IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> LUPA YANG MEMBINASAKAN
Geekspro
kiriman Jun 12 2009, 02:54 PM
Kiriman #1


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 56
Sertai: 20-September 08
Daripada: Semporna
No. Ahli: 67



LUPA YANG MEMBINASAKAN



By : Mohd Amzari Iberahim

Manusia tidak pernah sunyi dari sifat lalai dan lupa kerana sudah fitrah kejadian manusia dibekalkan dengan sifat lupa. Sifat lupa adalah anugerah Allah kepada manusia agar dengan sifat ini manusia akan melupakan kebaikan yang telah dilakukannya kepada orang lain dan melupakan kejahatan yang dilakukan oleh orang lain ke atasnya, namun manusia pada hari ini melakukan sebaliknya dengan melupakan kejahatan yang dilakukannya kepada orang serta melupakan kebaikan orang lain kepadanya.

Bercakap soal ‘lupa’ terbayang di minda fikiran kita ia suatu sifat yang tidak kita ingini kerana bagi kita ia suatu sifat negatif yang ingin kita jauhi kerana bagi kita sifat ini langsung tidak memberi manfaat langsung kepada kita. Sebenarnya dengan sifat lupa inilah yang menyebabkan kita mampu dan sanggup meneruskan kehidupan sehinggalah kita dijemput mengadap Allah nanti. Mengapa demikian ? cuba bayangkan seandainya kita kehilangan orang yang kita sayangi sama ada mak, ayah, adik-beradik atau kaum keluarga terdekat mampukah kita meneruskan kehidupan macam biasa sekiranya kita asyik teringat kepada mereka setiap detik? Di sinilah kita dapati bahawa sifat lupa ini memainkan peranannya yang tersendiri dan cukup berguna kepada kita kerana disebabkan sifat lupa ini kita boleh terus bekerja untuk meneruskan hidup.

Apa yang dikesalkan ialah kebanyakan dari kita melupakan perkara yang penting yang sepatutnya lebih kita ingati daripada perkara-perkara yang kurang penting untuk diingati. Kita lebih ingat dunia dengan melupakan akhirat, kita lebih ingat kepada orang yang kita sayangi umpama isteri, anak, suami, mak, ayah dan sebagainya dengan melupakan kekasih yang selayaknya kita rindui melebihi segala-galanya iaitu Allah & RasulNya.

Lupa Kepada Asal Kejadian Punca Kederhakaan Kepada Allah

Manusia sekali-kali tidak akan berbuat dosa dan melakukan kerosakan di muka bumi ini seandainya ia mengingati asal kejadiannya yang datangnya dari setitis air mani yang hina. Perkara ini disebut dalam banyak ayat al-quran antaranya dalam surah yaasin ayat 77



Maksudnya :
77. Tidakkah manusia itu melihat dan Mengetahui, Bahawa Kami telah menciptakan Dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka Dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah Yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang Yang mati)

78. Serta ia mengemukakan satu misal Perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: "Siapakah Yang dapat menghidupkan tulang-tulang Yang telah hancur seperti debu?"

Dalam ayat 78 Allah Taala menyatakan bahawa segelintir manusia yang lupa kepada asal kejadiannya mempersoalkan kekuasaan Allah dengan mengatakan bahawa Siapakah Yang dapat menghidupkan tulang-tulang Yang telah hancur seperti debu?". Pengajaran yang dapat kita ambil menerusi firman Allah yang Mulia ini ialah punca seseorang itu menderhakai Allah adalah disebabkan mereka lupa kepada asal kejadian mereka yang diciptakan oleh Allah dari setitis air mani yang hina lalu membesar menjadi seorang manusia. Mana mungkin manusia yang ingat kepada asal kejadiannya akan menderhakai Allah dan melakukan pelbagai jenis kerosakan kerana manusia yang ingat kepada asal kejadiannya sedar akan tugas dan peranannya untuk mengabdikan diri hanya semata-mata kerana Allah dengan ketaatan yang total seratus peratus kepadaNya.

Janganlah kita melupakan perkara yang sepatutnya kita ingat dan janganlah kita ingat kepada perkara yang sepatutnya kita lupa kerana ingat perkara yang sepatutnya diingati adalah lebih penting. Apa yang paling penting ingatlah Allah selalu dengan berzikir kepadanya kerana lupa kepada Allah adalah mengundang kebinasaan kerana zikir kepada Allah adalah umpama charger kepada hanset kerana tanpa charger hanset akan kehabisan bateri begitulah halnya dengan kita tanpa zikir bateri iman kita akan kehabisan.

http://tintadaie.blogspot.com
7 Jun 2009
11:23 PM
Teratak Bonda & Ayahnda


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 4th April 2020 - 04:16 PM