~ manusia yg dpt doa para malaikat ~ |
~ manusia yg dpt doa para malaikat ~ |
May 1 2009, 02:01 AM
Kiriman
#1
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
>Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat – malaikat itu) adalah hamba -
>hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan >mereka > mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu >yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak >memberikan syafa'at > melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu >berhati - hati kerana takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28) > > Berikut adalah senarai orang - orang yang mendapat doa oleh para >malaikat: > > 1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI. > > Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa >Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka >malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga >malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam >keadaan suci'" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At >Targhib wat Tarhib I/37) > > 2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT. > > Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW >bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kamu yang duduk menunggu solat, >selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan >mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia" (Sahih Muslim >no. 469) > > 3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT. > > Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin 'Azib ra., bahawa >Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya >berselawat kepada orang - orang yang berada pada saf – saf terhadapan" >(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud >I/130) > > 4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). > > Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al >Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, >"Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang - >orang yang menyambung saf - saf" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al >Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib > I/272) > > 5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH. > > Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW >bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh >dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana barangsiapa >ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni >dosanya yang lalu" (Sahih Bukhari no. 782) > > 6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT. > > Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW >bersabda, "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara >kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia >belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan >sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith >ini) > > Semoga bermenfaat! > > > "Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, >Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat >dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, >lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas >mereka. > > Amin, ya Rabbal A'lamin." -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 27th September 2024 - 01:04 AM |