IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Ariel, Luna Maya, Cut Tari jalani pemeriksaan gigi, Kosmo! online
♦محمد أفيق♦
kiriman Jun 24 2010, 03:23 PM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373





JAKARTA - Pasukan forensik polis Indonesia menjalankan pemeriksaan fizikal terhadap trio selebriti, Ariel Peterpan, Luna Maya dan Cut Tari yang disyaki terlibat dalam skandal video seks sehingga menggemparkan masyarakat Indonesia, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang pegawai polis berkata, pemeriksaan dilakukan di tiga bahagian penting. Bermula dari analisis struktur gigi sehinggalah struktur tulang.

"Pemeriksaan antropologi (salasilah dan genetik), odontologi (gigi) forensik serta anatomi (struktur tulang) semuanya sudah dilakukan," kata pegawai berkenaan di ibu pejabat Polis di Jakarta Selatan semalam.

Polis berharap prosedur identifikasi fizikal tiga bahagian tubuh itu dapat memberikan maklumat tepat bagi mengenal pasti pelaku dalam klip-klip video lucah yang tersebar di Internet.

Menurut pegawai sama, ketiga-tiga selebriti tersebut telah selesai menjalani pemeriksaan pengecaman tersebut.

"Ya, mereka semua sudah (menjalani pemeriksaan),"katanya ringkas sewaktu menjawab soalan wartawan semalam.

Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham ditahan polis Indonesia sebagai suspek kes tiga video lucah yang dipercayai membabitkan dirinya bersama dua wanita mirip Luna Maya dan Cut Tari.

Penyanyi kumpulan popular Indonesia, Peterpan itu ditahan reman selama 20 hari bagi membantu siasatan.

Seorang ketua polis, Brigedier Zainuri Lubis berkata, penahanan Ariel dibuat bagi mempercepatkan siasatan kes.

Selain itu, penahanan dilihat selaras dengan peruntukan di bawah undang-undang antipornografi Indonesia yang membenarkan individu berdepan pendakwaan yang membawa kepada hukuman penjara.

Ariel boleh dipenjara sehingga 12 tahun jika didapati bersalah berhubung penyebaran tiga video lucah itu.

"Kesalahan berhubung kes video lucah boleh membawa hukuman penjara lebih lima tahun di bawah undang-undang pornografi Indonesia, sebab itu dia (Ariel) ditahan," kata Zainuri.

Menurutnya, penahanan Ariel tiada kaitan dengan kebimbangan pihak berkuasa bahawa dia mungkin melarikan diri, memusnahkan barang bukti atau mengulangi perbuatannya.

"Pendakwa raya tidak melihat aspek sebegitu. Selama ini dia memberikan kerjasama. Buktinya, dia menyerah diri bersama peguamnya," jelas Zainuri.

Dalam perkembangan berkaitan, Ariel dilapor jatuh sakit selepas sehari berada dalam tahanan polis.

"Kesihatannya merosot, seorang doktor dipanggil untuk memeriksa keadaannya," kata sumber ibu pejabat Polis di Jakarta Selatan tempat penyanyi berkenaan ditahan.

Sumber sama menyatakan, Ariel mungkin keletihan setelah menjalani tempoh pemeriksaan yang panjang.

Penyanyi tersebut menggemparkan rakyat Indonesia selepas dua klip video seks mirip dia dan kekasihnya, aktres dan model, Luna Maya tersebar di Internet.

Satu lagi klip lucah pula melibatkan pelaku miripnya dan bekas kekasihnya, aktres dan pengacara, Cut Tari. - Agensi
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ganazz
kiriman Jun 24 2010, 05:24 PM
Kiriman #2


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,221
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



Khamis Jun 24, 2010 Ariel Turut Beraksi Lucah Dengan Empat Lelaki? JAKARTA: Ketika industri hiburan di Indonesia kecoh dengan penahanan Ariel kerana melakukan adegan porno dengan dua artis secara berasingan, bekas penyanyi Peterpan itu rupa-rupanya turut melakukan aksi serupa dengan lelaki.

Ketua Penerangan Awam, Ibu Pejabat Polis Jakarta, Marwoto Soeta mengaku menemui sejumlah pita yang merakamkan aksi Ariel dengan golongan berkenaan.

Namun Morwoto menjelaskan, setakat ini pihak penyelidik akan memberi tumpuan kepada tiga video porno penyanyi itu yang didakwa dilakukannya bersama model Luna Maya dan artis Cut Tari.

“Setakat ini pihak kami telah menemui 32 buah video yang mana empat daripadanya adalah aksi dia dengan laki-laki,” katanya kepada portol inilah.com semalam.

Laman portal itu turut menerima maklumat selain gambar-gambar Ariel dengan wanita, penyanyi itu turut merakamkan gambarnya dengan beberapa lelaki yang belum dikenalpasti identitinya.

Semalam, pihak polis Jakarta mengesahkan video porno yang tersebar dan diperkatakan umum ketika ini adalah milik Ariel dan dia akan didakwa selepas beberapa pemeriksaan forensik dijalankan.

Selepas ditahan polis pada Selasa lalu, Ariel di tempatkan di sebuah penjara sementara menanti hasil pemeriksaan ke atasnya selesai.

Selain Ariel, Luna Maya dan Cut Tari turut dipanggil polis untuk membantu siasatan kerana mereka juga dikatakan terlibat “berlakon” dalam aksi di ranjang itu. - mstar online




--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Jun 24 2010, 06:57 PM
Kiriman #3


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



macam2 hal budak peterpan ni
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 28th March 2024 - 07:48 PM