|
|
Nov 9 2008, 03:45 PM
Kiriman
#3
|
|
Eksekutif Kumpulan: Moderator Kiriman: 742 Sertai: 2-June 08 Daripada: Saujana Putra No. Ahli: 4 |
Aku ada dengar ada ulamak mengatakan kita boleh makan buahnya sebab baja najis yg digunakan telah terurai secara kimia diserap oleh pokok.. kalau secara lojik pon guna baja najis ayam/lembu pon benda tu tetap najis jugak.. tapi yer la kan najis khinzir ni lagik dah mmg jenis kepala segala nanjis haram.. mmg lah kita rasa geli dan tak lalu nak makan hasil buah itu w/pun nampak gebu dan berkualiti.. hiyakkk.. huwekkk!!!
-------------------- matg.net
My Focal 2.0 |
|
|
Nov 11 2008, 10:28 PM
Kiriman
#4
|
|
Eksekutif Junior Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 418 Sertai: 12-July 08 No. Ahli: 5 |
hiii geli aku. nak lebih selamat tanamlah pokok betik, sendiri tanam, sendiri makan..
-------------------- www.tupperclick.com
Simply good living solutions! |
|
|
Nov 12 2008, 03:06 PM
Kiriman
#5
|
|
Bukan Eksekutif Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 15 Sertai: 22-September 08 No. Ahli: 79 |
kampung sy ada byk pokok betik
rendah plak tu..comel je..jenis apa entah betik ni http://kemanaarahkita.blogspot.com -------------------- |
|
|
Nov 12 2008, 10:48 PM
Kiriman
#6
|
|
Pengurus Junior Kumpulan: Moderator Kiriman: 5,329 Sertai: 12-November 08 Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa) No. Ahli: 223 |
dulu citer pasal limau tambun pun sama juga la
-------------------- |
|
|
Nov 12 2008, 11:02 PM
Kiriman
#7
|
|
Eksekutif Junior Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 418 Sertai: 12-July 08 No. Ahli: 5 |
limau tambun? limau bali ke?
-------------------- www.tupperclick.com
Simply good living solutions! |
|
|
Nov 12 2008, 11:11 PM
Kiriman
#8
|
|
Pengurus Junior Kumpulan: Moderator Kiriman: 5,329 Sertai: 12-November 08 Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa) No. Ahli: 223 |
ha ah! baja organik chix komeng ni dikatakan boleh up kan rasa manis buah serta tahan lama. kalo betik, mana yang banyak oda? kontraktor kantin. hotel, hostel, asrama.... saper yang ramai makan? oooo..... tak leh nak bayang..... kalo betik tanam sendiri,isi keras! tak manis !
-------------------- |
|
|
Nov 18 2008, 12:42 PM
Kiriman
#9
|
|
Eksekutif Junior Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 439 Sertai: 18-November 08 Daripada: Petaling Jaya, Selangor No. Ahli: 269 |
Takpe la, baja najis apa pun, ia akan terurai dalam tanah, macam yg mat.g katakan. okay lagi kalau sesaper nak makan, kita makan buah yang dihasilkan oleh pokok tu. pandai lah pokok tu nak proses najis/baja tu nanti...
|
|
|
Nov 18 2008, 02:10 PM
Kiriman
#10
|
|
Pengurus Junior Kumpulan: Moderator Kiriman: 5,329 Sertai: 12-November 08 Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa) No. Ahli: 223 |
yang banyak import dari ciner sememangnya baja chix komeng = baja organik. Kegunaan dia plak untuk wat baja sawah padi? (harap tak betui) baja jenis sebegini kalo guna secara meluas, pencemaran kandungan logam berat, telur cacing pita. bisnes ni kira nilai dia pun banyak juga setahun. Alternatifnya,Kementerian pertanian patut memberi perhatian 100% terhadap perusahaan baja organik projek cacing kerana potensi untuk mengganti baja chix komeng import.
-------------------- |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 26th September 2024 - 04:40 AM |