IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Budak 11 tahun hamil diperkosa bapa saudara, Hmetro
♦محمد أفيق♦
kiriman Aug 29 2010, 01:02 AM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



SERI ISKANDAR: Tiga kanak-kanak perempuan termasuk seorang yang baru berusia 11 tahun didakwa hamil angkara perbuatan tidak berhati perut bapa saudara sendiri yang mengambil kesempatan terhadap kesusahan keluarga mangsa manakala seorang lagi dirogol rakan sekolah sendiri selepas saling berbalas SMS lucah.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, kes sumbang mahram membabitkan mangsa berusia 11 tahun di Tanjung Blanja, dekat sini, berlaku enam bulan lalu, tetapi hanya disedari ibu mangsa baru-baru ini apabila mendapati anaknya hamil enam bulan sebelum membuat laporan polis pada 10 Ogos lalu.


“Bapa saudara mangsa berusia 59 tahun dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa sejak enam bulan lalu, tetapi disedari ibu mangsa selepas mendapati perut anaknya makin membesar.


“Kejadian berlaku ketika suspek membawa mangsa keluar bersiar-siar, tetapi mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa. “Selepas dua bulan melakukan perbuatan itu, suspek mengajak mangsa tinggal bersamanya dengan alasan menjaga mangsa kerana ibunya orang susah,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan pengusaha stesen minyak, kedai emas, institusi kewangan dan kilang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di sini, kelmarin.


Beliau berkata, berikutan laporan itu, polis menahan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.


Menurutnya, kes kedua membabitkan pelajar perempuan sekolah menengah di Seri Iskandar berusia 15 tahun yang mendakwa dirogol rakan sekolah sendiri selepas saling berbalas SMS berunsur lucah antara satu sama lain.


“Kejadian berlaku apabila mangsa keluar dari kelas dipercayai mahu memberikan wang kepada adiknya, suspek dikatakan menarik mangsa memasuki bilik utiliti lalu dirogol. “Mangsa membuat laporan polis menyebabkan suspek ditangkap pada hari sama,” katanya.


Katanya, kes ketiga berlaku di Kampung Gajah membabitkan mangsa berusia 12 tahun yang dikatakan dirogolg lelaki berusia 23 tahun pada 15 Ogos lalu.


“Mangsa yang belajar di sekolah di Teluk Intan tetapi tinggal di Kampung Gajah dikatakan berkenalan dengan suspek sebelum saling berhubung melalui SMS.


“Ketika hari kejadian, suspek dikatakan membawa mangsa ke rumah sewanya di Changkat Lada sebelum dirogol dan suspek ditahan selepas mangsa membuat laporan polis pada keesokan hari,” katanya.
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 19th March 2024 - 10:25 AM