IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Lelaki dibunuh akibat cemburu, Kosmo! online
♦محمد أفيق♦
kiriman May 12 2010, 12:44 PM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373





IPOH - Misteri kehilangan seorang pengusaha kedai besi lusuh sejak dua hari lalu terjawab apabila dia dijumpai mati dibunuh di sebuah hotel bajet di Pekan Baru di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, mayat B. Thanaraja, 38, ditemui seorang petugas hotel selepas mangsa yang sepatutnya mendaftar keluar pada pukul 12 tengah hari, tidak berbuat demikian.

Jelasnya, mayat mangsa dijumpai dalam keadaan terlentang di atas lantai bilik hotel terbabit dengan beberapa kesan luka termasuk pada kemaluannya.

"Polis percaya pembunuhan ini dilakukan lebih daripada dua individu berdasarkan kesan kecederaan tersebut dan siasatan awal mendapati motif kejadian mungkin disebabkan cemburu," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 25th May 2024 - 06:54 AM